Share
Monthly Archives: May 2011
Kembali ke Cape Town..ce citer ce citer…
Saya baru sampai ke Cape Town ni..da mandi2 cuma mata tak mahu lelap,di tambah pulak dengan adanyer internet percuma di dalam bilik ni lagi menyebabkan mata ni jadi ‘terang’ so ni le kerja teman ..ngomel kat blog ni sorang2
Alhamdulillah flight teman tadi berjalan lancor,kerja pun tak de banyak masaelah sangat,penumpang pun tak delah penuh bebenor..sedang elok la kata orang tu..so teman tak de la stress sangat..ditambah pulak flight dr Buenos Aires berlepas waktu tgh malam waktu sana jadi penumpang2 teman tu semuanyer tidor terbungkang..ermm teman pun tak delah sibuk sangat..
Kat sini teman dok dalam 3 hari lagi sebelum pulang ke KL..aduh teman ni da rindu bebenor dengan isteri teman ni,udoh lama teman tak tingge dia lama2 sampai 2 minggu,tahun lepas teman ader ler buat flight ni ..tapi teman bawak dia dan berbulan madu,seronok ler teman bila dia ader tambah pulok waktu tu Piala Dunia Bolasepak diadakan di South Africa ni..dapatlah merasa suasana kemeriahan kat sini pada waktu tu
Eh saya baru perasan yg saya ni berbahasa Peghok (Perak) dari tadi yer!..ha ni ler jadinyer bila da terbiasa dengan kenkawan sejak dari mininggu lepas dorang ni semua asyik berbahasa Peghok jer..sikit2 “Yoeb”..sikit2 “teman” ..dorang tu semuanyer budak2 Perak..pastu dok ngajuk dialog2 dari filem Hantu Kak Limah..apalagi dengan saya saya sekali ler terjebak..adoiyai!!
Kita Bako kita bako..hahahahah adoi pecah perut melayan kenkawan giler dan sengal saya tu..maklumlah bukan apa masing2 rindu kat famili ,berjauhan dr keluarga..mcm tu je lah caranyer nak lari dr perasaan rindu tu,ye dok??
Oklah cukup2 la tu yoeb! kamu ni tak ret2i nak tido ker yoeb..??oops ok la sayaberhenti kat sini dululah..esok2 sambung lagi..ingat esok ni nak ke Camps Bay Beach lagi sekali..nak ngammbil gambo sunset kat sana..harap2 cuaca tak hujan macam hari ni ler..kalau cantik nnt teman post utuk mekema mekema semua nengok ..
Share
Hari terakhir di Buenos Aires Argentina
Finally sampai jugak hari nyer utk saya meninggalkan bumi Argentina ni..saya kat sini sejak 4 hari yang lepas,fuhh dah naik muak sebnarnya ni..tak de yang menarik sangat la pasal semua tempat kira da round..semalam nasib baiklah ada juga aktiviti ngan kenkawan melepak kat bilik kawan saya sambil tengok bola Final Uefa Champions League,saya sokong MU malang sekali kalah..kena boo je la saya dengan sorang lagi kawan saya yg sokong MU,yg lelain tu sokong Barca..
Kekadang tu seronok gak ler lepak2 macam ni,sebab semua geng2 saya yg dah lama kenal,melepak sambil bercerita,so macam macam cerita ler yg keluar.Saya macam biasa ler akan ditanya segala macam benda dan pengalaman saya sebagai penyanyi suatu waktu dulu…so apalagi saya pun bercerita ler,seronok ler dorang dengo,sambil tu kebetulan saya ada beberapa video nyanyian saya yang lama2 masa nyanyi kat HMI dulu2 tu..huhu dorang bantai gelak terguling guling..maklumlah masa tu muda2 lain macam sikit karakter dia,so agak retro ler dgn pakaian fesyen dulu2 kann..
Kawan saya yg sorang lagi ni pulak cikgu taekwando,so dia ada bagi tips ler macamna nak buat 6 pax..hohoho..jangan marah ..abg pun nak 6 pax juger dek..so dia tunjuk ler cara senaman ala taekwando dia tu..fuhh mmg boleh 6 pax le lepas ni..
Pastu kami juga seronok nengok gelagat anak2 muda di sini yang sanggup menunggu group McFly yg kebetulan berada di hotel sama dgn kitorang.Dorang ni menunggu dari pagi sampai ke malam semata mata nak tengok kelibat artis kesyangan mereka ni..kitorang ni lagi ler blurr saper la McFly tu..
So hari ni last day kat sini maka ada rasa seronok sikit da ler pasal dalam 5 hari pulanglah saya kepangkuan isteri yg dirindui..kesian dia kena tinggal 2 minggu,nasib baik dia agak sibuk dengan kerja kebelakangan ni so tak delah dia rasa sgt.ketiadaan saya disisi..lagipun kemudahan komunikasi sekarang telah banyak membantu kami berkomunikasi melalui internet dan telefon.
