Monthly Archives: September 2012

IMG_2844

Hari Pertama Butik H&M di Lot 10,KL

Salah satu butik kegemaran aku bila ke luar negara adalah H&M, dan pada Sabtu lepas  H&M telah membuka outlet mereka yang pertama di Lot 10, Bukit Bintang,KL

H&M Store, KL

Secara kebetulan  aku berada disekitar Bukit Bintang, jadi sempat lah meluangkan masa menjenguk-jenguk kesini

Kena beratur

Wow memang meriah…kena beratur nak masuk sebab terlampau ramai yang nak masuk..almaklumlah hari pertama!

Jenama H&M (Hennes & Mauritz AB) berasal dari Sweden.Mempunyai lebih dari 2000 outlet serata dunia dan merupakan clothing retailer yang kedua terbesar didunia selepas Inditex (parent company ZARA) dari Sepanyol

Keseluruhannya outlet disini agak besar jugak, ada 2 tingkat..Tingkat bawah adalah bahagian wanita dan tingkat atas adalah bahagian lelaki dan kanak-kanak

Pilihan di bahagian lelaki agak banyak juga dan boleh dikatakan setanding dengan outlet diluar negara yang pernah aku lawati.Manakala dari segi harga pula boleh dikatakan agak mahal sedikit jika nak dibandingkan dengan harga di luar negara, but its is still affordable

Cuba try test and snap..harga pakaian diatas semuanya bawah RM100

Hasil tangkapan hari pertama H&M di Malaysia

Tweet
Share
tungchung citygate

Shopping Di Tung Chung CityGate Outlet,Hong Kong

Sudah lumrah kalau dah melancong pasti korang nak shopping sikit sebanyak untuk dibawa pulang untuk diri sendiri atau pun sedara mara

Salah satu tempat yang menawarkan barangan jenama dengan harga diskaun hampir 60% di Hong Kong adalah di Tung Chung CityGate Factory Outlet

Tung Chung CityGate ini terletak di Tung Chung MTR Station dan lebih kurang 10 min perjalanan dari Hong Kong International Airport

Secara peribadi, barangan disini pada aku masih lagi mahal, tapi nak banding dengan Malaysia ianya lebih kurang harga dekat Johor Premium Outlet (JPO) jer

Antara kedai kedai disini

View disekitar luar dan dalam kawasan ini

p/s Hampir kesemua barangan disini jauh lebih mahal jika nak dibandingkan dengan Camarillo Factory Outlet di Los Angeles, so aku lebih consider utk beli disana dari di Tung Chung ni

Tweet
Share

Paparazi Di Sesi Ngeteh

Kesempatan ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada En Meor Zaidee -penanam anggur sekitar Shah Alam, kerana sudi menaja makan malam kami di NZ cafe di Jalan Ampang,KL baru baru ini

Walaupun kepenatan balik dari flight Hong Kong dek kerana AE, aku redah jua.Tak sangka ramai juga yg menghadirkan diri.

Sambil2 makan dan minum2 aku ber’paparazi’ hehehe, jgn marah ye kenkawan

Antara yang hadir pada malam tu Eyriqazz, Siezuka, KiD, Aslam, Bean Moreno, Boni, Ariff Shah, Nadot, Jejai, Broframestone dan Denaihati

Terima kasih kepada semua yang hadir nice meeting u guys!

Tweet
Share
photo

Album Noah “Seperti Seharusnya” Masih Seperti Peterpan

Korang pasti masih ingat akan lagu “Mungkin Nanti” nyanyian kumpulan Indonesia Peterpan.Lagu tu popular sekitar 2005-2006 dan kumpulan ini menjadi kegilaan ramai cewek cewek Malaysia dek ketampanan tahap hero Korea penyanyinya yang bernama Ariel. Kehadiran mereka dan rombongan garuda ke Malaysia ketika itu sedikit sebanyak mencaras pendapatan artis artis tempatan

Tidak lama selepas itu peminat tanahair dan tanah seberang dikejutkan dengan video skandal seks Ariel bersama Luna Maya dan Cut Tari,lantaran Ariel dihantar  kebelakang batang batang besi selama beberapa tahun

Baru baru ini Ariel telah dibebaskan, dengan membawa bersama sebuah album untuk peminat2 mereka yg masih setia menyokong Peterpan

Namun kini Peterpan dah tiada, Ariel dan rakan2 menukar nama band mereka kepada nama Noah, kenapa? Mungkin nak menghapus kenangan silam kit hehehe

Album Noah yg berjudul Seperti Seharusnya ini menampilkan 10 buah lagu. Muzik dan lagu lagu mereka kali ini masih lagi sama macam album album Peterpan yang dulu.

Antara lagu lagu yang aku kira menarik dalam album ini adalah ‘Separuh Aku’, “Ini Cinta”, ‘Hidup Untukmu,Mati Tanpa mu”, ‘Demi Kita”, ‘Terbangun Sendiri” , “Sendiri Lagi” dan “Tak Lagi Sama”

Keseluruhan album ni memang menarik – 3 setengah bintang dari 5 bintang

Tweet
Share
Bersama Sya dan Izyan,selepas keluar tren di stesyen Mong Kok

Pesta Tawar Menawar di Ladies Market, Mong Kok

Aku : How much?

Peniaga :  HKG 300…

Aku : Aiyya why so expensive???

Peniaga : very good quality sir..look

Aku : No no i want discount, how much can give?

Peniaga : you say , you say sir! {sambil menghulurkan mesin calculator mini kepada aku}

Aku : ok i want HKG 120

Peniaga : Aiyya CRAZY !!!

Aku : So cannot?? Okay never mind thank you..i ll find another shop {dengan nada yg agak tegas sambil berlalu dari kedai}

Peniaga : Hallo sir hallo sir come come! last price HKG150 sir…sambil menarik tangan aku supaya jgn belah dari situ

Aku : {tak ckp apa2} dengan muka selamba buat bodoh je mcm tak de apa2

Peniaga : Aiyya Okay la sir come come HKG120, huh! aiyya!

Begitulah sedikit sebanyak gambaran dialog dialog yang sering kedengaran disetiap pelusuk kedai kedai di Ladies Market di Mong Kok

Sekali imbas tempat ni kelihatan seperti Petaling Street..Barang barang yg dijual kat sini, macam macam ada..sepertimana korang tengok Petaling Street mcm tu lah Ladies Market ni

Bersama Sya dan Izyan,selepas keluar tren di stesyen Mong Kok

Barang barang kat sini adalah barang2 immitation atau pun celup dalam bahasa melayu nya..jadi dengan itu disarankan agar korang janganlah beli barang barang elektronik sebab nanti tak sampai sebulan barang akan rosak..huhu..kalau nak beli, belilah barangan seperti pakaian atau t shirt, aksesori wanita dan seumpamanya

Pose di tengah tengah Ladies Market bersama sama Eddie dan Izyan

Tempat ini terletak berhampiran dengan Avenue Of Stars yang aku tulis semalam…nak jalan kaki pun boleh, kalau larat..kalau malas boleh naik tren je dari stesyen Tsim Sha Tsui ke stesyen Mong Kok (3 stesyen dari Tsim Sha Tsui)-tapi aku suggest nak senang korang naik teksi je

Antara barang barang yang dijual

Pemandangan sekitar Ladies Market dan barang barang yg dijual

Kesimpulan, Ladies Market adalah salah satu lokasi wajib visit jika datang Hong Kong

Tweet
Share