Monthly Archives: October 2011

DSC_1188

Bunting Lagi…

Hahaha saper pulak yg bunting ni? Aku pasti madammondoq geli sikit ngan post ni..huhu

..Ermmm saper lagi kalau bukan kucing jalanan aku si Cun tu,kepada yg belum tahu pasal si Cun ni..korang boleh baca kat SINI

Seingat aku si Cun baru je 3-4 bulan tu hari lepas beranak,dapat 3 ekor,semuanya aku bagi orang,iklan kat Mudah.my,ramai plak tu yg nak kan anak anak Si Cun ni walaupun aku tak published pun gambo nyer kat Mudah tu..cuma aku tulis baka jenis kucing kampung jer,berpusu pusu msg dan panggilan telefon aku terima :-)

Tup2 baru2 ni perutnya da mula memboyot lagi,adoi..biak betul si Cun ni..kali ni ntah berapa ekor la lagi..nampak gayanya aku letgo lagi ler anak2 dia ni..sbb aku ngan wife mmg sibuk kerja mmg tak de masa sgt nak tgk2kan kitten2 ni semua,yg memerlukan penjagaan rapi sikit beza ngan kucing dewasa

Ada sesapa yg nak booking?

Tweet
Share
DSC_0015

Dubai Creek

Alamak sorry la guys,aku nyer entry Dubai belum habis habis lagi ni..ni yg last da ni,lepas ni da tak de,lepas ni destinasi seterusnya insyaallah New Delhi pulak,pasal dalam awal bulan depan  aku akan ke sana..huhuhu

Okay dan baiklah,entry kali ni nak citer pasal Dubai Creek ni,tempat ni kira macam terusan atau sungai air masin,yg merupakan pusat perdagangan diwaktu dahulu kala yg diselenggarakan oleh kaum keluarga Sheikh Al Maktoum pemerintah UAE sampai kini

Sekarang ni,tempat ni masih lagi menjadi pusat tumpuan peniaga peniaga kecil menghantar barang2 dagangan selain menjadi pusat pelancongan yg unik di Dubai.

Apa yg aku maksudkan dgn unik ni adalah disini disediakan perkhidmatan restoran dhow atau bot yg cantik untuk dinner sambil menikmati pemandangan sekitar Dubai Creek ni

Dhow2 disini semuanya dihias indah dengan lampu2 yg berwarna warni,selain itu juga korang juga boleh naik dhow ni tanpa menikmati hidangan,cukup sekadar menelusuri(betul ke tak ayat aku tu) Dubai Creek yg cantik dikala mentari mula terbenam,bayaran yg dikenakan hanyalah Dhs45 atau lebih kurang RM30 jer

Jom ikuti pengalaman aku menaiki dhow di Dubai Creek

suasana dalam dhow yg aku naik

kami mula start boarding dalam pkl 5.30ptg..masa ni belum gerak lagi

 all onboard and we were start cruising

pemandangan waktu senja nun diseberang sana yg dipanggil Diera Side,tempat aku naik dhow tu disebelah Bur Dubai Side

salah sebuah bot atau dhowry yg menyediakan perkhidmatan cruising sekali dgn dinner

kalau korang perhatikan kelihatan bot2 pedagang yg memunggah hasil perniagaan mereka,dari mana dan ke mana brg2 ni dihantar? ..wo pu che tau!

selain tu jugak ada perkhidmatan bot penumpang yg menghantar public dr seberang Bur Dubai ke  seberang Diera vice versa

yg ni pula salah sebuah masjid berhampiran Dubai Creek ni

gambar ni diambil dari dek tinjau bot yg aku naik,,betul2 atas muncung bot

ini lah yg aku maksudkan dengan bot2 yg berwarna warni ni tadi..

sebelum menamatkan cruising selama sejam tu sempatlah snap view waktu malam bandaraya Dubai diseberang sana

So overall satu pengalaman yg baru bg aku menaiki dhow ni..dan aku cukup senang utk rekomen kat korang jika korang sampai ke sini..kalau dapat dinner sekali atas dhow tu lagi best