So lepas ni kami akan ke Cape Town pulak selama 3 hari lagi sebelum pulang ke Malaysia..so ada lagi bebrapa hari nak kena harung dan dua kali flight untuk diselesaikan..huhu i love my job.
Ni sekarang saya dan kenkawa tgh berkira2 apa yang nak dibuat kat Cape Town ni..Apa nak buat ek?
ShareDunia Blogging Aku…
Sejak saya berblog ni banyak juga lah saya dok ngendap2 blog2 femes,dan mengikuti kisah kisah blogger blogger yg kaya raya kat Msia ni seperti RedMummy,BeautifulNara.Proudduck,.Saya ni mula2 nak berblog kononnya utk berbisnes online jer ..tapi memandangkan isu tu agak limited,bagi saya..so saya lupakan ajelah niat nak teruskan blog tu..so ada ler dalam 2 tahun zarulumbrella.com ni terbiar begitu jer tanpa update blog.
So apabila saya mula nak giat aktif semula nyanyi so saya gunakan website ni sebagai platform untuk mendekati audience saya yg dulu pernah menyokong saya dan Umbrella.Dan dalam masa yang sama,saya letaklah iklan Nuffnang tu,tanpa niat apa2 pun..juz letak jer,sebab melaui pengalaman berblog sebelum ni mmg agak susah nak commit dalam berblog ni,maklumlah nak kena pandai curi2 masa nak menulis,mana nak kerja lagi,mana nak layan isteri,anak lagi..fuhh mmg nak kena dedicated dan commited,,kata omputih..
Bila saya berblog ni baru lah saya tahu,ada antara blogger kat Msia ni yg betul2 buat duit dgn blog..ada yg sampai mencapai pendapatan sebanyak 6 angka dalam sebulan hasil dari iklan2 di blog mereka..fuhh mmg terkejut jugaklah saya.Ya..!! mmg saya da tahu sebelum ni,boleh buat duit dengan blog,tapi tak sangka plak boleh sampai ke 6 angka..banyak tuuuu!!..kalah gaji sesetengah manager dek!!!!
Yang membuatkan saya tambah terkejut,apabila mengetahui yg blogger ni kebanyakkannya surirumah dan blog mereka hanyalah menceritakan kisah hidup mereka seharian sahaja.Wahh senang hidup korang kan..hanya menulis blog dengan bahasa pasar je buat duit ribu riban sebulan..pastu boleh tumpukan pada keluarga dan yg paling penting tak yah nak mengarung jalan jamm kt KL ni nak ke tempat kerja,takyah buang duit isi minyak dan tol..aduh jelesssss sehhhh!
Namun begitu blogger2 ni bukan sekelip mata jer buat duit banyak2 mcm tu..makan tahun jugak ler,,,update blog paling kurang satu post tiap2 hari,..pada saya ni yg payah sebenarnya..kena betul2 commited dan sentiasa mencari idea utk tatapan pembaca setia blog dorang..kerana pembaca blog adalah pelanggan mereka..bila ramai pembaca maka hit akan tinggi ..so ini lah punca datangnyer duit yg banyak2 tu masuk akau dorang
Kalau nak bandingkan dgn saya ni mmg tak terlawan ler..blog baru 2 bulan setengah..post2 pun tak der ler sehebat mana,trafik pun ala kadar jer ..hit apa lagi lah.Apa2 pun saya tak kisah sebenarnyer..saya niat nak berblog ni cuma nak merapatkan silaturrahim dengan kenkawan2 serta peminat peminat saya jer(tu pun kalau ada)—hehe ayat propa ..tak boleh belah..
Walaubagaimanapun saya agak bangga jugak la dgn pencapaian saya dr segi jumlah post di blog ni..i managed to post atleast 1 post per day..huhu..tapi kekadang tu terlepas gak dalam 2-3 hari..tapi saya cuba sedaya upaya bayar balik post2 tu ..kalau terlepas 2 hari tak der post maka hari ke3 tu saya henjut sampai 3 post sehari..dan lagi satu ‘tabung’ Nuffnang saya tu da mula bertambah..ermm mmg mngejutkan,walaupun tak sampai dengan nilai sekotak rokok,tp ok aper..better then nothing kan…
Jadi sebagai pengakhir kata pada post kali ni saya nak ucap terima kasih banyak2 kepada pembaca2 setia blog saya ni..kerana sudi melawat dan membca serta mengomen di blog buruk saya ni…dan jangan serik yer..teruskan sokongan korang..Chaiyok!!
Share10 Tips Mengurangkan Berat Badan
- Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
- Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.Elakkan makan pisang,kentang dan kurangkan makan telur kepada 4 biji seminggu sahaja
- Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.Banyakkan makanan berfiber seperti bijirin.
- Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
- Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal
- Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
- Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
- Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli ‘protein shakes’ dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
- Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
- Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
Share