Tag Archives: shopping

Melayan Nafsu Shopping Di Camarillo Premium Outlet,Los Angeles

Aku pasti ramai tgh tunggu Final Euro ni…aku sokong Spain malam ni!!

But before that..please enjoy my entry ni dulu boleh…?

Sebagai seorang anak kapal kabin, sudah menjadi rutin kepada aku dan rakan sekerja merantau ke serata pelusuk dunia secara percuma..ngeh ngeh…tak ketinggalan juga LA ..pun aku dah sampai buat ke sekalian kalinya

Pertama kali aku menjejakkan kaki ke LA ni adalah dalam tahun 2004 so adalah menjadi rutin kalau dah pertama kali sampai maka aku akan jalan semua tempat2 menarik di LA seperti di Hollywood,Universal Studio dan Las Vegas,tapi bila da banyak kali sampai takkan nak redah lagi Hollywood ngan Las Vegas tu kan buang maso dan duit den jo..kali ni aku nak cuba bershopping di Premium Outlet pula

Di LA ni,kami anak anak kapal selalunya akan pergi samada ke Dessert Hill Premium Outlet ataupun Camarillo Premium Outlet,paling besar dan paling jauh dari LA adalah Dessert Hill,kali ni aku hanya ke Camarillo Premium Outlet yang jaraknya dalam 1 jam perjalanan dengan kereta dari  hotel kami dan ianya agak kecik sedikit dari Dessert Hill Premium Outlet

Pertama kali sampai sini mengingatkan aku kepada Johor Premium Outlet dekat Malaysia..dari segi binaan dan tapak memang hampir sama

Walaupun tempat ni dikatakan kecil,but actually its quite big..sebab ada 3 block kedai2 yang panjang..perhatikan gambar plan bangunan diatas

Selain kedai kedai kat sini jugak ada restoran,foodcourt dan juga panggung wayang

Jom perhatikan kawasan sekitar melalui gambar gambar dibawah:-

Apa yang best sangat shopping kat sini ni??

Ok jawapannya senang je..MURAH!!!…Murah macamana??,,,tersangat murah especially beberapa jenama seperti Coach,Polo Ralph Lauren,Ed Hardy,Guess dan Levis..Kebetulan pulak masa aku kat sana dorang tengah buat sale 4th July..so dapatlah lagi additional 40% off 

Contohnya beg Coach dibawah ni,hanya berharga RM612 (termasuk tax US gov)

Yang sebelah atas harganya dalam RM250 sahaja-harga retail kat Malaysia mencecah dalam lingkungan RM900..dan manakala yang satu lagi tu(sling bag) berharga RM350 sahaja-retail price di Malaysia dalam lingkungan RM1200..Korang tengoklah berapa punya murah harga Coach kat sini..

Aku pasti ramai yang nak kirim beg Coach ngan aku la lepas ni hehehe

Ok tu itu Coach…belum tengok Ed Hardy  atau pun Polo Ralph Lauren lagi…kalau aku citer nanti takut korang makan hati je hahahaha

Oklah aku citer sikit pasal harga Ed Hardy nyer t-shirt kat sini..kalau kat KL aku tengok harga dalam RM350-RM700..kat sini boleh dapat dalam RM40 – RM100 sahaja..nanti aku tunjuk gambar tshirt  tu dalam entry akan datang

Jadi,kesempatan yang ada kami bertujuh telah bershopping dari jam 12pm sampai 9pm..sampai kedai tutup tu geng..adoiii yaiii

aku dan rakan rakan-siap sewa mpv lagi

Ini adalah separuh dari ‘hasil tangkapan’ kami pada hari tu..yang beg putih tu semua barang dari Coach sahaja..

 Memang bestlah kalau datang shopping sini,kalau tak kuat iman memang koyak rabak poket..tapi kalau fikirkan balik memang berbaloi beli kat sini..silap2 boleh buat bisnes lagi ni..hehehe..dan pada aku pulak dapatlah beli beg Coach utuk isteri dan beberapa pasang baju utk anak dara aku buat beraya tahun ni..dan aku pulak dapatlah pakai baju Ed Hardy idaman aku yang aku tak pernah terfikir pun nak beli sebelum ni..(boleh le pakai buat show..heheh)

Overall it is a good experience,kalau korang berpeluang datang US..pergi lah ushar2 mana mana premium outlet kat sini..rugi la kalau tak datang ..beli lebih sikit balik Malaysia jual balik kat member2,silap2 boleh pulang modal perbelanjaan korang masa melancong ye dok


Share