Tag Archives: Sayang Bersebab

Gossip Aku Dan Tiz Zaqyah Dalam Utusan Borneo Hari ni

Salam,sebenarnya aku tak sangka dalam ramai2 readers blog ni terselit seorang wartawan dari Utusan Borneo rupanyer..Beliau terpanggil utk membuat artikel pasal Umbrella apabila aku melaungkan pertolongan aku kepada readers aku utk share lagu baru yg dah nak bersawang tu – Sayang Bersebab”

Berikut adalah keratan yg dimaksudkan-ada kisah Tiz Zaqyah dan Anuar Zain juga

Kepada Jess Jaafar..aku ucapkan jutaan terima kasih atas artikel ini…kepada korang yg ada kat Borneo sila la rajin2kan diri korang utk dapatkan akhbar ini hari ni..

Baca artikel ni dalam.pdf


Share

Tolong Sebarkan Virus “Sayang Bersebab”

Salam semua readers,silent readers,frens and fans..hari ni saya nak minta satu pertolongan dari korang semua..saya tahu korang2 semua pasti ada FB acc bukan? So pertolongan ini yg saya minta cuma tekan butang Like atau Share kat bawah tu ..Thats all!..Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih atas pertolongan korang

p/s sebab nak harapkan syarikat rakaman dan radio..mmg susah..al maklumlah siapalah Umbrella :-(


Share

(VIDEO) Umbrella Live @ Laman Santai Istana Budaya 24 Disember 2011

Video video ni diambil oleh seorang rakan yg menggunakan kamera Nikon compact kepunyaan si Saiful Umbrella.

Lama betul aku tunggu video2 ni diupload..lambat pasal member pakai broadband je ..bila nak upload asyik heng memanjang

Finally semalam dapat gak dia upload dan hari ni aku nak share la 4 video ni dgn korang

p/s maaf sbb video kebanyakkannya separuh2 je cuma lagu Sayang Bersebab je sampai habis

Video 1  Aishieteru 

Lagu ni sebenarnya aku yg request nak nyanyi sebab Continue reading


Share

2 Lagu Baru – Rock Berbisa Saari Amri

Ramai yg bertanya kat saya “tak de lagu baru ke bang?” , dan “tak nak nyanyi balik ke bang?’

So ni la jawapan saya..Saya da rakamkan lagu baru dan lagu tu pun da release dalam album kompilasi “Rock Berbisa Saari Amri” menampilkan 20 lagu2 hebat karya Saari Amri dan 2 buah lagu baru iaitu Sayang Bersebab dari saya dan Kasih Terlihat dari Amir Uks

Jom layan lagu Sayang Bersebab dan Kasih Terlihat

 

Kedua dua lagu ni boleh didapatkan dalam CD/VCD Rock Berbisa Saari Amri yg kini sudah pun berada dipasaran


Share

CD Rock Berbisa Saari Amri Untuk Pemenang Komenter Terbanyak

kedua cd telah dihantar kepada para pemenang..TAHNIAH!!

Salam kepada semua pembaca2 Zarul Umbrella Dot Com,

Dalam hampir 2 bulan yg lepas saya ada menganjurkan peraduan komenter terbanyak di blog saya ni..itu adalah peraduan yg pertama saya adakan selama sebulan saya aktif berblog pada ketika itu.

Alhamdulillah sambutan kira menggalakkan la jugak sesuai dengan “kelas” beginner blogger mcm saya ni.Pemenang contest tersebut saya janji nak bg CD Rock Berbisa Saari Amri yg mengandungi single terbaru saya iaitu “Sayang Bersebab”.Pada asalnyer seorang pemenang jer..tapi alhamdulillah rezeki saya dan rezeki pemenang kedua maka saya bagi lagi satu CD so ada 2 pemenanglah.

Pemenang pemenang tersebut adalah Pn Delaila Marsha(yg sehingga sekarang masih menggungguli carta komenter terbanyak) dan Cik Noor Ain.Terima kasih saya ucapkan pada kedua dua mereka dan juga terima kasih saya pada semua yg sedang membaca atau telah melawat blog usang saya selama ini.Insyaallah akan saya adakan lagi peraduan komen terbanyak dimasa masa akan datang sebagai membalas jasa jasa korang

Sign off


Share