Monthly Archives: June 2012

Pose kenang-kenangan di depan Yodobashi Akiba

Akihabara – Bandaraya ‘Elektronik’ Jepun

Salam

Masih lagi mood Jepun..Hari ni aku nak bawa korang jenjalan ke Akihabara pula..terletak di tengah2 bandaraya Tokyo merupakan sebuah tempat tumpuan kedai kedai barangan elektronik dan anime/manga..Akihabara atau lebih dikenali sebagai ‘Akiba’ dikalangan penduduk tempatan ini , juga dikenali sebagai Electric Town dikalangan pelawat2 .Perbandingan tempat ni dengan di Malaysia adalah ibarat Low Yat ke KL..Namun   disini ianya lebih besar sebab the whole area/town dipenuhi kedai kedai elektronik

Ada beberapa gedung yang patut dilawati pengemar2 gajet,antaranya seperti gedung Sofmap,Ishimaru,Laox,Yodobashi Camera dan Yodobashi Akiba,nak tahu kat mana lokasinyer,sila lihat map dibawah:-

Semasa aku di sini..sekali lagi, dek kesuntukan masa, aku hanya sempat masuk Yodobashi Akiba jer..Gedung digital 9 tingkat ni pada aku adalah paling besar pernah aku masuk..barangan yang dijual disini memang banyak dan pelbagai jenis..ada tv,camera,laptop,pc,barangan elektronik rumah dan dapur dan segala macam barangan lagi lah

Dan paling aku suka adalah kat department kamera dan aksesori..fuhhh mcm2 ada..kalau bro Akubiomed masuk sini mesti dia tercengang ni

Yodobashi Akiba

Orang ramai giler

Booth Sofbank di Yodobashi Akiba  - syarikat telekomunikasi terkenal di Jepun

Bahagian kamera-disini aku ternampak model DSLR Nikon yang baru iaitu D3200..harga lebih kurang RM3000 lebih

Sigma Lenses…pelbagai saiz

Aksesori speedlight/flash

Directory…9 Tingkat

Pose kenang-kenangan di depan Yodobashi Akiba

 

 

Tweet
Share
IMG_1285

Shibuya Punyai Daya Tarikan Tersendiri

Salam

Kita tinggalkan LA sekejap utk kembali menyeberang Lautan Pasifik bagi mengenali sebuah kawasan bernama Shibuya di Jepun

Pertama kali mengenali nama “Shibuya” ni adalah melalui pakcik Google beberapa hari sebelum aku ke sini.

Shibuya dikatakan salah satu kawasan yang paling sibuk semasa waktu puncak dan ianya juga adalah satu pusat membeli belah,fesyen dan hiburan

Keindahan lampu2 neon di waktu malam hari dikawasan ini mengingatkan aku kepada Times Square di New York dan Picadilly Circus di London.Namun begitu aku tak berpeluang utk menikmati keindahan lampu neon di Shibuya ni dek kesuntukan masa :-(

Bagi sesetengah orang kawasan ni tak de la menarik sangat sebab ianya hanyalah pemandangan yang biasa kita lihat di kota kota metropolitan yang sentiasa sibuk,tetapi pada aku ianya punyai tarikan tersendiri..Pada aku Shibuya melambangkan kemajuan yang dimiliki oleh masyarakatnya.

Jom kita layan gambar gambar semasa aku disana

Semasa aku ke sini tak de lah sesibuk mana sebab bukan diwaktu puncak

Tweet
Share
Murah ke beg Coach ni kat LA?? Nantikan entry ni...

LA Bukan Lebuh Ampang

Salam

Welcome to Los Angeles-Papantanda sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang Tom Bradley,Los Angeles,CA…

Hari ni hari kedua aku di Los Angeles(LA),dan baru nak beransur pulih dari ‘jet lag’ ni dapatlah aku refresh untuk mengemaskini blog pada hari minggu ni.

Selepas 5 tahun tidak kesini,lawatan kali ni agak berbeza,sebab ada sesuatu yang baru untuk aku buat disini

Cuaca disini agak nyaman,tak panas dan tak sejuk dengan suhu antara 19-21 darjah celsius,untuk makluman semua LA 18jam lebih lewat dari Malaysia,maknanya kalau korang tgh tidur 1200 tghmalam kami disini baru pukul 9pagi,keadaan ni lah yang akan menyebabkan aku kena ‘jet lag’.

Entry hari ni aku tak nak citer apa apa lagi cuma nak berkongsi beberapa gambar yang bakal menjadi cerita aku lepas2 ni

Antara landmark di airport Los Angeles,

Nak kemana kita ni?? nanti aku cerita di next entry

Limo ni selalu kita nak kat TV,kali ni aku dapat tengok live dekat highway di LA-siapakah kat dalam tu??

Apa ada disini??..Entry ni aku rasa bakal menarik perhatian kaum wanita yang suka shopping

Murah ke beg Coach ni kat LA?? Nantikan entry ni…

Tweet
Share
Ultraman ni berharga lebih kurang RM700

Karikatur Jepun

Salam hujung minggu buat semua..

Sempena hari minggu aku post entry yg lebih santai dari biasa..masih lagi mood Jepun walaupun kini aku dah sampai di Los Angeles..nnt cerita pasal LA pulak ok.

Aku pasti ramai antara korang yang mempunyai kenangan yang tersendiri bila aku bercakap pasal watak watak karikatur Jepun seperti Ultraman,Doraemon,Kesatria Baja Hitam dan sebagainya

Semasa aku meronda di shopping area dkt Skytree Tokyo Tower,aku tertarik dengan satu kedai ni yang menjual patung watak watak karikatur tersohor dari Jepun

Patung patung yang dijual disini agak eksklusif dan berkualiti tinggi..Anggaran harga setiap patung boleh mencecah RM600-RM1000

Ultraman ni berharga lebih kurang RM700

 Ini lah dia maskot Siezuka.com

Tweet
Share
IMG_1280

Hachiko Statue di Shibuya

Salam

Antara tempat yang menarik di Shibuya dan popular dikalangan pelancong pelancong adalah melawat statue Hachiko

Hachiko adalah seekor anjing kepada seeorang profesor yang memiliki sifat taat setia yang luar biasa,beliau akan selalu menunggu tuan nya balik dari kerja di stesyen Shibuya,pada suatu hari tuannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung di tempat dia bekerja,mulai dari saat itu lah Hachiko ni setia menunggu tuannya itu pulang walau apa jua keadaan cuaca,sehinggalah Hachiko mati pada 1934.

Cerita pasal Hachiko ni telah difilemkan di Hollywood dan dilakonkan oleh Richard Gere tetapi latarbelakang lokasi ditukarkan ke US..Aku rasa ada antara korang yang pernah tengok bukan?

Stesyen Shibuya

Kalau korang yang selalu follow blog ni mungkin perasan yang aku pun ada kucing yang dinamakan Hachiko..harap2 dia setia lah kat aku ….

Lepas ni akan ceritakan pula berkenaan Shibuya ni ok

Tweet
Share