The Street Of Perth,WA,Australia

Salam

Beberapa hari yang lalu aku ada update mengenai restoran restoran halal di Perth,kali ini aku nak share dengan kalian berkenaan dengan suasana di jalanan sekitar Perth,yang tertumpu sekitar Murray Street

Sebenarnya Perth adalah sebuah bandar yang utama di sebelah barat Australia,walaupun begitu bandar ini tak de la sesibuk bandar bandar lain seperti Sydney atau Melbourne

Terletak berhampiran Swan River,bandar contemporary ini merupakan sebuah bandar yg mempunyai iklim atau climates yg paling bagus di Australia

Ok jom kita menjamu mata dengan beberapa keping gambar yang aku snap khas untuk tatapan kalian,gambar gambar adalah tertumpu di sekitar Murray Street..shopping area yang utama di Perth

My Hotel in Perth...

Murray St

Souuvenir shop Aussie tapi buatan China

Jualan Murah??Currency Xchange rate lebih kurang antara 3.0 - 3.2

Cuaca sekarang Apr-October adalah musim sejuk dengan suhu antara 10-18 darjah Celsius (tak de sejuk mana & tak de salji pun sini)

Monumen di belakang saya tu adalah berhampiran dgn Pejabat Pos berseblahan Murray St

Depan Pejabat Pos Perth

Adik AE sedang buat persembahan

Tips utk pelancong ke Perth

Bank beroperasi dari Isnin – Khamis dari pukul 9.30pagi hingga 4pm

ATM-24hrs

Tambang Teksi dari airport ke town adalah dalam anggaran AUD40 nak murah ambik airport shuttle jer dalam AUD15 sehala

Kedai kedai dan shopping mall beroperasi dari 8.30am – 5.00pm  pada hari biasa,manakala hari minggu sampai pukul 9.00pm

p/s Nakkan tips buat duit extra kat Perth kena email saya hehehehe tawaran ni valid sampai September 2012 je

Selamat Melancong


Share

24 Responses to The Street Of Perth,WA,Australia

  1. Tips buat duit extra?? Lain macam je bunyinya..hehe.
    abangensem recently posted..Contest “Abang Ensem Di Mata Aku”My Profile

  2. Bila la nak dapat merasa ke negara orang ;)

    Negara sendiri pun tak abes melawat lagi nieh :)

  3. assalamualaikum zarul…Wah!!! tips nak buat duit extra tapi x tahu bila boleh sampai sana agaknya…:)
    maszull recently posted..Hubby Ajak Tengok Bola Tapi Dia Yang Tido Dulu..My Profile

  4. Rasanya kedai Mat Saleh sampai kul 5.00 kalo kedai orang Asia Standard 8 kut sebab orang asia ni degil..hehe
    JAI recently posted..Keputusan Terkini EURO 2012 Germany Vs Portugal Ramalan Si Kura-kura Dari MalaysiaMy Profile

  5. Salam En Zarul.. hehe.. lamanya tak jenguk sini.. bukan sini aje.. sana dan sana pun.. hehe..

    agak2 kul 5 kat Perth masih terang ke atau dh gelap?
    monumen warna ijau tu cantik.. kalau ida mesti dh posing cover line kat situ.. ekeke. tip buat duit extra tu tunggulah bila ida nak pegi perth baru emel, aci tak.. heehe…
    idasm recently posted..SALAM RINDU… hehe..My Profile

  6. Terima kasih di atas info yang dikongsikan.. Sekurang-kurangnya kalau ada peluang pergi Perth.. Taklah “tergagau” saya dibuatnya..

    Saya suka dengan ayat terakhir Bro:
    “Nakkan tips buat duit extra kat Perth kena email saya hehehehe tawaran ni valid sampai September 2012 je”

    Dah ada yang bagi respon ke setakat ni??
    Anuar recently posted..Respon anda tetang Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..My Profile

  7. Salam.

    Tak pernah melancong lagi ke Australia. Nampak cun je gambar2 tu semua. Monumen hijau tu memang cun. Tapi lagi cun kalau tak kena blok dengan tuan punya rumah punya gambar (Jangan marah bro, gurau aje).

    Kawasan tu nampak tenang je.

    Selamat Hari Ahad.
    Incik RestNrilekS recently posted..Berubah Itu BagusMy Profile

  8. kedai sevinier tu mesti murah ek??
    Ahmad Fauzi Aryaan recently posted..Hadiah paling bermaknaMy Profile

  9. Macam mana adik AE boleh terlepas ke sana tu.. Hehehe
    Nurul recently posted..Terubat rindu dapat makan air tangan CheffMy Profile

  10. uittt siap ada tip nak buat duit lagi tu :D
    sweetkurma recently posted..asam pedas mak limah….memang ngetop…!!!My Profile

  11. wahhh bgs la ..siap ada tips…moga dpt la faz p negara org…tk pernah lg merasa….

    amin
    faz recently posted..Roti Canai Kosong VS Roti Sardin @ MamakMy Profile

  12. tgk cam best jer suasana…… aman . bersih dan fresh air……..
    remyhazza recently posted..Mee Udang banjir Kuala SepetangMy Profile

  13. Setahu saya di Australia tiada tawar menawar ketika membeli kerana harga murah yang diberikan adalah sebenar. :-)
    akubiomed recently posted..Abang Ensem di Mata AkuMy Profile

  14. Cantiknya permandangan…

  15. Apa yg hijau-hijau kat belakang tuh?
    Aldy Shah recently posted..Tolong serius bila bab makanMy Profile

  16. Obersi…Teringin pergi obersi,huhu T_T

  17. hi bro…
    planning to go to perth dis coming dec..mase cuti deepavali tu hu3…btw,if u dun mind, nak some tips to travel overthere i.e where to get cheap accomodation(apartment)?tempat senang nak nak cari makanan halal etc…
    btw,camner nk cari extra income kat perth tu??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge