Monthly Archives: March 2012

Sejarah Tertubuhnya kumpulan Umbrella (Episod Terakhir)

Umbrella - 1995,Dari kiri Isnin,Rizal,Saiful dan aku,Duduk -Hafiz

 

Salam

Ok terima kasih kerana korang sudi lagi baca episod seterusnya ni..dah final episod dah ni..

Joom baca..

Setelah aku berfikir semasaknya maka aku dengan  nekadnya dan dengan muka tak malunya aku menelefon Saari utk bertanyakan tentang hal perkembangan album Umbrella especialy bab penyanyinya tu

‘Hello bang…apa kabo?” sapa aku menerusi telefon pejabat aku kat MPK..masa tu tak mampu lagi pakai hp Motorola(model paling cool waktu itu),Saari jawab “Ok…” Aku pun tanpa melengahkan masa terus bertanya “Penyanyi Umbrella yg baru dah jumpa ke bang?” ..dan jawapan Saari buat jantung aku gugur kejap…’Sorry la bro..aku dah dapat dah penyanyi baru dah..kata nak sambung study apa citer??”..tanya Saari pada aku dan aku menjawab ..”Tak jadi la bang”..walhal hakikatnya takde pun aku nak sambung2 study hehe..

Haaaa baru padan muka aku ..dulu org bagi tak nak ambik dan sekarang baru nak terhegeh-hegeh..Sentap jugaklah aku waktu tu..dapat satu pengajaran dalam hidup,jangan disia2kan peluang yg ada depan mata walaupun peluang itu tidak kita minta atau tidak kita usahakan,sebab kemungkinan peluang yg datang tu adalah once in ur lifetime

Jadi dgn yg demikian hidup aku teruskan seperti biasa – bekerja dari 8am-4.15pm tiap2 hari di bahagian Perhubungan Awam di Majlis Perbandaran Klang..keja aku  hari2 handle complain pasal sampah,anjing liar,longkang tersumbat,jalan berlopak,pembakaran terbuka dll

Umbrella 2011

Selepas seminggu aku dikejutkan dgn satu panggilan dari Saari,…”Rul jom masuk balik Umbrella, esok malam start record  kat King Studio PJ..boleh??”YESSSS!!! fuhh gembira bukan kepalang aku waktu tu..seluruh department aku gempar dgn pekikan..mau tak terkejut depa tu.aku jerit sekuat hati tanda kepuasan tahap maksima yg aku alami waktu itu hahahah..nasib baik boss aku tak de waktu tu

Jadi keesokan harinyer tu aku pun ke King Studio dan disitu lah buat pertama kalinyer aku jumpa dengan semua ahli2 Umbrella yg lain seperti Isnin(keyboard),Rizal(bass),Hafiz(gitar) dan Saiful selaku pemain drum yg dah pernah aku kenal sebelum ni.Mengikut citer Saiful,ahli2 Umbrella ni dipilih melalui ujibakat kecuali Isnin yg mana beliau sebelum tu pernah mengiringi kumpulan Ukays sebagai pemain keyboard undangan…

Umbrella 2012 Bakal Beraksi dgn album baru tidak lama lagi

Dan menurut Saiful pula nama Umbrella tu dipilih sebab Saari nak kekalkan huruf ‘U” sepertimana  Ukays..so konon2nya U tu bawak tuah ler agaknyer..dan kebetulan tgh Saari dok fikir2 nama yg bermula dgn huruf U kat dalam studio, tetiba hujankat luar  dan Saari tidak ada payung utk ke kereta nye utk megmbil barang ..so dari situlah lah nama Umbrella muncul…

Setelah record satu lagu kami telah tandatangan kontrak dgn Mekar Production dan dibawah Matahari dan BMG sebagai pengedar serta syarikat yg bertanggungjawab mempromosikan album kami.Dalam 10 lagu yg diberi kat aku aku cukup tertarik dengan 2 lagu iaitu Bukalah Hatimu dan Ramalanku Benar Belaka (RKBB)dan ternyata lagu tu mmg bawa tuah kat kami,berbaloi rakam lagu RKBB  tu sampai demam2 aku dibuatnyer

Setelah siap sepuluh rakaman dan mastering maka muncullah album pertama kami dalam awal tahun 1995 yg berjudul “Seribu Rahmat” yg berkonsepkan pop latin dan album ni telah terjual sebanyak 80,000 unit dan telah dianugerahkan Cakera Platinum oleh pihak syarikat BMG

Ok begitulah citernya serba ringkas(namun sampai 4 ep) citer bagaimana tertubuhnya kumpulan Umbrella ni..dan terima kasih kepada korang semua yg sudi baca dan juga komen..aku amat2 menghargainya..

