Actually gambar ni dah lama,juz nak share dgn korang sumer sbb feedback saya dapat korang mmg suker tgk gambar jenjalan saya kan!
Share
Actually gambar ni dah lama,juz nak share dgn korang sumer sbb feedback saya dapat korang mmg suker tgk gambar jenjalan saya kan!
Share
Sajer nak citer kalau2 korang minat …Tanggal 13 nov 1973 pukul 4.30ptg saya dilahirkan,merupakan anak ke lima dan yg bongsu bagi pasangan Allahyarham Hj Husin bin Jaafar dan Hjh Mariam bt Hussin
Mak saya melahirkan saya kat rumah je masa tu kat Pasir Puteh,Kelantan.Saya ni anak ‘pencen’..sbb masa saya lahir bapak saya da pencen dr askar..tak macam2 abang dan kakak saya yg dilahirkan di luar Kelantan
Masa kecik saya agak manja la dengan mak saya,mak saya cakap saya ni kuat nangis masa kecik2.Masa kecik juga saya ni suka main sungai,suka memancing kat sawah dan longkang dan juga kekadang tu melastik burung gak..hehehe
Bila masuk sekolah menengah(sekolah Men Keb Tok janggut) saya agak aktif bersukan pulak,saya aktif dalam sukan olahraga seperti lari 100m,200m,400m dan lari berganti2.Pada mulanya saya ambil lompat tinggi tetapi apabila saya patah tangan kiri masa saya training terus saya banned lompat tinggi ,saya tukar ambil lompat pagar pulak iaitu lari 110m lompat pagar
Pada masa saya di tingkatan 3,waktu tu lah saya mula mencipta nama di peringkat daerah,dimana pada masa tu saya telah tunjukkan kehebatan saya sebagai seorang pelari pecut dan memenangi acara 100m bawah 16thn.Dalam tahun yg sama semasa kejohanan diperingkat negeri saya tewas dalam 100m teteapi acara 400m lari berpagar saya dapat no 3.
Sebaik saja masuk tingkatan 4 iaitu pada 1989,saya memang training habis habisan,balik sekolah pukul 1.20tgh pukul 3 saya da siap2 pegi balik sekolah untuk training ..saya training sendiri2 je dgn kawan saya kat padang sekolah..Macam tu lah hari2 sampai ke hari pertandingan.
Alhamdulillah berkat usaha saya berjaya memenangi 5 pingat emas iaitu semua acara yg saya masuk,spt 100m,200m,400m,4x400m dan 4x100m diperingkat Daerah Pasir Puteh.Dan dalam tahun tu juga saya di nobatkan sebagai Olahragawan Peringkat Daerah
Dalam tahun yg sama diperingkat negeri saya juga menang 5 pingat emas.So pada masa tu memang saya ditakuti oleh ramai athlet ada yang sampai menangis sebab kalah dengan saya..betul saya tak tipu, sampai sekarang saya ingat nama budak tu
..Ehem ehem manakala di kalangan budak2 perempuan pula ramai yang pandang saya “semacam” ehem ehem,tapi masa tu saya ni pemalu dengan perempuan heheeh.kakak kakak senior pulak ramai yg jadikan saya ni adik angkat ..kahkahkah sekarang ni ada lagi ker angkat2 ni?
Selepas saya menang besar dan pasukan saya juga iaitu Daerah Pasir Puteh telah menang secara keseluruhan,saya telah dipilih untuk mewakili negeri Kelantan ke Kejohanan Olahraga MSSM yg bakal diadakan di Kota Bharu.Oleh kerana Kelantan jadi tuan rumah maka latihan pusat telah diadakan lebih awal dr biasa dan menyebabkan saya telah ditukarkan ke sekolah yang berhampiran dengan tempat latihan saya di Kota Bharu.Saya masuk Sekolah Men Kota Bharu.
