
Salam
Ok ni nak cakap awal2 entry ni agak panjang..pecah rekod paling panjang pernah ditulis selama setahun berblogging..
Selamat Membaca!!
Sebut je pasal radio mesti akan terbayangkan EraFM,Hot FM,SuriaFM,HitzFM,dan Sinar FM,tapi ramai yg akan ternganga garu kepala blur2 bila cakap KLfm,dan Radio Muzik(yg kini dah pupus)
Yang terbaru ni pulak stesyen radio2 internet mula tumbuh macam nak giler..FB aku bnyk beno yg invite masuk group2 radio internet ni
Ok,kita tinggalkan sekejap zaman sekarang ni,kita rewind belakang sekejap..ke era 90an.
Pada zaman itu,industri radio dikuasai oleh pihak kerajaan,dimana tak silap aku hanya ada dua stesyen swasta je iaitu Redifussion dan THR(Time Highway Radio)
Stesyen yg paling hot pada masa tu adalah Radio Muzik, Radio 1,dan Radio Malaysia Ibukota(RMIK)yg kini dikenali sebagai KLfm.
Korang ingat tak lagi dengan rancangan Pilihan Bersama di Radio Muzik??-top giler sgmen ni masa tu…lagu Ramalanku Benar Belaka hampir tetiap malam berkumandang
Tidak dinafikan zaman tu industri muzik Malaysia memang meriah,album2 artis tempatan memang laku walaupun ada cetak rompak,atleast 30k unit pasti terjual(standard cetakan pertama setiap album di Malaysia pada masa itu)..Dizaman ni jugaklah Raihan,Ella(Sembilu)Ukays (Bisa Berbisa) masing2 mencatat jualan sebanyak 600 ribu unit(Raihan) dan 300 ribu unit(Ella dan Ukays) Continue reading
Share



