Tag Archives: tempat menarik di jepun

Kadar tambang beca Asakusa

Beca Jepun di Asakusa,Tokyo

Salam

Hari ni cerita pasal Tokyo lagi ni…Kali ni aku nak bawak korang intai intai beca di Asakusa,aku rasa ini adalah sesuatu yang menarik untuk dikongsi sama seperti beca kita dekat Melaka

Aku ternampak beca ni  semasa aku berada dihadapan Kaminaramon Gate,masa tu penarik penarik beca ni sedang sibuk menjerit jerit memanggil pelancong2 merasai pengalaman menaiki beca mereka

Yang lebih menarik perhatian lagi adalah penarik penarik beca mereka ni memakai sejenis pakaian khas -ala ala mcm pakaian tradisi jepun ..Menarik sekali

** credit pic -Daily Dose

**credit pic – Muza Chan

Bayaran yang dikenakan untuk ‘ride’ beca ini adalah dari RM80 (10 min) hingga ke RM600 (60 min)

Kadar tambang beca Asakusa

Terus terang aku cakap memang aku tak mampu nak naik beca kat sini..mampu tengok je lah..

Tapikan aku rasa pakcik beca kat Melaka kena caj lebih sikit lah kat pelancong pelancong..baru nampak lebih exclusive mcm dorang kat sini ye dok..

Jadi kalau korang sampai Jepun ni kalau merasa nak naik beca ni boleh lah ke Asakusa  di Tokyo


Share
Pose kenang-kenangan di depan Yodobashi Akiba

Akihabara – Bandaraya ‘Elektronik’ Jepun

Salam

Masih lagi mood Jepun..Hari ni aku nak bawa korang jenjalan ke Akihabara pula..terletak di tengah2 bandaraya Tokyo merupakan sebuah tempat tumpuan kedai kedai barangan elektronik dan anime/manga..Akihabara atau lebih dikenali sebagai ‘Akiba’ dikalangan penduduk tempatan ini , juga dikenali sebagai Electric Town dikalangan pelawat2 .Perbandingan tempat ni dengan di Malaysia adalah ibarat Low Yat ke KL..Namun   disini ianya lebih besar sebab the whole area/town dipenuhi kedai kedai elektronik

Ada beberapa gedung yang patut dilawati pengemar2 gajet,antaranya seperti gedung Sofmap,Ishimaru,Laox,Yodobashi Camera dan Yodobashi Akiba,nak tahu kat mana lokasinyer,sila lihat map dibawah:-

Semasa aku di sini..sekali lagi, dek kesuntukan masa, aku hanya sempat masuk Yodobashi Akiba jer..Gedung digital 9 tingkat ni pada aku adalah paling besar pernah aku masuk..barangan yang dijual disini memang banyak dan pelbagai jenis..ada tv,camera,laptop,pc,barangan elektronik rumah dan dapur dan segala macam barangan lagi lah

Dan paling aku suka adalah kat department kamera dan aksesori..fuhhh mcm2 ada..kalau bro Akubiomed masuk sini mesti dia tercengang ni

Yodobashi Akiba

Orang ramai giler

Booth Sofbank di Yodobashi Akiba  - syarikat telekomunikasi terkenal di Jepun

Bahagian kamera-disini aku ternampak model DSLR Nikon yang baru iaitu D3200..harga lebih kurang RM3000 lebih

Sigma Lenses…pelbagai saiz

Aksesori speedlight/flash

Directory…9 Tingkat

Pose kenang-kenangan di depan Yodobashi Akiba

 

 


Share