Tips Elak Ragut

Tips ni saya amik di MKPortal..utk info korang semoga bermanfaat..
by

on 28-10-10 at 11:19 AM (540 Views)

Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:

  • Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
  • Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

Bagaimana ia boleh berlaku:

  • Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
  • Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
  • Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.
  • Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.

Langkah-langkah keselamatan dari ragut:

  • Sentiasa membawa wang secara minima, guna kad debit dan lain-lain.
  • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
  • Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
  • Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
  • Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
  • Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan ‘pepper spray’.

Coretan dari RMP…

Submit "Tips Elak Dari Peragut dan Penyeluk Saku" to Facebook Submit "Tips Elak Dari Peragut dan Penyeluk Saku" to Digg Submit "Tips Elak Dari Peragut dan Penyeluk Saku" to del.icio.us Submit "Tips Elak Dari Peragut dan Penyeluk Saku" to StumbleUpon Submit "Tips Elak Dari Peragut dan Penyeluk Saku" to Google

 


Share

7 thoughts on “Tips Elak Ragut

  1. Noor Ain

    bagos tip2 yg abg bg.. sekarg jenayah ragut dgn simbah asid sm naik.. abg xnk bg tip elak simbah asid.. tu pun sm bhy dgn ragut.. hei.. makin takot nk jln2 kt luar.. mcm2 jenayh..

    Reply
  2. delaila marsha

    tips yg baik,…untuk semua wanita di luar sana,…sekarang ni makin menjadi2,…dah tu mcm bermusim plak tu,…klu ragut,…tiap2 hari kita dgr berita kena ragut,…klu simbah asid,…akan ade lagi berita mengenai simbah asid,….so,…berhati hati la,…wahai wanita semua,….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge