Single terbaru saya bersama Umbrella Sayang Bersebab..dah boleh dibeli melalui Maxis,Celcom,DiGi dan U Mobile dengan harga RM3 sahaja.Untuk mendapatkan caller ringtone ini sila ikut arahan berikut
Cover Album “Rock Berbisa Saari Amri” didalamnya mengandungi single Sayang Bersebab
Finally penantian hampir 2 bulan terhenti sampai disini..chewah ayat tak boleh belah..Ok kenkawan meh la beli CD Rock Berbisa Saari Amri ni..kat dalam tu ada 2 buah lagu baru dari Amir Uk’s dan saya sendiri bersama Umbrella..CD ni ada dalam 22 buah lagu ..ada 2 CD dalam satu harga iaitu RM30 tunai..
Kalau nak caller ringtone pun ada kat cd tu ada tulis..jgn lupa download lagu Sayang Bersebab yer..Sokongan anda diucapkan jutaan terima kasih
semalam tgk kat Speedy Video da ada dah..
Lagu “Sayang Bersebab” berada di track 11 CD1
Jom dapatkan yg ORI!!
p/s Del dan Noor Ain ..CD ni akan dihantar ke rumah anda tak lama lagi
Alhamdulillah selesai juga rakaman untuk single Umbrella yg baru iaitu ‘Sayang Bersebab’ semalam.Perasaaan saya bercampur antara nervous dan tidak,maklumlah da lama tak nyanyi kat studio rakaman..nyanyi stage dan studio adalah dua proses yang amat berlainan dan proses rakaman memerlukan ketelitian dan stress sikit lah
Apapun lagu yang diberi taklah susah sangat cuma lirik je tak berapa nak boleh feel..tp buat2 feel jer huhu..Saari Amri pun ada bagi guide untuk sedapkan lagi nyanyian saya..chewahh
Saya ambil masa selama sejam untuk siapkan lagu ni,lepas je saya selesai Amir UKs pulak masuk studio untuk record single baru dia iaitu ‘Kasih Terlihat’
Pada saya dua dua lagu,Sayang Bersebab da Kasih Terlihat mempunyai kekuatan pada melodi dan mampu menghiburkan anda yang layan rentak ala2 90an ni..adik ipar saya yg baru 18tahun da dengar ,dan dia amat suka dgn lagu ni..
Saya diberitahu kedua2 single baru ini akan dimuatkan dalam album koleksi Saari Amri dan bakal release insyaallah dalam bulan depan atau Jun ini.nantikan kemunculannya!!
Alhamdulillah tak lama lagi saya akan bergabung dengan Saari Amri sekali lagi untuk merakamkan lagu beliau yang akan dimuatkan dalam album kompilasi lagu lagu hit beliau.Bila krelease saya tak pasti.Tapi ini adalah projek saya dengan Saari tanpa Umbrella atas sebab sebab teknikal dan financial.
Saya akan terima lagu tu dalam minggu depan insyaallah..Cuma disini saya hanya nak berkongsi betapa saya tengah nervous jugak sebenarnya ni.Maklumlah da lama tak record kat studio dan berdepan dengan Saari yang saya tahu begitu teliti dalam proses rakaman vokal
So terpaksa nak kena jaga suara sikit dari sekarang ni..adoi nervaous nyer..Ok lah tu sajer untuk post kali ni,perkembangan mengenai single ni akan saya post di post yang akan datang