Sebentar tadi dpt mesej dari FB fanpage yang bertanyakan mengenai pengembaraan ke Istanbul..Pengirim bertanyakan mengenai pilihan samada hendak mengikut travel agent atau ber’backpackers’
Satu hal mengenai backpackers ni yang aku suka adalah ianya agak adventure, namun begitu kekadang sesetengah negara faktor keselamatan adalah menjadi masalah kepada backpackers lebih2 lagi kepada golongan wanita.
Kejadian penyelok saku dan dirompak, sering terjadi kepada pelancong dan ianya juga pernah terkena kat aku sendiri dimana 2 biji handphone aku lesap dek dicilok oleh penyeluk saku di Buenos Aires
Manakala kejadian dirompak juga pernah dialami oleh rakan sekerja aku di LA, gara gara berjalan di kawasan gelap dan sunyi.
Nasihat aku kepada yang nak melancong tu jaga keselamatan diri, jangan terleka dengn keseronokan bercuti, barang2 berharga seperti dompet,passport, barang kemas seelok2nya simpan saja di hotel. Elakkan membawa beg yang mudah diragut atau diselok oleh penyelok saku, elakkan juga berada ditempat2 sesak, kalau terpaksa sila berhati2 dengan barangan korang.Lagi satu jangan berjalan ditempat sunyi dan gelap dan ditempat yang dikhuatiri kawasan ‘hitam’ oleh penduduk setempat.
Share