Monthly Archives: December 2012

Entry Penutup Tirai 2012

Assalamualaikum salam 1 Malaysia.Pejam celik pejam celik dah pun sampai hari terakhir bagi tahun 2012 ni

Terus pada point entry aku hari ni….pencapaian blog Zarul Umbrella – The Singing Blogger

Pada aku tahun 2012 adalah satu tahun yang banyak membawa kenangan manis kepada blog ni dan juga diri aku sendiri sebagai seorang blogger sambilan sejak setahun yang lalu.Pencapaian yang aku kira patut dibanggakan adalah dimana blog ni dinaik taraf dari PR2 kepada PR3…terima kasih Google!

Pencapaian yang kedua pula, walaupun aku malu nak cakap adalah mengenai peningkatan jumlah hasil pendapatan dari blog.Secara detail berapa aku dapat tu rasanya tak payah la aku dedahkan, tapi yang pasti ianya takde banyak seperti top2 blogger yang lain..hehehe

Rakan rakan Blogger di Malam Gala Anugerah MITBCA 2012

Pencapaian yang ketiga bagi tahun ni pula adalah memenangi anugerah di Malaysia International Tourisme Blogger Award bagi kategori Blog Selebriti. Pencapaian ini datangnya dari sokongan rakan2 blogger yang diketuai Bro Jejai dan Bro Boni yang banyak membantu bagi meraih undi

Zuan dan Arelan

Selain dari pencapaian blog, aktiviti berblog juga memberi peluang kepada aku utk  get to know dengan lebih dekat lagi blogger-blogger hebat sebagai contohnya pertama sekali dapat berkaraoke dengan Abangensem, Madammondoq, Eyriqazz, Broframestone, Ariff Shah, Zuan, Arelan, Shakiddo, Sha dan Cik Nurul Siezuka disalah satu gathering santai di KL diawal tahun 2012

Persembahan di Majlis Sepetang bersama Blogger

Dan yang paling best adalah dimana aku dijemput secara peribadi oleh Tuan Besar dalam dunia blogging kat Malaysia ni iaitu satu satunya the one and only Tuan Denaihati  untuk membuat persembahan di Majlis Sepetang Bersama Blogger. Peluang menghadiri majlis tersebut dapatlah aku gunakan utk mengenal dengan lebih dekat lagi blogger -blogger seperti Akubiomed, Yanmie, PuanBee, Azmanisma dan ramai lagi lah

Begitulah serba sedikit higlight yang tak seberapa bagi tahun 2012 untuk blog ini, harap 2013 nanti akan ada pencapaian2 yang boleh dibanggakan insyaAllah

Tweet
Share

Baldu Merah di Bisou KLCC

IMG_3870

IMG_3865

Baldu Merah atau lebih dikenali dengan Red Velvet adalah sejenis cupcake yang digilai bukan setakat wife aku sahaja malah ramai orang kat luar sana especially kaum wanita

Beberapa hari yang lepas kami ke Bisou cafe di KLCC semata2 nak mencuba Red Velvet dan impaknya memang menakjubkan, kalau ikutkan hati nak makan banyak2 tapi dek memikirkan  6pax aku yg semakin berketak  ni aku lupakan sahaja hasrat iteww

Kepada sesiapa yang pernah ke Bisou Cafe ni mungkin dah tahu apakah menu2 kat sini..hanya cupcake, cake dan kawasan2 yg sewaktunya dan minum-minuman kopi gourmet seperti espresso/capucinno dsb

IMG_3873

 

Tapi cafe yg terletak di depan GSC Cinema KLCC ni agak kecik cuma ada dua meja jer, mungkin mereka hanya khusus untuk take away..cafe Bisou kat tempat lain aku tak pasti pulak conceptnya.Walauapapun red velvet nya memang terbaik!!

Tweet
Share

Jom Rasa – Restoran Kak Mah Tom Yam

IMG_3828

Restoran ini merupakan salah satu fevret aku dan wife, kalau teringin  nak makan masakan tomyam yang super lazat maka kami akan kesini, sanggup walau pun berada 50km dari rumah kami.

Terletak di No 39, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru – berhadapan dengan Universiti KL   ( Klik untuk peta lokasi )

Baik, menu masakan yang paling kami suka kat sini adalah siakap stim limau, memang super power dan super sedap..Rasanya setakat ni memang tak le lawan oleh mana2 kedai tomyam yang pernah aku kunjungi sebelum ni

Selain itu menu2 lain juga menarik cthnya yang kami makan ni adalah kerabu perut, sayur kicap, dan aneka seafood goreng

Menu istimewa(mesti cuba) - Siakap Stim Limau

Menu istimewa(mesti cuba) – Siakap Stim Limau

Kepada yang suka makan perut - menu ni mesti korang nak rasa

Kerabu Perut  - Kepada yang suka makan perut – menu ni mesti korang nak rasa

Mix Vege dengn sos tiram - menu ni asalnya adalah untuk menu bubur nasi tapi kami improvise makan dengan nasi jer..pun sodap jua!!

Mix Vege dengn sos tiram – menu ni asalnya adalah untuk menu bubur nasi tapi kami improvise makan dengan nasi jer..pun sodap jua!!

