Monthly Archives: August 2011

Selamat-Hari-Raya

Open House Hari Raya,Jom Redah…

 

Raya Pertama

1. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin and Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah @ ISTANA NEGARA, 11am to 1pm

2. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak @ SERI PERDANA, PUTRAJAYA, 1pm to 6pm

3. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor @ Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, 11am – 3 pm

4. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan @ perkarangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Negeri Sembilan, 10am – 1 pm

5. Yang Dipertua Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob @ Istana Bukit Beruang, Melaka, 10 am – 3 pm

6. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, @ Pusat Konvensyen Borneo, Sejingkat, Kuching, (BCCK) Sarawak, 11am – 5 pm

Tweet
Share
Sofaz_coverJanjiku_2501

Teringin Nak Nyanyi Lagu Yang Macam Ni…

Da hampir dua minggu sejak saya dengar lagu ni..tp baru 3 kali saya dapat dengar betul2..baru 3 kali dgr saya da dapat tangkap melodi yg amat indah bg saya

Lagu Terasa Di Syurga dendangan Sofaz ni mmg cukup2 berbisa melodinye …dan ianya mmg kena dengan jiwa dan vokal saya..tetiba teringin nak nyanyi lagu mcm ni plak..insyaalah kalau ada rezeki…

Lagu ni bila korus tu mmg ‘tikam’ habis la..i tell u..

Dah2 jom layan lagu ni..(lirik disertakan)

Terasa Di Syurga

Engkau tersenyum malu
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu

Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu


Tweet
Share
Masalah Nyanyian

Masalah Masalah Dalam Nyanyian

Setiap penyanyi mempunyai masalah nyanyian yg tersendiri dan

berbeza-beza,bahkan saya sendiri dan penyanyi professional juga ada

masalah sebegini Tapi ini bukan lah penghalang untuk kita mempunyai

suara yg diidam-idamkan bukan ?

Yang penting kita kena faham apa masalah tersebut dan bagaimana

untuk mengatasinya dan meningkatkan lagi semangat kita untuk lebih

bagus dalam nyanyian kita

Ada 5 masalah yg selalu kita lakukan semasa menyanyi:-

1. Menyanyi Out of Tune /sumbang

2. Buta Irama

3. Tak cukup Nafas semasa Menyanyi

4. Suara yg terlampau lembut/perlahan

5. Sebutan yg tak jelas

Selain itu ada beberapa lagi kesalahan yg biasa dilakukan  antaranya

1. Menyiksa tekak anda

2. Tak buka mulut semasa menyanyi

3. Terlampau mendongak

Semua masalah ni akan menjejaskan mutu nyanyian anda

Oleh sebab itu kita kena buat sesuatu iaitu:

Berubah!

Tweet
Share
CSC_2575-1

Perjalanan Ke Kelantan

Salam,

Saya pasti ramai dari kita hari ni da mula balik ke kampung halaman untuk beraya..Saya pulak tahun ni tak balik kampung sbb beraya umah mertua di KL jer..

Pengalaman balik kampung ni kalau nak citer memang menyeronokkan dan adakalanya juga memenatkan ..serius penat !!! especially kalau balik ke Kelantan di musim musim perayaan ni..12jam dalam kereta…mampu???!!

Pengalaman 12jam dalam kereta ni akan korang rasai jika korang drive balik Kelantan pada waktu “peak” especially 3 hari sebelum raya hingga ke pagi raya.Waktu2 ni lah highway dan jalan jalan bandar menghala ke Kelantan penuh sesak..sepertimana sesaknya nafas korang nnt.

Saya hanya mengalami pengalaman ni hanya sekali iaitu sewaktu pulang diwaktu cuti sekolah dan perjalanan kami mengambil masa selama hampir 10 jam..fuhh..kebas segala urat saraf termasuklah urat otak sekali..giler stress bawak keta maximum 50km/h JER!!! merangkak rangkak ..kalau jalan kaki lagi cepat sampai agaknyer

Bg korang yg tak pernah ke Kelantan melalui jalan darat,utk makluman ..perjalanan akan mengambil masa maximum 7-8jam sahaja utk sampai ke Kota Bharu,average kalau korang bawak keta dalam 110km/h korang boleh samapai dalam masa 6 jam.Dari KL ke KB korang kena harung perjalanan sejauh hampir 400km jalan biasa (bukan highway)

Untuk ke KB jalan yg kena korang tempuh adalah Lebuhraya Karak hingga ke exit Bentung dalam 50km,kemudian dari Bentung pergi Ke Raub dalam 40km..Apabila sampai di Raub korang kena harung lagi dalam 60-70km lagi utk sampai ke Kuala Lipis,bila sampai Kuala Lipis,korang perlu menghala ke Gua Musang yg jarak perjalanan agak jauh jugak iaitu dalam 100km utk sampai ke bandar Gua Musang..

Bila sampai di Gua Musang ni bolehlah berhenti rehat jap..sebab korang ada lagi dalam 100-160km lagi utk sampai ke Kota Bharu.jalan dari Gua Musang menuju ke Kota Bharu ni agak bahaya sikit..kena lebih berhati hati terutama apabila korang memotong..sebab jalan kat area ni berbengkang bengkok

Kawasan Rehat dan Rawat di Gua Musang

Selepas Gua Musang,utk sampai ke bandar KB korang akan melalui bandar2 kecil seperti Kuala Krai dan juga Machang..kawasan kawasan berhampiran bandar2 ni lah yg menyumbang kepada kesesakan trafik disebabkan trafic light dan juga lorong jalan yg sempit

Walau sesak macamana pun rakyat negeri kelantan akan pulang juga kepangkuan keluarga masing2.itulah yg saya bangga menjadi anak Kelantan..Tapi kalau difikir2kan balik,bila da sesak mcm ni saya rasa ianya akan mencegah dari kemalangan jalan raya..pasal semua kenderaan bergerak perlahan seperti siput

Akhir sekali kepada anda yg nak pulang ke kampung tu sentiasalah berhati2 apabila memandu..

Ingat! Kepulangan anda dinanti bukan utk diratapi

Tweet
Share

Jom Layan Video

Hari ni saya kat Paris..tak leh nak mengetuk keyboard lappy saya nih pasal saya nak rest..nnt nak kena kerja lagi esok ni..So saya post video yg baru saya upload ke youtube..pada asalnyer video ni utk kegunaan peribadi jer tp saya abaikan lah demi reader blog saya yg saya kasihi,semoga terhibur!!

p/s video ni dipetik dari salah satu rancangan hiburan terbitan RTM pada tahun 1996

Tweet
Share