Korang mesti ada terbaca sosek sosek yang mengatakan persembahan M.Nasir dengan MPO baru baru ni agak hambar,pihak wartawan pula seolah mendakwa kredibiliti MPO yang dikatakan bertaraf dunia.Rata rata pemuzik2 pro di Malaysia pula menyalahkan Dato M.Nasir sebab gagal ‘bekerjasama secara theory’ dalam persembahan
Apa sudah jadi? Aku tak dapat nak komen personally sebab aku tiada di konsert tu,namun pada pengalaman aku dulu pernah jugak menyanyi dengan Orkestra RTM,situasi muzik orkestra dan band muzik memang amat berbeza,sebab mereka ni ramai dan pemuzik orkestra bergantung sepenuhnya kepada nota muzik dan juga konduktor dihadapan mereka, kalau penyanyi salah masuk atau terlepas tempo,haru jadinya!
Aku tertarik untuk berkongsi pendapat Dato’Mokhzani Ismail, seorang tokoh muzik jazz negara yang juga bekas konduktor Orkestra RTM mengenai hal ini yang dipetik dari wall Facebook beliau
Dato Mokhzani Ismail
———
“Perkara ini ada kaitan dgn Tips conducting yang saya bagi sebelum ini..Dalam kontek ini mcm saya kata atas stage kalau perkara buruk akan jadi kita tak dapat nak elakkan walau dengan orkestra bertaraf dunia atau apapun… tapi masa inilah peranan konduktor sangat penting. Apabila penyanyi tak boleh masuk konduktor perlu tentukan precisely :
1. Bila nak masuk kerana skor ada di depan mata sedangkan penyanyi menghafal–yang akan lupa bila2 masa
2. Bila dia nyanyi tetiba tempo lari..orkestra kena kejar penynayi..Penyanyi dah tak mampu nak kejar orkestra..Kalau dia lari bar banyak sangat…kondukotr kena tacetkan sectional..tinggalkan piano saja mengikut pemyanyi tadi..Ini sangat penting. Dari meranapkan seluruh anggota orkestra lepaskan kepada piano ‘mencari’ penyanyi..Bila dah stabil maka cuelah semula orkestra ke REHEARSAL LETTER A atau B atau D ke atau lain2 letter. Itu sebabnya piano kena ada guide melodi. Juga score kena ada reherasal letter.
3. saya teah menasihatkan MPO, Dato M.Nasir (DMN) biasa menynayi dgn band yang dikelililingi oleh orang2nya..maka letakkan lah pianist M Nasir..supaya biar dia guide kan M Nasir kalau dia ‘hilang’..atau letakkanlah guitaris Nan atau sapa saja yg boleh guide dia..kerana mereka membaca. M Nasir seorang yang hebat dalam karyanya dalm nynayiannya tapi kalau dia hilang orkestra hilang mcmnana nak bagi sengat. John William Orkestra pun kecundang kalau hal ini berlaku…Satu lagi saya tak berani menyarankan takut konduktor MPO plak kata saya memandai tapi saya ckp letak konduktor yang biasa dgn lagu M Nasir. Dato Johari Salleh atau Dato Ramli MS..Ruslan Imam, Leonard ke atau Luqman sekalipun .. Dalam kontek ini kita biasa lagu M Nasir kita tahulah mencari jalan pulang….
4. Cuma ambil iktibarlah maknanya dalam apahal sekalipun..Latihan atau JANGAN AMIK MUDAH…dalam hal ni pengalaman tak membantu tapi pengetahuan adalah amat diperlukan”
————-
Dari pendapat beliau ni aku rasa ada satu pertembungan antara pengalaman dan ilmu pengetahuan berdasarkan teori,dimana M.Nasir berada diluar comfort zone bila dia tidak bebas dalam membuat persembahan,manakala di pihak MPO berpandukan apa yang dicatat diatas kertas semata mata tanpa menghiraukan keujudan penyanyi
Share