Sebelum saya ke Amsterdam malam ni saya habiskan catitan saya di Sydney minggu lepas..harap korang tak bosan dengan citer Sydney saya ni,bukan apa setengah manusia ada pe’el cepat boring..kalau korang suka dan exited terima kasih banyak2
Baiklah back to my story,sepanjang pengalaman merantau seluruh dunia ni memang orang orang China mesti ada tak kira mana negara mesti ada Chinatown termasuklah Malaysia kita sendiri,dimana kita ada our own Petaling Street,begitulah juga dengan Sydney ni..Chinatown di Sydney ni tak le besau mana jika nak bandingkan dgn Chinatown dekat Melbourne tu..Kat dalam Chinatown bnyak kedai2 yg menjual barang barang keperluan kaum China baik dr barang2 runcit hingga ke barang barang sembahyang
depan pintu masuk China Town Sydney
antara deretan kedai2 di China Town
bersebelahan dengan Chinatown ni ada kedai mamak yg jual roti canai..memang sedap,saya tak pernah makan lagi tp menurut rakan saya ramai Malaysian di Sydney beli roti canai kat sini
Manakala berhampiran dgn China Town ni juga terletak satu kawasan yg agak popular dikalangan kami crew2 MAS ni,iaitu Market City aka Paddy Market.Pasar ni adalah pasar basah/kering yg terbesar di Sydney,menawarkan barangan dengan harga yg agak berpatutan terutama buah2buahan seperti strawberry,grapes dll..durian pun ada yer!!
Kebanyakan barang2 disini hampir 90% dari China (immitate) dan peniaga2 disini juga hampir keseluruhannya berasal dari China
Inilah rupanya Paddy Market yg saya maksudkan
Jom kita masuk dalam……
bahagian pasar basah ada buah2an dan sayur2an
yg ni pula bahagian brg2 consumer
baju2 dan tshirt utk buat souvenir boleh dapat dgn harga yg murah berbanding dgn kedai2 souviner di downtown
barang perhiasan wanita pun ada dan mcm2 lagilah..kena dtg sini baru puashati huhu
Jom kita ke downtown pulak,
downtown kat sini mengingatkan saya kepada Manhattan NYC..seakan akan sama pemandangan kedua2 bandar ni,,cuma kita tak nampak Yellow Cab jer
jika diperhatikan bandaraya Sydney agak sibuk jika nak bandingkan dengan Melbourne dan bandar bandar lain di Aussie ni
So diharap dgn post terakhir saya pasal Sydney dapat memberi sedikit gambaran kepada yg berniat utk dtg melancong
Akhir sekali saya tinggalkan korang dengan 2 keping gambar menarik dibawah ni..
Sign Off!!
Share





