Tweet
Share
asphalt

Jom Main Asphalt 6

Main game lagi..walaupun da tua utk main game,tp sekali sekala layan tak salah kot,penat2 kerja release segala stress dan tension kat tempat kerja,maka elok la dilayan tp jgn la semua kerja yg patut dibuat terabai ye kenkawan

Asphalt 6 ni adalah game lumba keta atau lebih tepat lagi lumba ala ala rempit,sebab boleh main langgar2 dan boleh upgrade enjin dsb

Game ni boleh dimainkan jika korang ada henphone android,iPhone,iPod,iPad dan lenlain,boleh beli kat internet dengan harga USD0.99 sahaja

Cakap banyak tak guna, kalau korang kaki game jom layan video tentang game ni di iPad

Tweet
Share
Real-Steel-Movie-Poster-1

Real Steel – Antara Aksi dan Emosi

Citer ni mmg straight forward,maksud aku tak susah nak faham,jalan citernya pun senang kita nak ikut.

Penuh dengan aksi, dan yg penting citer ni ada kelainannya tersendiri terutama dalam aksi boxing robot yg belum pernah kita tengok kat mana mana

Citer ni ada sedikit “kacukan” atau inspired dari citer Transformer sebab penggunaan CGI efek utk robot robot dalam citernye tetapi digarap dengan cara tersendiri oleh pengarahnya

Disamping aksi, pengarah juga tidak melupakan unsur emosi dan komedi yg juga turut diterapkan dalam penyampaian cerita ini

Sinopsis

Citer ni berlatarbelakangkan tahun 2020 mengisahkan seorang pesara tinju iaitu Charlie Kenton(Hugh Jackman) merupakan seorang yg looser dalam kerjaya baru beliau sebagai seorang operator peninju robot,disamping tu dia ni banyak hutang so pada satu hari,rezeki datang bergolek disebabkan oleh hak penjagaan anaknya (yang tak pernah beliau bela sebelum ni),anaknya itu dituntut hak penjagaan oleh adik bekas isterinya(merupakan isteri kepada seorang milionaire)

Charlie telah bersepakat diluar mahkamah dengan suami kepada adik bekas isterinya itu utk melepaskan hak penjagaan dengan bayaran sebanyak USD100,000 ttp dengan syarat Charlie dapat bersama anaknya itu utk tempoh beberapa bulan

Hasil dari duit 100k tu tadi Charlie membeli robot baru yg bernama Noisy Boys.Berkongsi minat yg sama anaknya Max Kenton juga turut mengikut bapanya dalam setiap perlawanan tinju robot yg disertai oleh bapanya sehingga pada suatu hari robot bapanya si Noisy Boy tu telah kalah teruk dan memaksa Charlie utk ke satu tempat pengumpulan besi2 buruk robot utk cari besi nak buat robot baru.

Semasa disana anaknya Max telah hampir terjatuh kedalam longkang besar namun beliau telah diselamatkan oleh sebuah robot dimana baju Max telah tersangkut kat tangan robot yg tertimbus bersebelahan longkang besar tadi

Disebabkan itu Max beriya2 utk mengambil robot yg telah menyelamatkan nyawanya tu td ke rumah namun dihalang oleh Charlie,tetapi Max yg degil tetap menggali dan membawa pulang robot itu ke rumah

Walaupun robot itu adalah robot generasi kedua (G2) namun ianya mempunyai kelebihan yg tersendiri…Apakah kelebihan itu ? Korang kena g tengok lah sendiri

Recomandation

Aku rekomen dan dijamin best…4/5 bintang!!!

Tweet
Share
photo-1

Rabun Lagi Katanyer…!!

Da nak masuk umur 38 ni mata aku agak rabun daripada biasa,dulu rabun jauh,kini ada sedikit rabun dekat da pulak,tapi masih belum kronik,tapi menurut org yg check mata aku tu dia cakap nnt masuk 40an ianya bakal menjadi lebih teruk lagi..wuhuu..we’ll see then ;-(

Sebab da makin rabun dan dah nak masuk 38thn next month so isteri tercinta belanja spek baru la..(thank u baby)..

This is my new glass..

Ok tak?..frame ni lain sikit tapi design dia ala2 Rayban Wayfarer dan dilengkapi dgn transition lens

this is gonna be my new look in my 38 years onward

Tweet
Share