Tweet
Share

Sejarah Tertubuhnya kumpulan Umbrella Part 3

Salam

Setelah tak tahan dgn “gangguan emosi”..aku nekad menelefon Saari dan menyatakan pengunduran aku dari Umbrella atas alasan utk sambung belajar desakan dari ibubapa dan keluarga…padahal tak pun sebenarnya.Saari bersetuju tanpa apa2 bantahan sebab pada masa tu kontrak belum sign lagi.

Aku undur diri sebab mungkin aku  kena culture shock kot..maklumlah pengalaman masuk studio wat recording tak de ..ingatkan satu lagu record hanya 5 minit…walhal paling sekejap pun 45min utk satu lagu dan paling lama kekadang sampai 5 jam utk satu lagu,tu tak termasuk kena tiau dengan Saari Amri lagi…paling aku ingat sampai sekarang adalah statement Saari yg cakap aku nyanyi mcm highway….straight je ..tak de perasaan dan lenggok/dinamik..fuhh memang aku down giler la masa tu..lantas nekad nak keluar….”baik tak yah jadi penyanyi ler kalao kena marah mcm ni”…fikir aku ketika itu

Gambar terbaru bersama Saari Amri di pejabatnya

Itu dulu ler..sekarang ni kalau difikirkan balik ..Saari telah mengajar aku erti kesabaran dan setiap kejayaan mesti melalui jalan berliku..Terima kasih bang!

Setelah keluar aku kembali ke kerja aku seperti biasa sebagai kerani di Majlis Perbandaran Klang

Selang beberapa bulan aku terpanggil utk menelefon Saiful(drummer Umbrella) bagi bertanyakan perkembangan Umbrella..Ternyata mereka dah cukup ahli cuma penyanyi je belum dapat lagi..Saiful cuba bertanya pada aku..”Ko betul ke sambung belajar ni??”Terkedu jap aku..tak tahu nak jawab apa,terus aku cakap hal yg sebenar pada Saiful..

Saiful mcm happy lantas menceritakan yg semua lagu dalam album dah siap dan semuanya best2..terus membuatkan aku jadi terlupa akan gangguan emosi yg pernah aku alami..Lantas Saiful berkata…”Rul,jom aar join kitorang..!” aku pun membalas…”Insyaallah tengoklah”…dan perbualan telefon kami terhenti disitu

Balik rumah aku buat sesi interview dgn diri sendiri..apakah yg aku nak buat??

Tunggu next entry..

p/s Adakah aku akan join balik Umbrella? Kalau aku join adakah Saari menerima aku kembali??

Tweet
Share

Gaya klasik ala Wayfarer

Salam

Dah lama tak post pasal tata rias lelaki kan..Apa kata korang layan je post ni

Cermin mata Rayban Wayfarer adalah satu fenemona suatu ketika dulu..dicipta pada tahun 50an

Yg menjadi fokus hingga ke hari ni adalah bingkainyer..bukan setakat Rayban sahaja malah bnyk jenama2 cermin mata yg lain cuba meniru rekabentuk wayfarer yg sentiasa ‘in’ sejak dari dulu hingga kini..cuma ada sedikit perubahan minor menurut peredaran masa

Bingkai saya ni adalah dari jenama Coppe and Sid

p/s Tips pemakaian-pastikan bingkai wayfarer anda  kena dengan bentuk wajah

Tweet
Share

Sejarah Tertubuhnya kumpulan Umbrella Part 2

Salam semua…

Wah boleh tahan gak feedback dgn entry aku pasal ni semalam ni yer..Oklah ramai yg nak tahu citer selanjutnye bukan..

