Monthly Archives: August 2011

“Janda Anak Tujuh” di Pagi Syawal

Actually iklan iklan Raya banyak meninggalkan kesan kat kita tanpa kita sedari,ianya ibarat satu cerita pendek yg memeriahkan hari raya kita dan dalam pada masa yg sama meninggalkan mesej mesej yg baik melalui penyampaian iklan yg cukup menarik

Petronas merupakan satu syarikat yg aktif mengeluarkan iklan iklan sebegini, dan kebanyakkannya pula diarahkan oleh Arwah Yasmin Ahmad yg cukup cukup kreatif

Salah satu iklan yg menjadi fevret saya adalah kisah “Janda Anak Tujuh” dr Petronas dan salah satu iklan dari TNB

Tweet
Share
takbir_raya

Takbir Raya dan Terjemahan

Mungkin ramai yg tahu takbir raya dalam bahasa Arab,namun saya pasti masih ramai yg tak tahu maksud disebaliknya

Jom sama sama kita hayati terjemahan Takbir Raya dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari saya

Allah Maha Besar 
Allah Maha Besar 
Allah Maha Besar 

Tiada Tuhan melainkan Allah 
Allah Maha Besar 

Allah Maha Besar 
dan segala puji bagi Allah 

Allah Maha Besar 
Allah Maha Besar 
Allah Maha Besar 

Allah Maha Besar dan Maha Agong 
dan segala puji bagi Allah 

Maha Suci Allah pada pagi dan petang 
Tiada Tuhan melainkan Allah 

Tiada yang kami sembah kecuali Allah 
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya 
Walaupun orang-orang kafir membenci 

Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya 
Benar janjiNya 
dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya 
Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya 

Tiada Tuhan melainkan Allah 
Allah Maha Besar 

Allah Maha Basar 
dan segala puji bagi Allah 

Allah Maha Besar 
Allah Maha Besar 
Allah Maha Besar 

Tiada Tuhan melainkan Allah 
Allah Maha Besar 

Allah Maha Basar 
dan segala puji bagi Allah 

Tweet
Share
Screen Shot 2011-08-29 at 7.02.03 PM

“Kisah Cinta” Iqram Dinzly dan Fouziah Gous di Twitter

Apakah rahsia atau cerita disebalik kata kata ini..hanaya mereka je yang boleh menjawab..Apa2pun saya doakan yg terbaik utk mereka berdua

 

Tweet
Share
Sepah Maharaja Lawak

Isu Perpecahan Kumpulan Sepah

Sudah menjadi adat atau mungkin dah jadi sumpahan kepada artis artis tanahair terutama yg berkumpulan akan berpecah semasa mereka tgh popular dan sebaliknya.Sebagai peminat mungkin kita sudah lali dengan isu isu sebegini,melalui pengalaman saya sebagai artis 90an hal ini juga terjadi dizaman saya,sebagai contoh kumpulan Ukays dan Exist pernah berpecah,malah Wings dan Search juga berpecah.Tak lupa juga 4U2C pun mengalami masalah yg sama

Terkini industri hiburan tempatan dikejutkan dengan sebuah kumpulan bukan penyanyi tetapi kumpulan lawak Sepah dikatakan sudah tidak sefahaman lagi dan kini telah berpecah.

Pada saya hal ini mmg saya jangkakan setelah mereka menjulang tropi Maharaja Lawak baru baru ini,kerana bagi pandangan saya sebagai pelawak dan pelakon setiap ahli kumpulan masing masing mempunyai agenda atau jadual mereka tersendiri..Memang susah untuk mereka bertiga sepanjang masa utk buat job yg sama pada satu2 masa.dan mungkin juga setiap dari ahli Sepah mendapat tawaran harga yg berbeza beza..dan sudah tentu mereka akan ambil tawaran yang tertinggi,buat apa nak join member lain sedangkan tawaran watak hero dalam sebuah filem dengan bayaran RM20k-30k sedang menanti dihadapan,tinggal nak sain jer.

Masa saya menyanyi dulu pun isu perpecahan ini banyak disebabkan oleh isu isu seperti diatas yg selalunya berpunca daripada faktor kewangan,tawaran tawaran menarik dan sedikit isu isu yg membabitkan masalah disiplin artis

Lihat sahaja Awie semasa beliau keluar dari Wings..beliau lebih bebas untuk menerima tawaran menyanyi dan lakonan sana sini dan bayaran pula lumayan tambah pula “makan” sorang2 tak yah nak kongsi kongsi..kumpulan Wings yg lain pun tak yah nak pening2 kepala,kalau Awie ada nnt susah dia nak commit pada Wings sepenuh masa..baik amik Mel je jadi penyanyi Wings

Memang sebagai peminat yg sayangkan sesebuah kumpulan anda akan merasa satu kehilangan atau kerugian besar atas setiap perpecahan..sama juga dgn Sepah..mesti ramai yg kecewa dengan berita ni.Namun saya yakin Sepah akan terus ujud cuma buat masa ni mereka bertiga iaitu Shuib,Jepp dan Mamat masing-masing membawa haluan demi karier mereka.Insyaallah jika ketiga tiga mereka terus ujud dan berjaya dalam industri ..saya pasti satu hari bila mereka berada disatu tahap atau level mereke tersendiri, mereka akan kembali bersatu seperti mana Wings dan Search hari ini

p/s ..Segala galanya bergantung kepada sejauh mana mereka boleh berjaya sebagai pelawak secara individu,sama sama kita tunggu dan lihat

Tweet
Share
photo

Salam Syawal

Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan


Semoga Raya kali ini memberi seribu makna dan kegembiraan buat anda sekeluarga,saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan atau terkasar bahasa dalam post post blog saya

Dan jika korang balik kampung dengan memandu tu ,saya harapkan agar dapatlah kiranya memandu dengan penuh berhati-hati semoga selamat sampai ke destinasi di tuju

Akhir kata,

Selamat Menyambut Aidil Fitri!!!

Tweet
Share