Tag Archives: Nusajaya

Puteri Harbour – Permata Nusajaya

Salam

Korang pernah sampai atau pernah dengar dengan Puteri Harbour? Kalau pernah maknanya mungkin korang selalu ke Johor atau mmg dari Johor.hehe

Ok, Puteri Harbour ni terletak di Nusajaya iaitu lebih kurang 20 minit dari bandaraya Johor Baharu.Kawasan seluas 688 ekar ni terletak bersebelahan dgn Kota Iskandar(pusat pemerintahan kerajaan Johor yg baru)..ala ala Putrajaya la ni konsepnya

Bandar berkonsepkan waterfront/marina bakal menawarkan banyak aset aset hartanah kepada pelabur pelabur dari dalam dan luar negara

Selain itu disini juga ada menawarkan perkhidmatan boat ride kepada yg inginkan kelainan dalam percutian mereka

Kalau diperhatikan dari leaflet ni,macam macam pakej ada dari berkayak,boat cruise hinggalah ke pakej memancing tengah2 laut

Meeting pakej a.k.a dating pakej pun ada ni..aku rasa ni sesuai buat pasangan suami  isteri utk bulan madu atau sambut anniversary

Reception Counter

Kesimpulannya, tempat ni mmg cantik dan nyaman cuma ianya masih belum complete sepenuhnya(pembinaan)..dari segi harga pakej yg ditawarkan pula agak membebankan pada yg kurang mampu seperti aku ni heheeh cukup sekadar melepak hirup udara segar apa2pun..tepuk dada tanya selera

Untuk maklumat lanjut mengenai Puteri Harbour sila KLIK SINI


Share