Tag Archives: sewa kereta di Alamo

Sewa Kereta Di Los Angeles,US

Untuk menyenangkan perjalanan aku dan rakan ke Camarillo Premium Outlet baru baru ni di LA ,kami telah menyewa kenderaan di Alamo Car Rental

Cara nak sewa senang jer..bawa passport dan lesen memandu yang sah dan bayar..tapi aku sarankan korang booking online terlebih dahulu,takut nnt kalau korang walk-in ,kenderaan tak de pulak ..lebih2 lagi kalau weekend

Suasana di kaunter pembayaran sebelum mendapatkan kenderaan

Alamo Car Rental ni bersepah kat US, ( infact all around the world kot branch dorang ni )..korang boleh check  cawangan2 Alamo kat website dorang.Pelbagai jenis kenderaan dari basic car,MPV,SUV,minivan sehinggalah ke Sport Car atau Kereta Premium tersedia untuk disewa

Aku dan rakan2 telah menyewa mini van jenama KIA dengan sewa sebanyak USD70 sehari

Setelah booking 3 hari sebelum tarikh sewa, kami ke Alamo cawangan LAX Airport untuk mendapatkan kenderaan kami,setelah diperiksa segala butiran i.e IC/Passport/Lesen Memandu maka kami telah diberi ‘lampu hijau’ untuk memilih sendiri kenderaan yang nak kami sewa iaitu MPV  (mini van) 7 tempat duduk

Setelah bayaran dibuat dan segala dokumen disahkan maka korang bolehlah membuat pemilihan kenderaan berdasarkan jenis kenderaan yang disewa -’Your Vehicle Location’ – MVan(Mini Van)

Jika korang nak lebih selamat,aku sarankan korang beli insurance (top-up USD10 jer) atleast kalau ada accident korang dilindungi sepenuhnya.Jika nak GPS pun boleh juga..tambah lagi USD5.Petrol pula korang boleh pilih samada nak hantar penuh(tangki) atau tak..kalau tak ,korang kena tambah duit lagi lah,aku sarankan agar korang hantar penuh jer..lebih jimat..Hal hal seperti ni korang boleh request masa kat kaunter,normally they will ask you

Now you can choose…(semua kereta disini tidak berkunci,tetapi kunci ada didalam kenderaan) so bila jumpa kenderaan yg diingini, start enjin..off you go!

Alamo di LAX ni memang besar..mula2 tgk papan tanda jenis kenderaan

Antara kenderaan yg disediakan

Pilih3x

Pada asalnya aku dan kawan aku si Borhan(baju belang) tu nak kan kereta hitam tu tapi amoi aku sorang tu katanya tak selesa untuk 7 orang,takut cramped,..betul jugak kata dia ..so kami setuju amik KIA putih tu je lah

Peringkat terakhir proses penyewaan

 So bila dah settle tibalah ke pringkat akhir proses dimana di pintu keluar premis ni ..seorang pegawai akan memeriksa dokumen korang sekali lagi dan bila disahkan maka korang dah boleh keluar

p/s Barang diingat USA mengamalkan pemanduan disebelah ‘port’ atau sebelah kiri

p/s proses penghantaran pun senang jer.. korang juz hantar ke premis ni kemudian dorang akan attend dengan memeriksa dokumen dan kenderaan dan mereka akan hantar korang balik ke hotel korang dengan kenderaan mereka FOC


Share