Monthly Archives: July 2011

Balik Kampung

Actually saya da kt kampung hari ni..post ni lewat sehari..Hari ni da tgk anak bulan Ramadhan tak esok lusa insyaallah kita puasa..Selamat Menyambut ramadhan Al Mubarak kepada pembaca2 blog Zarul Umbrella Dot Com..

Saya balik kampung ngan mertua saya kali ni..disebabkan hari raya saya tak dapat cuti..hanya raya pertama je cuti..so terpkasa la saya beraya di KL..ni yg balik kg awal2 ni..

Mmg kerja mcam saya ni agak susah sikit ler nak cuti lebih2 lagi time raya ni..tak de slot dan terpaksa ikut giliran,sbb tahun lepasa saya da dapat cuti panjang masa raya so tahun ni putih mata je la..nasib baik ada juga off masa 1st day raya tu nnt

Anyway lupakan jap pasal tu..ni nak citer pasal kg saya ni..Kg saya ni terletak di Kelantan didaerah Pasir Puteh,sekampung dengan si Fizo pelakon kacak tu..Kalau balik kg especially musim buah2an mmg seronok tak caya tengok la gambar dibawah

haa ni la yg seronok nyer..depan umah je nih..main petik ngan tangan je nih..kalau nak durian ada kat umah sebelah  seguni RM10 je makcik tu jual..

Mmg tulah yg seronok bila balik kg ni selain jumpa member2 lama masa kat sekolah..Insyaalah saya akan mulakan 1 Ramadhan saya kat kampung..

My home sweet home @kampung

Lagi gambar2 masa kat kg dan perjalanan ke kg akan saya post di entry akan datang

Sign Off!!

Tweet
Share
youtube_logo

Youtube Star

Sejak zaman digital mula menguasai dunia,sedikit sebanyak telah merubah persepsi umum dimana media konservatif seperti TV/Radio/akhbar bukan hanyalah satu2nya cara utk meraih populariti,mencipta nama atau mempersembahkan bakat seni

Keujudan Youtube mmg meninggalkan impak yg agak besar kepada industri muzik dunia bahkan industri muzik tanahair sendiri.

Justin Bieber..siapa tak kenal..type je nama dia kat youtube tu..berjela2 keluar link video2 dia kat youtube.Beliau dilamar oleh bukan calang2 org dalam industri muzik US..Justin Timberlake dan Usher kasi kontrak masa umur JB baru 11tahun..Penangan youtube la ni..asalnyer mak si JB ni suka2 je letak …langsung terus kaya raya

Kalau di Malaysia ..Ana Rafali..menggunakan platform youtube utk mengenengahkan bakat beliau sehingga dilamar menjadi artis rakaman..

Manakala di Indonesia sekarang ni tgh hangat video2 lip sync atau miming oleh 2 cewek comel iaitu Sinta dan Jojo..kalau search youtube mmg bersepah2..especially video Keong Racun versi Sinta dan Jojo..tapi suka gak saya tgk aksi miming budak 2 org ni..especially yg ni..

Lagi satu yg si Udin ni ..pun langsung terus jadi star..video dibawah ni sebelum dia jd star

yg ni pula dia da jadi star..siap ada video klip

Tweet
Share
IMG00067-20110725-1307

Pos Malaysia Lembap atau kurang Staff?

Entry ni lebih kurang mcm komplen cara lembut saya pada Pos Malaysia,semoga dapat diperbaiki mutu perkhidmatan..Baru2 ni saya ke satu pejabat pos di salah satu daerah di Negeri Sembilan.Pejabat Posnyer kecik je..kaunter ada la dalam 4 biji..satu untuk jual setem,satu lagi parcel dan dua lagi utk kaunter pelbagai

Saya sebenarnye nak renew lesen kereta jer..sbb tak kuasa nak ke JPJ jadi saya renew je kat Pej Pos..Tetapi saya mengambil masa yg agak lama sampai 1jam utk sampai ke giliran saya..Org mmg ramai dan kaunter hanya ada dua..Setiap sorang pelanggan pulak bilnyer bertimbun2..saya tak salahkan staff pasal dorang da tip top..tp tu lah setakat 2org mana mampu dorang nak handle berpuluh2 customer tu.. ye dok

Jadi disini mintaklah Pos Malaysia ambik tindakan..tambahkan kakitangan especially waktu2 hujung2 bulan ni kan..upah pekerja sambilan pun ok..Cepat sikit ..tak yah la nak beratur panjang..

mmg ramai..tgk la tu…

hanya 2 kaunter dibuka pasal ada 3 staff je yg saya nampak..sorang lagi break

Saya tu hari nasib baik pej pos tu dok ada dalam Giant Hypermarket..boleh g merewang jap..kalau tak mmg saya balik la jawabnyer.

