Sebenarnya hari ni takder citer menarik yg nak di citerkan,dan tak de update yang nak di ‘up’kan so fikir fikir punyer fikir post hari ni citer pasal hobby la plak
So,setiap orang ada hobi nya bukan,begitu jugak dengan saya,hobi saya ni sering bertukar2 mengikut peredaran zaman,pengaruh sekeliling dan juga usia.Waktu kecik hobi ni,da remaja sikit hobi ni plak begitu juga bila da dewasa lain plak hobinya
Kalau waktu zaman kanak2 tu seingat saya..saya ni suka mandi sungai,maklumlah zaman zaman saya kecik ni waktu tu dalam tahun ’80-’85 sungai sungai kita masih belum lagi tercemar,lebih lebih lagi di kampung saya masa tu nun tercorot di Kelantan dan mana ada kilang sangat..so bersih la sungai2 kat sana
Jadi selalunya pada waktu petang selepas waktu sekolah dalam pukul 3 macam tu saya dan konco2 saya akan berarak ke sungai kat kampung saya untuk bersukaria,kira nya macam berkelah la pada kami waktu tu..
Bila da besor sikit dalam umur saya 11-12thn mcm tu kami da upgrade,kami jelajah sungai sungai di kampung kampung sebelah,terutama nya di sungai Kg Wakaf Bunut,dimana sungainya agak cantik dan chalenging pada kami..pasal apa?pasal airnya agak deras dan ada batu2 sikit mankala di hilirnya ada macam satu tebing tinggi sesuai untuk membuat terjunan yang agak gayat dan menyeronokkan..hah kat kawasan terjun tu airnya dalam sikit dan tiada batu jadi selamat lah…wow mmg best lah
Saya pernah mencuba memancing sebagai hobi waktu kecil tapi saya kurang minat kerana asyik tak dapat ikan jer so saya fed-up saya tinggalkan bidang pemancingan.
Bila da masuk sekolah menengah dan meningkat remaja saya lebih terarah kepada mendengar radio dan kaset.Pemain kaset saya masa tu agak ketinggalan 2-3tahun terkebelakang teknologinya so ni menjadikan saya lebih kreatif. Macam macam saya buat kat benda alah tu untuk menjadikan bunyinya lebih sedap..sampai satu tahap saya keluarkan speaker tu dan saya masukkan dalam tempayan untuk menjadikannya lebih kuat..ni pengaruh kenkawan la ni tgk kawan buat kita pun nak buat…kalau fikir2 mmg nak tergelak
Itu waktu kecil dan remajalah dan pada masa saya tengah menyanyi pada tahun 90an saya tak der hobi sangat,tak macam sekarang ni
Haa sekarang ni hobi saya lebih kepada gadjet dan internet.Dalam hobi gadjet saya suka gadet2 dari Apple/Mac seperti iPod/iPod Touch/iPad/iPhone dan MacBook Pro..dek kerana hobi ni mmg mahal so tak semua la saya mampu beli..ada la iPod dan Macbook Pro kat umah
Gadjet yang lain pula saya memang suka camera especially DSLR..hobi ni timbul bila kita selalu tengok gambar2 kenkawan kat fb yang cantik2,so dari situ timbulnya minat untuk mendalami bidang fotography ni..sekarang ni saya ada lah sebijik DSLR Nikon yg cekai nyer utk buat belajar ‘menembak’ ni..Ni sekarang ni tengah mengidam nak sambar lense pulak ni..adoi..tp seronok bila kita ader hobi ni so tak der la buang masa je kan..atleast boleh amik gamabr wife,gambar anak,gambar anak buah,cucu sdr
Manakala hobi seterusnya aadalah berinternet,hobi ni boleh dikatakan hobi yg serius buat saya kerana ianya satu hobi yang boleh mendatangkan hasil fulus buat saya,walaupun tak banyak tapi ianya mmg satu hobi yg menyeronokkan dan dalam pada masa yang sama membolehkan saya membayar bil2 api/internet/air/astro saya tiap2 bulan..alhamdulillah rezeki Allah
So bila kuar jenjalan kat mana2 shopping complex kedai2 gadjet seperti Machine dan kedai kedai kamera akan menjadi destinasi persinggahan window shopping saya..tak dapat beli pun tak per janji dapat tengok kira ok la huhu
Eh panjang jugak saya menaip ni yer..rasa citernya macam sikit je tp bila da taip panjang la pulak..harap korang tak penat la baca yer..kalo penat minta maaf la yer..jangan di‘bakor‘ pulak blog saya ni sudah
Share