Latihan bermula pukul 6-10am dan 11am-1pm saya masuk kelas..memang pada waktu tu saya bukannya belajar pun,suka hati je nak masuk kelas,cikgu pun tak boleh buat apa,sebab motif utama kami ke situ adalah untuk berlatih sukan.Manakala petang bermula jam 3pm-6pm berlatih lagi..begitulah seterusnya sampai ke hari kejohanan
Diperingkat ini saya ambil acara 110m lari berpagar malangya dengan pengalaman yang tak cukup saya gagal dek kerana nervous yg mcm nak pecah jantung
Manakala dalam kejohanan yang sama tahun berikutnya(1990) telah diadakan di Kuantan,dalam kejohanan ni saya dalam tingkatan 5,saya masih juga gagal membawa apa apa pingat,mmg saya frust masa tu rasa macam tak nak lari lagi lepas ni,lepas jer habis sukan dalam bulan 7 baru saya start belajar untuk ambil SPM.
Selepas SPM saya wakil Kelantan lagi di Kejohanan sama 1991 di Kuala Lumpur pula..Lari kat Stadium Merdeka tu…!!! rasa cukup bangga masa tu..Dalam tahun ni saya telah merangkul pingat gangsa dalam acara 400m lari berpagar.Akhirnya dapat juga pingat di MSSM.
Begitulah sedikit sebanyak cerita kali ni ..ooh ya lepas je kejohanan tu saya diterima masuk menuntut di ITM..nnt kiter citer pasal ITM pulak yer..
Share
Baru sekejap tadi saya pergi tengok filem … dalam botol ni,pada mulanya tak rancang tapi secara kebetulan .Jujurnya saya tak berapa ready nak tgk filem ni tadi sebab ianya sebuah filem yang agak ‘berat’ setelah saya tgk rancangan disebalik pembikinan filem ni baru2 ni kat Astro.
Namun begitu saya cuba jugak untuk layan filem arahan Khir Rahman ni.Yang best masa masuk panggung tu ramai pulak kaum kaum ‘pertengahan’ ni..saya dan isteri agak cuak jugaklah ..biar betul!!
Apa yg dapat saya rumuskan mengenai filem ni ialah ..Filem ni mmg jujur! Diawal citer banyak adegan 18 sx yang agak geli jugak la saya nak tengok,percumbuan antara kaum sejenis,hakikatnya ini mmg wujud didalam masyarakat melayu Islam kita..thahts why la saya cakap filem ni “jujur”
Dipertengahan cerita pula agak dramatik dan adakalanya agak bosan sikit la manakala klimaks citer ni yg best kerana ianya digarap dgn begitu berkesan sekali cukup dgn muzik latar yg dramatik serta lakonan mantap dari pelakon pelakon seperti Normah Damanhuri dan Kak Ogy
Secara ringkasnya filem ni adalah sebuah filem “art” yg heavy gak la..kalo nak tengok saya nasihatkan anda buka minda anda dan serap apa saja yg diceritakan.Jalan citer agak slow dipertengahan namun di awal dan klimaks citer ni mmg best.
Saya suka lakonan jalil Hamid,Normah Damanhuri dan Kak Ogy..Arja Lee sebagai pendatang baruharus diberi pujian kerana berjaya membawa watak yg saya kira cukup berat untuk pendatang baru sepertinya
Tahniah buat tenaga produksi serta pengarah
ShareMemang ramai yang tertanya tanya kenapa saya tiba tiba berhenti menyanyi kan?huhuuh memang persoalan ni ada yang tahu ada yang kurang tahu dan ada juga yg masih samar2.Well, actually saya rasa benda ni tak yah la saya ungkit2 kan lagi biarlah ianya menjadi rahsia saya jer..ooh nampak,ada yg tak puas hati tu,nak tahu jugak ker??ok lah knp saya berhenti adalah kerana sebab sebab prinsip hidup pada masa dan ketika itu yang saya kira adalah betul dan perlu dilakukan.Pull Stop!
