Sejak 2-3 hari ni,kucing aku si Blossom ni asyik dok mengiau ngiau tak henti2,aku dan wife rasa mcm pelik gak la,sebab sebelum2 ni nak dengar suara ia pun susah,kami takut gak kalau kot2 dia sakit ker,apa ker..Maklumlah sebab sebelum ni masa Blossom tinggal dgn abg aku dia bebas kat luar,tp dgn aku dia dok dlm umah jer..aku takut dia stress jer..
FYI Blossom punyer mengiau ni mmg lain macam jer..pastu kuat pulak tuh mengalahkan suara Jaclyn Victor,bila malam2 nak tido kami terpaksa tutup pintu bilik,kalau tak mmg tak leh nak tido,sbb bising..malah aku yg baru balik kerja pagi semalam terus tak leh tido,dek suara si Blossom ni…pokak tingo den aaiihh
Setelah membuat kajian,dan berpandukan pengalaman wife aku membela kucing,rupa2nyer si Blossom berkelakuan begitu adalah kerana dia ‘horny’ atau tgh gatal nak mengawan jerr…laaaa kesian kucing aku ni…nak megawan rupanyer
Patutlah dia asyik nak kuar jer..bila tgk kucing lain kat luar,panjang jer tengkuknya mengintai kucing jantan..huhuh
So pasni aku akan memulakan misi mencari pasangan Blossom..adoyai..mana nak carik nih?? Suggestion anyone?
Share