Tag Archives: tv1

Behind The Scene – Shooting untuk program Diva@1(RTM)

Dari kiri,Hafiz,Zarul dan Saiful dari Umbrella

Semalam saya dan rakan2 dari Umbrella,iaitu Hafiz dan Saiful telah meluangkan masa untuk menghadiri satu sessi temuramah untuk rancangan Diva@1 yang bakal disiarkan di RTM TV1 tak lama lagi.Rancangan ini disiarkan setiap hari dari jam 1140pagi selama 15 min dari Isnin hingga Sabtu dan pada hari Ahad ianya disiarkan pada jam 12-1230 tghari

Gelak pasal dok citer pasal semuanya da matang dan tembam2

Temubual berkisar pada aktviti semasa kami dan juga mempromosikan single terbaru Sayang Bersebab dan juga menceritakan serba sedikit 2 buah lagu lagi kami yg masih dalam proses rakaman,salah satunya adalah lagu yg berjudul ‘Gema” ciptaan Hafiz Umbrella dan saya sendiri selaku penulis lirik.

Penggambaran sessi temubual ni diadakan di pejabat Mekarlah Production iaitu syarikat kepunyaan komposer terkenal Saari Amri dikawasan sekitar Pandan Indah.Selain kami turut ditemubual ialah Amir Uk’s dan seorang pendatang baru -iaitu anak didik Saari Amri yg baru Ery Ma’arof.


Dikhabarkan Saari Amri akan menamakan judul album tu nanti dengan judul ‘Bisa Berpanjangan’ dan akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu lagi oleh FMC Music (M) Sdn Bhd -Insyaallah.

Hensem juga saya berkaca mata yer hahaaha puji diri sendiri tetiba

Jadi kepada peminat2 Umbrella dan Amir Uk’s serta penggemar karya karya Saari Amri boleh la mendapatkannya dipasaran nanti..dan seperti biasa Beli Yang Original!! Terima Kasih

Kenangan sungguh anugerah cakera emas tu

Disini saya uploadkan sekali gambar saya dan Umbrella semasa temubual dan gambar2 lain akan saya upload di entry esok dan juga beberapa keping akan saya upload di FB Umbrella..Untuk Like kami sila klik disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Share

Angkasapuri…, Here I Come!!

Agak lama jugak saya tidak ke Angkasapuri,kalau dulu sewaktu saya sepenuh masa menyanyi,Angkasapuri tu dah jadi macam rumah ke dua saya.Manakan tidak dalam setahun tu paling kurang 2-3 kali kesana,kekadang di Angkasapuri,kekadang tu pula ke stesyen radio dan bermacam2 lagi lah aktiviti.

Nama nama seperti Noriah Letuar dan Alex Reza akan sentiasa ingat sampai bila2,kalau anda nak tahu dorang ni lah yang banyak membantu kerjaya saya bersama Umbrella membina nama melalui televisyen

Paling saya tak lupa adalah semasa saya menjayakan program hari raya pada 1995,dimana setelah buat reharsel selama 4 hari,malang telah menimpa saya bila sewaktu perjalanan pulang ke rumah dimana saya telah mengalami kemalangan kecil membabtikan motor yg saya tunggang telah dilanggar orang dari belakang menyebabkan saya mengalami luka luka yang agak teruk dibahagian kaki,paha dan lutut saya.

Dengan keadaan luka luka dan esoknya tu da Hari Raya dan saya kena nyanyi plak tu kat TV1 memang satu pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila bila

Okay tu dulu punya cerita lah,semalam tanpa diduga saya telah menerima satu panggilan dari seorang wakil RTM telah menjemput saya untuk menjadi salah seorang tetamu dalam rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia

Dan semestinya saya agak teruja,maklumlah da lama saya tak muncul di TV1,setelah baru je muncul di TV3 dalam rancangan MuzikMuzik23 baru baru ini bersama kumpulan Umbrella.

Namun begitu,saya hanya muncul seorang saja tanpa ahli anggota Umbrella yang lain,atas permintaan penerbit.

Dan kepada korang yang membaca post ni,saksikan kemunculan saya di Selamat Pagi 1 Malaysia di TV1 pukul 9 pagi


Share