Ok yang saya nak share disini adalah kehidupan saya setelah saya meninggalkan kerjaya glamour itu pada penghujung 1997 selepas album Hujan Panas di terbitkan.Saya akui saya banyak menyusahkan ahli ahli Umbrella yang lain pada masa tu yg sibuk mempromosikan album kedua kami pada waktu itu..saya asyik “hilang” dan sering ‘out of reach’jer .
Setelah itu pihak pengurusan iaitu Mekar Production cuba untuk menyaman saya,pun begitu dek kerana saya ni tiada apa2($$$ untuk membayar saman)maka saman itu telah ditarik balik.nasib baik kalo tak saya muflis sampai sekarang kot hehehe
Setelah saya menyatakan untuk berhenti terus dari menyanyi pada masa tulah juga industri hiburan tanahair mengalami zaman malap,ramai artis yang out of job dan show,pada tahun tu jugak la “Celebritiy Corner” di buka-mungkin ada yg masih ingat kan!Pada masa tu ramai artis yg buka gerai makan dan meniaga disana
Itulah juga yang terjadi pada saya ..meniaga.. tapi bukan di Celebrity Corner tapi di Puchong Bandar Kinrara,saya meniaga apam balik bersama sama arwah ayah saya.Memang pada masa tu ramai yang agak kurang percaya kerana dari seorang artis yang glamer dengan selalu memakai baju baju yang cantik tetiba jer memakai seluar pendek dan berselipar jepun dok tepi jalan dan meniaga apam balik.Pada masa tu jugak ramai reporter yang cari saya untuk minta penjelasan kenapa saya berhenti tapi saya dapat mengelak,tetapi wartawan dari URTV lebih cekap dari saya kerana dpaat menghidu lokasi perniagaan saya pada waktu itu dan saya redha je lah dorang ambik2 gambar saya yang hanya berseluar pendek dan ber tshirt lusuh,dan yang paling best gambar2 tu dijadikan cover URTV pada waktu itu(saya rasa saya la artis pertama yg hanya berseluar pendek dan bertshirt yg jadi cover URTV)kuikui
Setelah bebrapa bulan bersama sama arwah bapak saya, saya memulakan langkah sendirian dengan membuka gerai saya sendiri di sekitar Shah Alam,Klang dan Subang,Pada bulan puasa pula saya sering berniaga di Shah Alam.Alhamdulillah rezeki dari apam balik sedikit sebanyak dapat menampung kehidupan saya dan keluarga pada waktu itu
Dalam tahun 1999,ekonomi agak merosot dan telah effect perniagaan saya juga pada ketika itu,memang kehidupan saya amat2 susah pada waktu itu dan dek kerana itu juga saya terpaksa minta pinjam dari Along.Memang satu tindakan last resort yang terpaksa saya buat.Pada hakikatnya bila pinjam dari Along ni bukan menyenangkan kita malah lebih menyusahkan kita,so hari hari kena bayar duit kat Along,sebanyak RM20 sehari,untung bersih sehari buat apam balik ada la dalam RM70-80 sehari.So boleh la simpan dalam RM20 sehari.
Entah bagaimana satu hari pelanggan saya adalah seorang pramugara di MAS memberitahu saya yang ada inetrview untuk jawatan pramugara.Setelah mendapat info saya terus ke kedai gunting untuk memotong rambut saya yang saya bela panjang masa tu (ada dalam paras bahu) untuk menghadiri temuduga
Alhamdulillah rezeki anak saya,saya diterima masuk untuk jadi pramugara,kerja yg tak pernah saya terfikir saya akan buat,huh..pun begitu terus kekal hingga ke hari ini since Jan 2000
Share
Kepada yang masih tak tahu ,lagu ini adalah sebuah lagu karya Saari Amri manakala lirik oleh Fitri Amri(Saari Amri jugak sebenarnya).Lagu ini adalah lagu hits Umbrella dari album “Seribu Rahmat” Tentang bagaimana dapat ilham nak cipta lagu ni saya tak tahu lah tapi bagaimana saya merakamkan lagu ni yang saya nak share dengan anda semua.