Ok setelah mendapat tahu nama group aku Umbrella..sejujurnya aku frust giler..tak kelass langsung doh nama tu!!Aku malas ler nak tanya there and then kat Saari apesal nama Umbrella yg diberinya,karang dikatakan aku ni over the rainbow dari the river pulak kang..dah lah aku ni dia yg kutip ..hehehe

Maka dengan perasaan yg ala2 suam yg tak berapa nak exited ni aku teruskan juga la proses merakamkan album.Semasa diawal pembikinan album pertama dulu hanya aku sorang jer yg terkontang kanting keluar masuk studio ..tgk pemuzik undangan buat rakaman muzik dari malam sampai ke pagi..Aku berkapcai dari Klang ke Pandan Indah demi album pertama aku tu..waktu tu aku pakai Yamaha SS110 Sports

Dalam sebulan lepas tu,pemain drum (Saiful) telah dipilih melalui satu ujibakat.. Yg best nyer aku tak tahu pun yg si Saiful ni telah dipilih..kami hanya berjumpa buat kali pertama semasa beliau datang ke studio untk memberi payung yg Saari Amri suruh beli kat kedai Cina mana ntah utk buat props dalm cover album pertama Seribu Rahmat(1995)-Buat pengetahuan korang Saiful ni budak Keramat, AU berapa aku tak pasti..sebelum menyertai Umbrella dia ni bnyk menyertai band2 rock kenduri kahwin sekitar KL

Ni ler payung klasik yg si saiful belikan

Saiful Umbrella..anggota kedua terpilih masuk ke Umbrella selaku pemain drum

Selepas dari itu aku mengalami sedikit gangguan emosi akibat dari tekanan semasa merakamkan album ini..aku hanya sempat rakam 2 lagu jer iaitu Semarak Kecintaan dan Maruah dan aku terpaksa mengundurkan diri dari kumpulan Umbrella..yg pada masa tu hanya aku dan Saiful je anggotanyer

Gangguan emosi bagaimana yg aku alami sehinggakan aku terpaksa menarik diri dari kumpulan Umbrella???Siapakah anggota Umbrella seterusnya dan siapakah yg bakal menggantikan tempat aku??..sama sama kita nantikan episode seterusnyer esok..

Tweet
Share

Sejarah Tertubuhnya kumpulan Umbrella (Part 1)

Gambar Hiasan; Umbrella bersama Tyzo dari SuriaFM

Salam….Ramai yg masih tak tahu pasal sejarah bagaimana tertubuhnya kumpulan Umbrella ni

Meh aku citer..

Secara ringkasnya segalanya bermula dalam tahun 1994 – aku menyertai satu pertandingan nyanyian di Klang-Saari Amri jadi juri masa tu-aku dapat tempat ke dua dan bawa pulang hadiah RM500 tunai..hehehe bnyk giler masa tu gaji aku pun RM400 je sebulan masa tu

Rentetan dari itu aku dapat offer dari Saari Amri utk rakam album secara berkumpulan-aku rasa mcm mimpi sebab aku tak pernah bercita2 pun nak jadi setakat angan2 tu ada ler..sebelum ni aku ada masuk Asiabagus tapi aku terlepas peluang utk ke Singapura sebab aku gagal menghadirkan diri utk sesi ujibakat di KL dek kerana ketiadaan sistem komunikasi canggih iaitu hp pada masa tu-this is what happen bila kita buat kerja tak sepenuh hati..coz my intension at that time utk suka2 jer..then kalau dapat pi Singapore pun best gak..ooops kepada sesiapa yg tak tahu apa itu Asia Bagus..sila tanya pakcik Google yer

Setelah 2 minggu aku dipanggil oleh Saari Amri utk ke studio buat test key range vokal aku,lalu aku bertanya  ’Apa nama band tu nnt bang?’ lalu Saari jawab..”Belum tahu lagi..band member pun belum ada lagi ni..nnt kamu record dulu then kita akan buat odisyen secara berperingkat” dan aku mengangguk tanda setuju dan bisik aku dalam hati..”tak kisahlah yg penting aku dapat jadi penyanyi”

Selepas itu aku balik rumah,dan aku pun mencari2 nama bg kumpulan aku tu..mcm2 nama aku terfikir..last2 aku suka dgn nama “Versus”..

Next meeting ngan Saari ..aku dapat satu kaset guide utk satu lagu dari album  iaitu  ”Semarak Kecintaan” belum sempat aku suggest nama Versus tu kat dia aku sudah terpandang nama Umbrella tertulis di cover kaset guide aku tu tadi..umak ai apa kelako nyer nama group ni…mulanye aku sangsi terus aku tanya kat Saari AMri..’Bang ni nama group saya ke ni bang???

Apakah jawapan yg akan diberi oleh Saari? Apakah reaksi aku selepas itu  dan kenapa dia memilih nama itu??

Aku sambung esok boleh?? Jangan marah yer…

Tweet
Share