Yang ini adalah campuran seafood- sotong ikan masin dsb yang digoreng special..rasanya agak rangup dan memang layan - juga merupakan side dish untuk bubur nasi yg telah kami improvise makan dengan nasi jugak hehehe

Yang ini adalah campuran seafood- sotong ikan masin dsb yang digoreng special..rasanya agak rangup dan memang layan – juga merupakan side dish untuk bubur  yg telah kami improvise makan dengan nasi sahaja hehehe

Restoran ini juga pernah dikunjungi oleh crew rancangan popular TV3 iaitu Jalan Jalan Cari Makan

Dari segi harga pula boleh dikatakan agak berpatutan dan kalau macam ikan tu kena ikut harga pasarans semasa-No servis charge dan cukai kerajaan

Keseluruhan harga hidangan kami dengan minuman K-Lime malam itu berjumlah RM80

Keseluruhan harga hidangan kami dengan minuman K-Lime malam itu berjumlah RM80

Tweet
Share

Pengalaman Mendaki Bukit Broga

IMG_3791

Aku pasti semua tahu mengenai Bukit Broga ni bukan? Aku mula tahu pasal bukit ni bila ramai kenkawan FB sibuk dok mengepost gambar2 dorang naik Bukit Broga ni kat FB, dan bila search kat Google lagi ler bersepah cerita pasal bukit ni

Aku mula merasa teringin nak try bila diajak oleh wife beberapa lama dahulu cuma dek kekangan masa kami tak dapat nak tunaikan hasrat kami yg terpendam tu, jadi dikesempatan cuti beliau tempohari dapat la kami menawan puncak Broga..Finally!

Sebelum memulakan pendakian kami ada ler usha2 blog orang nengok2 kalau ada tips2 yg berguna untuk pendakian yg selesa bagi kami.Pelbagai tips telah kami baca, rata rata bilang jgn daki selepas hujan, bimbang takut2 licin dan soal pakaian juga ditulis agar memakai pakaian yg sesuai untuk mendaki

Ok ini pula pengalaman aku dengan wife, tempohari : – Kami memulakan perjalanan dalam pukul 4ptg, pada mulanya kami agak risau sebab masa dalam perjalanan ke sana cuaca hujan renyai2,bimbang gak aku, boleh ke nanti nak naik ni, tp tak mengapa apa2 hal kami tengok dulu, kalau tak boleh naik jugak kami tunda je la

So sesampai sajer dikaki Bukit Broga, hujan dah mula berhenti dan kami pun memulakan pendakian, dengan harapan perjalanan kami tidak akan mengalami rintangan jalan becak atau licin

Masa kami sampai sana tak ramai orang sebab bukan hujung minggu, so kami berdua je, perjalanan ke puncak agak mencabar jugak la dan jalan sedikit becak dan agak licin, nasib baik kami memakai kasut yang sesuai untuk jalan seperti itu

Dinasihatkan kepada korang yang nak naik Bukit Broga ni agar jalan atau daki dengan perlahan-lahan, jangan laju2 atau tergesa2 takut nanti korang cepat penat atau pancit, nanti kalau dah penat susah nak menikmati keindahan panorama sekitar bukit, rugi jer heheh

Setelah hampir 20-30 min dengan beberapa pit-stop maka kami selamat sampai ke puncak.Alhamdulillah

Oh ya satu lagi nak citer, kalau korang datang time tak de orang macam kami ni, sila berhati2 dengan anjing2 liar yg berkeliaran, anjing2 ni suka mengekor, aku dan wife puas lah dok halau anjing ni dari dok follow kami tapi tak makan saman ..last2 kami buat bodoh jer walau pun anjing tu follow  kami sampai kami ke puncak dan turun semula ke kaki bukit

Keseluruhan pengalaman ni memang menyeronokkan dan sesuai untuk aktiviti beriadah bersama rakan2 dan keluarga dihujung minggu

IMG_3763

pose dikaki bukit

trek pendakian ke puncak yang agak curam

trek pendakian ke puncak yang agak curam

IMG_3778

Pemandangan dari atas

Pemandangan dari atas

IMG_3804

Dari puncak Bukit Broga

Dari puncak Bukit Broga

Tweet
Share

Gerai Karipap Taman Gelora

photo5

Entry hari ni aku nak bawa korang semua kembali semula ke Kuantan, kali ni pun pasal makan.Harap korang layan lah post ni yer

Ok, karipap Taman Gelora ni memang sedap, sebelum ni aku tak pernah rasa tapi wife aku selalu la dok citer pasal keenakan karipap ni setiap kali dia bercerita mengenai pengalaman tinggal di Kuantan kat tempat kerja lama beliau

photo6

Jadi kesempatan bercuti di Kuantan membuka peluang bagi aku untuk merasai keenakan karipap ini, dan ternyata memang sedap, cuma harganya da naik sedikit dari zaman wife aku kerja kat sana dalam tahun 2005/2006

Rasa karipap ni ala lebih kurang macam rasa karipap kat Ikea tu kalau korang pernah rasa la cuma ianya tak de telor je

Keenakan inti karipap ini sememangnya terbaek!!

Keenakan inti karipap ini sememangnya terbaek!!

Kalau korang nak cuba boleh la ke gerai ini di Taman Gelora berhadapan dengan Jab Hal Ehwal Orang Asli Taman Gelora (berhampiran Telok Cempedak)

photo7

Gerai ni sentiasa ramai pelanggan

Tweet
Share