Buat pengetahuan anda lagu ni adalah lagu hits Umbrella sehingga ke hari ini telah dirakamkan pada penghujung tahun 1994 .Saya menerima lagu ni bila mana saya masuk semula menyertai Umbrella setelah menarik diri seketika semasa peringkat awal proses rakaman album
Antara lagu lagu lain yang saya terima pada masa itu adalah seperti Bukalah Hatimu,Akulah Teduhanmu,Kawan Makan Kawan,Saujana dan Berapinya Rindu
Sebelum menarik diri saya ada terima lagu lagu sepeti Maruah,Retak Jangan Relai dan Semarak Kecintaan.
Sebelum menarik diri Saari Amri target lagu Maruah dan Retak Jangan Relai bakal menjadi hit namun setelah saya masuk semula, lagu Ramalanku Benar Belaka (RKBB) adalah taruhan kami
Pertama kali saya dengar lagu ni sebenarnya saya tak rasa apa apa yang special sangat pun sebab sebagai penyanyi setiap lagu yang saya sampaikan adalah tanggungjawab dan semua lagu saya suka dan tak de yang lebih special..semua sama je..tugas untuk menilai lagu mana yang bakal jadi hits saya hanya serahkan pada penerbit iaitu Saari amri,pada saya beliau lebih arif
Semasa nak masuk rakam lagu ni saya masih lagi bekerja di Majlis Perbandaran Klang(MPK),so Saari pilih hari minggu la tuk buat rakaman di King Studio Seksyen 13 PJ,selalunya Saari akan buat rakaman pada waktu malam antara pukul 10 malam hingga 3 pagi
Kebiasaan kalau lagu lagu berentak rancak saya ambik masa dalam 45mint ke 2 jam untuk menyiapkan proses rakaman suara. Manakala lagu RKBB ni saya amik masa hampir 4 jam untuk merakamkan nya.Saya mula record lagu ni pada pukul 1 pagi dan selesai pada pukul 5 pagi
Seumur hidup saya pada waktu itu itu adalah yang paling lewat sekali saya masuk tidur,mana taknya habis pukul 5 sampai umah kat Klang dalam pukul 5.45pagi(perjalanan menggunakan motosikal Yamaha SS125 yang dibelikan oleh mak saya –mak bayar downpayment je.. tapi bulan2 saya bayar RM115).dek kerana tak biasa dengan waktu tidur yang terlampau lewat badan saya mula lemah dan saya mula dijangkiti sejenis penyakit…Kalau nak tahu penyakit apa kita tunggu Part 2 …heheheeheh gurau ajer mana ada Part 2..sekarang gak saya sambung..penyakit yang serang saya tu adalah demam biasa jer..hahaha suspen tak???
Memang perit nak rakam lagu ni pasal key lagu ni adalah bukan dalam range saya,Oleh kerana Saari suruh saya pun ikut jelah..nak buat macamana dia lebih arif tambah pulak tu lagu dia,ikut suka dia lah kan! Tapi yang sedikit tersiksa adalah sang penyanyinya,sampai demam demam saya dibuatnya,dalam hati saya berbisik “kalau tak popular jugak lagu ni aku tak tahu lah”
Namun segala jerih perih saya rakam lagu tu berbayar juga kerana selepas album dipasaran lagu RKBB ni seolah2 mengamuk dicarta carta radio seluruh Malaysia,Brunei dan Singapura.
Ini sekaligus mempopularkan nama Umbrella dipersada seni tanahair ketika itu.Dan saya akui lagu tu telah banyak menyumbang kepada karier muzik kami pada waktu itu
Share
RTP Slot Gacor selalu menawarkan pengalaman bermain yang menarik karena memiliki persentase kemenangan yang lebih besar. Banyak pemain memilih RTP Slot Tertinggi untuk meningkatkan peluang menang dalam setiap putaran. Dengan pilihan RTP Slot Online yang beragam, pemain dapat dengan mudah memilih slot yang sesuai dengan preferensi mereka. Slot RTP Tertinggi ini memberikan keuntungan nyata dan pengalaman yang tak terlupakan.