Bukan setakat saya je komplen ni..ramai yg komplen actually.. that’s y saya post entry ni..Kesian tgk makcik pakcik yg da tua2 tu duduk menunggu lama..sampai yg ada da tak tahan lama sgt menunggu terus balik jer ..

Saya nasib baik mmg tak de hal lain..kalau tidak..mmg taklah..

p/s nasib baiklah ada online bil payment thru maybank2u..tak yah susah nak menghadap situasi ni tetiap bulan..tp kesian nengok pakcik2 makcik yg tak mahir menggunakan sistem perbankan online ni..

p/s/s next year renew lesen online je lah

Sign Off!!

Tweet
Share
MASvsSIN

Jom Sokong Harimau Malaya..

Post ni adalah tanda sokongan saya sebagai rakyat Malaysia..kepada pasukan bolasepak kebangsaan Harimau Malaya menentang pasukan kebangsaan Singapura pada malam ni di Stadium Bukit Jalil dalam pusingan kelayakan Piala Dunia

Kita perlu menang dengan sekurangnyer 2-0,3-1 atau 4-2.Jom sama samalah kita menyokong pasukan kita agar mampu mara ke pusingan ke 3 Kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil nnt.Insyaallah

Tweet
Share
DSC_2423

Telenovela Pendek Si Penjual Apam Balik..

Korang mmg tak kan dapat citer ni kat mana2..hanya empunya badan jer yg tahu segala jerih perih ketika disaat susah,masa ni lah segala macam ujian dan dugaan aku tempuh demi membina hidup harmoni.. kononnya ..,ketika itu.

Korang tahu tak? Hanya insan bernama Zarul Umbrella sahaja yg menjadi cover sebuah majalah hiburan ternama tempatan yg hanya berseluar pendek,berbaju t lusuh dan berselipar,tanpa sebarang touch-up dr make-up artis hebat dan tanpa persalinan2 bersalut sutera cina apatah lagi songket berbunga2—wah!!hebat tak metafora saya tu kahakah..adoi sedih sebenarnya ni tp cover jer

#—————————–#

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,nasib baik ada keluarga aku yg sanggup menolong walau hanya dengan upah cukup2 utk membeli pampers anak dan buat makan dalam 2-3hari,namun begitu ku tabahkan juga walau dalam hati meronta ronta kesakitan,namun beralah aku ini demi sesuap nasi utk anak dirumah

Segala kerdipan sinar neon glamer persalinan labuci kelip2 aku lipat elok2 dan aku simpan jauh2 dalam gobok yg tak akan mungkin aku buka lagi..Ada yg memuji tindakan aku namun org yg paling dekat dgn aku hanya memandang tanpa menghulur sedikit rasa penghargaan,walaupun apa yg aku buat ni demi memenuhi hasrat mereka.

Kenapa aku mengambil keputusan ini???

Ramai yg menerjah aku dgn persoalan keramat ini walaupun hakikatnye mereka sudah mengetahui apakah alasan aku …cuma mungkin hendakkan kepastian agaknyer..

Ya!!!

Hari ni aku iyerkan segala2 persoalan yg bermain dibenak pemikiran korang tu.Sebab aku dah tiada apa apa alasan lgi utk aku menyembunyikannya lagi

Nah…terungkai segala persoalan…lega bukan kepalang,namun begitu hidup harus diteruskan,perjalanan suka duka kehidupan, setiap manusia mengalaminyer,bukan niat nak menyalahkan sesiapa namun diri sendiri juga aku persalahkan..biarkanlah segala memori ini sampai disini sahaja.Tak mungkin aku jejak ke tempat itu lagi

Peace!!

Tweet
Share