Salam
Lagi mengenai Singapura…kepada yg belum baca bab2 Singapura di entry2 sebelum ni boleh la jenguk2 di link dibawah
Okay ini adalah segmen terakhir utk lawatan sehari aku ke Singapura tempohari..tempat yg aku nak terjah adalah kawasan berhampiran Esplanade,Singapore Flyer,Singapore Merlion dan Marina Bay..sengaja datang malam sebab menurut rakan aku tu malam2 kat sini chanteq katanya
Dengan berpandukan GPS akhirnya kami sampai dan parking dalam building berhadapan dgn Fullerton Hotel..parking bayar pakai Autopass dalam SD5 per entry

Aku park kereta di bangunan berhadapan hotel ni
Keluar sahaja dari parking aku betul2 menghadap Marina Bay..perghh kebetulan pulak masa tu lampu2 dan muzik dipasang dibangunan tu

Marina Bay - Cantik di waktu malam

Lampu lampu itu bergerak mengikut muzik

Persembahan lampu2 ni bukan senantiasa dorang pasang..ada kitaran masa tertentu yg aku tak pasti
Bersebelahan dgn Marina Bay korang akan nampak Singapore Flyer yg dihiasi lampu

Singapore Flyer mencapai ketinggian 160meter

Disebelah kiri gambar adalah Esplanade Singapore
Dan akhir sekali tempat yg mesti terjah kalau ke Singapura tak lain tak bukan kat patung Singa yg femes..Merlion
Actually ada 2 ekor singa femes ni tau ..seekor ada kat Sentosa Island dkt ngan USS yg tak de air keluar kot mulut dan seekor lagi ni adalah kat depan Marina Bay ni lah..haaa yg ni keluar air kot mulut dia heheh


dah penat posing posing kat sini maka kami ambil keputusan utk balik,sebab dah penat giler..dari pagi ke malam berjalan.but enjoy gak lah
Keseluruhan,Singapura adalah negara yang sistematik especially sistem pengangkutan dan jalanrayanya ..dari segi cara hidup dan budaya lebih kurang sama seperti Malaysia
Kepada yg nak melancong ke Singapura dan membaca entry ni sebagai rujukan aku ucapkan terima kasih..semoga korang enjoy ke Singapura nnt
Adios!
Share



