Monthly Archives: April 2011

Kembali ke studio rakaman

Alhamdulillah selesai juga rakaman untuk single Umbrella yg baru iaitu ‘Sayang Bersebab’ semalam.Perasaaan saya bercampur antara nervous dan tidak,maklumlah da lama tak nyanyi kat studio rakaman..nyanyi stage dan studio adalah dua proses yang amat berlainan dan proses rakaman memerlukan ketelitian dan stress sikit lah

Apapun lagu yang diberi taklah susah sangat cuma lirik je tak berapa nak boleh feel..tp buat2 feel jer huhu..Saari Amri pun ada bagi guide untuk sedapkan lagi nyanyian saya..chewahh

Saya ambil masa selama sejam untuk siapkan lagu ni,lepas je saya selesai Amir UKs pulak masuk studio untuk record single baru dia iaitu ‘Kasih Terlihat’

Pada saya dua dua lagu,Sayang Bersebab da Kasih Terlihat mempunyai kekuatan pada melodi dan mampu menghiburkan anda yang layan rentak ala2 90an ni..adik ipar saya yg baru 18tahun da dengar ,dan dia amat suka dgn lagu ni..

Saya diberitahu kedua2 single baru ini akan dimuatkan dalam album koleksi Saari Amri dan bakal release insyaallah dalam bulan depan atau Jun ini.nantikan kemunculannya!!

Dengarkan lagu Sayang Bersebab

Tweet
Share

Bumbung Rumah Bocor…

Masalah ni tak pernah saya alami masa sebelum saya beli rumah teres ni..sebelum2 ni menyewa  apartment jer..so masalah ni tak pernah saya experience la..

Sejak beli rumah ni 2 tahun lepas,masa dalam tempoh warranty pernah la jugak bocor  dan da direpair..alih2 sejak 2-3hri ni hujan asyik lebat je kat Lembah Klang dan kawasan rumah saya dan saya dapati masih ada bocor lagi

Ni sekarang tengah tunggu En Adam  tukang rumah untuk tengok2kan bumbung rumah saya yang bocor ni..Diharap lepas ni masalah ni dapat diatasi dengan segera..sebab saya takut nnt saya tak de rumah terpaksalah isteri saya berhempas pulas menadah baldi kat dalam rumah sorang2

————————————————————————————————-

Malam ni saya akan ke studio buat recording untuk single terbaru ‘Sayang Bersebab”..seperti yg anda sedia maklum saya tak suka lirik lagu ni..tapi melodi nya saya suka..

Nervous sebenarnya ni sebab da lama tak buat recording tambah pulak saya sakit tekak sikit ni..apa2 pun saya arap semuanya berjalan lancar

nanti esok saya upload gambar2 masa recording nnt..

Tweet
Share

Ulangtahun Perkahwinan ke 2

Tanggal 26hb April yang lepas genap 2 tahun perkahwinan saya dan isteri..Alhamdulillah selama 2 tahun ni kami cukup2 bahagia dan saling menyayangi serta memahami antara satu sama lain

Kepada yang mengikuti perkembangan saya dahulu,mungkin da tahu yg saya pernah berkahwin sebelum ni,namun perkahwinan tu tak kekal,saya menduda sejak 2002 hingga 2009.Alhamdulillah saya akhirnya bertemu dengan isteri saya sekarang ni pada 2006 dan kami bertunang pada 2007 dan berkahwin pada 2009

Ulangtahun kali ni kami raikan lebih awal kerana masing2 sibuk dengan kerja,kalau anda baca post yg sebelum ni saya ada citer yg saya kena ambik exam dan study pada tarikh ulangtahun perkahwinan tu

 

Tweet
Share

Minggu Yang Sibuk…

Minta maaf banyak2 pasal tak dapat nak update blog sejak Isnin lalu..bukannya apa cuma agak sibuk sejak dari Isnin dengan kelas/exam dan anniversary

Ok Isnin dan Selasa saya ada buat kelas dan exam pada hari Selasa,kelas dan exam ni adalaha untuk memperbaharui ‘lesen terbang’ saya je sebenarnya..Kelas Tatacara Keselamatan Dan Kecemasan ini rutin tahunan bagi setiap  anak kapal macam saya ni..dan dimestikan lulus dengan markah minimum 90%.

