![cny](http://4.bp.blogspot.com/_xlZ-wlwTthE/TSxcfiTO-vI/AAAAAAAABjg/wB-PVwpuQFY/s1600/chinese_new_year2_1024.jpg)
Hari ni bilamana aku buat jenjalan blog atau blogwalking nampak mcm hampir semua bloggers bercuti..semua buat autoupdate atau tak de update langsung,OYD(oleh yang demikian) aku pun jenjalan kat wiki,so sempena kong xi fa cai aku tengok ler definisi tahun baru cina kat wiki ni..eh menarik gak lah utk dibaca..tambah ilmu kata org tu..
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan,iaitu Naga,Ular,Kuda,Kambing,Monyet Ayam,Anjing,Khinzir,Tikus,Lembu,Harimau dan Arnab
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Cara Sambutan
Continue reading →
Share