Ramai yang terkejut dengan keputusan separuh akhir semalam. Rata-rata terkejut kerana peserta pilihan ramai, Salma tidak dapat layak ke final. Nasib baik TV3 membuka peluang kepada Salma dengan menukar format final Mentor 5 kepada 3 orang peserta. Adakah ini satu cara untuk TV3 meraih lebih banyak undi? Maklumlah Salma kan ramai peminatnya.
Apa pun, ramai yang berkata punca utama Salma mendapat markah yang rendah kerana over confidence. Mungkin ada benar juga kata-katanya itu. Bagi saya keputusan itu adalah tepat ..win win situation antara TV3 dan Salma,pada saya Salma mempunyai rating yang tinggi dalam undian,ini menguntungkan Tv3 jika beliau ke Final,namun begitu dalam persembahan semalam mmg la Salma off pitch tapi kita tak sepatutnya menghakimi beliau dari satu persembahan sahaja,yg sebelum2 ni dia mmg bagus..so tak la teruk sgt kalau dimasukkan ke Final pun..the more the better
Apa pun sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal bergelar juara Mentor 5 nanti. Final yang dikuasai oleh 3 orang wanita iaitu Salma, Shiha dan Iqa (member Tip Nyanyian yg saya kendalikan di FB) pastinya menjanjikan satu persembahan yang mantap. Siapakah juara Mentor 5 pilihan anda?
Share