Dalam kelas ni juga kami belajar kelas First Aid..so kami belajar CPR dan mcm2 lagi berkenaan perubatan..cthnya macamana nak treat orang pengsan,orang yg kena serangan asthma,hidung berdarah,serangan jantung seperti angina pectoris bahkan bagaimana nak sambut baby baru lahir pun kami belajar

Selepas tu pula kami ada kelas keselamatan dan kecemasan,so yg ni biasalah,kami kena belajar bagaimana nak handle situasi kecemasan dalam kapal,cthnya ada kebakaran dalam kapal ker,nak handle hijackers,decompresion,turbulence dan yg paling penting procedure kecemasa semasa kapal crash atas darat atau air(ditch)

Benda2 ni semua sebenarnya telah diajar selama sebulan semasa kami baru2 join dan setiap tahun kena refresh balik dan bila da lulus kami akan diberi cop “lulus untuk terbang”

So disebabkan keran nak study tu la yg terpaksa saya lupakan blog saya ni sekejap.

 

 

Tweet
Share

Aay Ef??

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semalam baru dapat tgk konsert AF secara Live,sebelum2 ni tak sempat sbb busy kerja..Dengar dengar citer sebelum2 ni ramai yg komen AF kali ni tak best..saya da agak dah sebab Konsert Tirai sempat jugak saya tengok dan saya tak berapa suka sangat dengan peserta2 kali ni.

So semalam sempat la tengok ..terkejut gak saya tengokkan persembahan peserta2 kali ni,tambah terkejut lagi pasal Kak Ogy mengamuk sakan semalam.

Pada pendapat saya budak2 Af kali ni sebenarnya masih mentah dan kurang pengalaman sebenarnya..Bakat tu ada pakej tak kurang hebatnya,tapi untuk menjadi penyanyi yg bagus pengalaman amat diperlukan,kalau pengalaman setakat karaoke setiap hujung minggu dan masuk pertandingan sebulan sekali takkan menjadikan anda sebagai seorang penyanyi yang berjaya secara keseluruhannya

Pengalaman menyanyi yang saya maksudkan adalah menyanyi dikhalayak dan membuat persembahan dengan muzik live,rata2 penyanyi yng ada pengalaman ni boleh pergi lebih jauh kalau dpat masuk AF sebab dorang ni basic da ada,cuma nak gilap jer,ini terbukti pada Lena dimana beliau sebelum ni menyanyi dengan band MPAJ..kita lihat dia mmg tak kekok diatas stage begitu juga dengan Azri

Mengenai krtikan Kak Ogy saya rasa terlalu pedas dan boleh demoralize para peserta, ada yang ok dan ada juga pada saya amat keterlaluan sbagai contohnya masa dia bagi komen tentang nyanyian Nera..pada saya sebagai penyanyi amatur dn masih lagi dalam proses pembelajaran sepatutnya dia harus dipuji kerana dia da lakukan yang terbaik dalam kelas dia dan Kak Ogy tak sepatutnya menyamakan karisma Sinatra dengan Nera..jurang nya memang amat jauh sekali dan tak sesuai untuk dibandingkan

Amir pula pada saya,ianya merupakan peserta fevret saya bila pertama kali saya tgk dia nyanyi masa kat Konsert Tirai,tapi pada saya AF bukan makanan Amir-saya setuju dengan Hattan ..harap Amir teruskan muzik yg dibawanya sebelum ni,tp dengan syarat pkai modal sendiri la..nak harapkan recording company saya rasa sorry to say la mmg amat susah pasal dorang pilih pakej dari bakat.

Yang pasal gugur ni pulak saya tak tahu apa2..tp sempat la layan Diari 2 jam sebelum konsert so dapatlah gambaran sedikit sebanyak,dan saya tak sangka si Fir tu tak lepas..saya dapat rasakan yg Astro ada main strategi ni..pasal budak Fir ni boleh tahan jugak vokal dan pakej nya..we will see..apa permainan Astro lepas ni.manakala Hazama saya agak kecewa kenapa la masuk AF lagi??da elok2 dengan Meet Uncle Hussein …hai entahlah ikut suka korang la,main strategi jugakla ni kot..MUH?

Apa2 pun da ada 2 peserta baru jadi kita layan je lah apa pulak yg bakal dipersembahkan oleh peserta2 dan apa pulak kritikan kritikan pedas yg bakal di lemparkan oleh kak Ogy

p/s Oh ya satu benda yg saya perasan kat AF ni..kenapa yer peserta perempuan yang selalu keluar dulu dalam 3-4 minggu yang pertama,pastu baru peserta lelaki?

 

Tweet
Share