Kenapa Cepat Pancit

Anda cepat pancit?Semput ..baru nyanyi 3 lagu..!Tahan lama semasa menyanyi adalah satu perkara yg amat dititikberatkan oleh penyanyi pro/mahu pun amatur.Malah saya sendiri  pun pernah mengalami masalah ini

Anda warm up untuk melindungi vocal chords. Anda juga mengawal/memantau tekanan yg anda letakkan ke atas vocal chords. Walau bagaimanapun apa yg anda boleh lakukan untuk memanjangkan tempoh keupayaan anda utk menyanyi ?Bayangkan anda boleh menyanyi hampir 30buah lagu dalam masa 2 jam-3 jam?

Kalau rakaman lagu paling2 busuk anda kena nyanyi 1jam-1jam setengah

Jika anda selalu warm-up sebelum nyanyi dan juga memantau vocal chords stress,anda kini sudah hampir separuh jalan dalam membina keupayaan utk  menyanyi dengan lebih lama.

Satu factor yg perlu anda fokus – mempertingkatkan kapasiti paru-paru anda.

Tidak seperti vocal exercise,latihan mempertingkatkan kapasiti paru paru boleh dilakukan on a daily basis untuk achive kapasiti paru paru yg lebih besar.

1.Deep breathing

Langkah pertama adalah “deep breathing”. Latihan ini membolehkan anda meningkatkan jumlah oksigen yg kita ambil  setiap kali kita bernafas.

Exhale/lepaskan nafas sampai paru-paru anda kosong ,kerana anda mahukan nafas anda yg berikutnya adalah udara yg penuh dgn oksigen.Baiklah.untuk lepaskan semua nafas dalam paru,cuba kira dengan kuat semasa anda breathe out.

Bila suara kiraan anda dah  makin perlahan tu maknanya udara dalam paru paru anda da habis.

Kemudian, berikan sedikit masa bg diaphragm untuk kembali ke tempat asal.You can accomplish this dengan merehatkan otot abdominal.

Semasa abdominal anda relax ianya akan akan mengembang.dan dengan ruang yg lebih banyak akibat dari pengembangan ini diaphragm anda akan kebawah sedikit dan memberi paru paru  anda LEBIH ruang untuk mengisi udara.

Buka dada anda to further expand your lung capacity

dengan mendepakan kedua2 tangan anda. Kemudian, inhale dalam dua kiraan dan exhale dalam  tiga kiraan.Latihan ini boleh dilakukkan dalam selang masa 3 minit

Ketahanan/Resistance

Tujuan latihan ini adalah untuk membenarkan paru2 menahan udara dengan lebih lama.

Proses ini menyebakan paru2 menjadi stretch/meregang/mengembang.Untuk memulakan latihan ini ,tutup mulut anda dan exhale..

Kemudian buka sedikit bibir anda dan biarkan udara keluar dan exhale lagi..Kalau anda kurang jelas latihan ini ibarat kita meniuo belon.

Latihan Basah

Latihan basah yg saya maksudkan disini adalah membuat latihan fizikal dalam air/kolam renang..

Untuk lebih berkesan cuba berada dikedalaman paras leher dan lakukan latihan fizikal/bersenam seperti biasa.

Apa faedahnya? atau mat salleh cakap,what does this accomplish? Ok, bila anda bersenam dalam air ,nafas anda akan jadi pendek dan laju kerana tekanan antara  isipadu air dan  tekanan darah yg flowing into your chest cavity.

Kajian mat salleh ada mengatakan“your breathing is diminished by 75

percent and your lungs will become more efficient as they

learn to compensate for this loss.”

 

Alat Muzik-Wind Instrument

 

Inilah masa yg sesuai untuk belajar bermain alat muzik bertiup atau wind intrument keraan dengan meniup alat2 muzik ini menjadikan paru paru anda lebih kuat dan tahan lama.

Contoh2 alat muzik ini adalah seperti saxophone,trumpet,tuba,flute dan sebagainya.Bermain alat muzik ini juga mengajar anda mengawal pernafasan dengan lebih berkesan

Latihan Cardio

Latihan ini adalah yg terbaik sekali .Ramai athlit dan ahli sukan menjadikan latihan ini sebagai latihan untuk menguatkan  paru paru serta membina stamina mereka

Latihan ini juga boleh diapdaptasikan dalam bidang nyanyian,latihan2 cardio seperti aerobik,cycling,berenang dan berjogging akan menguatkan lagi paru2 anda bila dilakukan secara kerap dan berjaduall

Akhir sekali,latihan paling mudah dan giler nyer simple, untuk kekal lama menyanyi dan tidak cepat pancit adalah dengan menerik nafas sedala2 yg anda boleh dan lepas selama yg boleh.. mula2 cuba sampai 10 saat,minggu depan cuba 30 saat dan bulan depan cuba sampai 1 minit dan seterusnya

Ingat,latihan ini dan juga latihan2 diatas, boleh meningkatkan keupayaan anda untuk menyanyi dengan lama tanpa cepat semput/pancit dan juga boleh meningkatkan stamina anda .Jadi selain menyanyi anda juga sihat dan cerdas!!

Selamat Berjaya dalam nyanyian anda!!

 


Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge