Monthly Archives: December 2012

Tips Menjual Di Mudah.my

Tips ni adalah melalui pengalaman aku setelah beberapa kali membuat iklan dan menjual barangan terpakai di Mudah.my

1.Buat kajian harga - Sebelum meletak iklan korang survey dulu berapa nilai harga barang di Mudah atau di kedai. Kalau korang nak jual iPhone4, cuba tengok harga iPhone 4 yg baru di kedai2 dan pastu kaji harga iPhone4 yg terpakai di Mudah.Setelah dah pasti harga yg korang nak letak then bila nak published, harga tu disarankan agar letak lebih tinggi sedikit dari harga yg korang nak, so boleh la letak harga nego, atleast ini boleh menimbulkan minat para pembeli utk bertanya

2.Kumpul sebanyak mungkin potential buyer – Ini bagi menyenangkan kerja korang, atleast kalau korang ‘dikencing’ disaat saat akhir oleh bakal pembeli korang da ada back-up.Aku sarankan korang kumpul atleast 3 potential buyer

3.Berhati hati – Semasa deal dgn potential buyer, berhati-hati dgn potential buyer yg hanya ‘cakap lawa’ sahaja. Untuk mengelakkan hal ini, sebelum keluar buat COD, re-confirm dengan bakal pembeli korang tu atleast 2kali

4.Cash On Delivery (COD) Only! – Elakkan buat jual beli melalui pos, sebab ianya berisiko tinggi

5. Public Area – Pastikan jual beli COD korang dilakukan di tempat awam i.e restoran makanan segera, mamak dan sebagainya- Ini bagi mengelakkan sebarang cubaan merompak dan mengugut oleh ‘potential buyer’

6. Meyakinkan – Akhir sekali, kalau boleh barang yg hendak dijual tu masih ada kotak dan ber- warranty card, agar pembeli barang tu beredar dgn muka yg senyum sampai telinga

Tweet
Share

Lila Wadi Barbeque, Kuantan – Restoran Yang Wajib Singgah

photo17

Semasa di Kuantan, isteri mengajak dinner ke sebuah restoran kepunyaan rakan beliau di tengah tengah bandar Kuantan.Pada mulanya aku hanya menjangkakan sebuah restoran biasa dengan hidangan menu yg biasa2 yg selalu kita makan kat KL

Namun sangkaan aku meleset sebaik sahaja aku melangkah masuk ke restoran ini yg amat2 tersorok lokasinya walaupun ianya terletak ditepi jalan..Restoran ni mempunyai aura nya yang tersendiri, dengan menggunakan sebuah rumah banglo lama di zaman kolonial, pemiliknya iaitu En Aman, bijak menyusun atur dan menghias restorannya dengan cara yang tersendiri dan tampak ekslusif

Lokasi : A – 236, Jalan Besar, Kuala Kuantan (berhadapan OCBC) bersebelahan Wisma Kastam

Waktu operasi – 4pm-12am

Tel - 0126644054

Lebih mengejutkan aku bila aku tengok restoran ini dipenuhi dengan pelanggan, nasib baik owner restoran ni dah reserved satu meja buat kami berdua, kalau tak terpaksa menunggu juga kot

photo22

Kelihatan ramai pelanggan yg sedang menjamu selera di Restoran Lila Wady Barbeque

photo15

First impression , restoran ni nampak simple tapi eksklusif.

Ok bagaimana dengan hidangan yang disediakan?

Restoran ni menwarkan hidangan barbeque ala steamboat dan juga masakan Thai

Jom lihat menu

lila wady

Jikalau diperhatikan, harga seleksi hidangan di restoran ni memang berpatutan dan boleh dikatakan agak murah.Menurut, En Aman bahan bahan mentah seperti seafood semuanya fresh dan daging lembu/kambing pula diimport dari New Zealand

Dari segi rasa, memang aku syorkan kat korang2 semua, memang SEDAP! dan aku jamin korang akan repeat makan kat restoran ni dimasa2 akan datang

Hidangan kami berdua pada malam itu

Set Seafood dan Daging/Lamb -Hidangan kami berdua pada malam itu

photo11

Mango Cheese Cake - Memang sedap tak terkata

Mango Cheese Cake – Memang sedap tak terkata

Selain hidangan utama, yang lebih menarik pada aku adalah hidangan pencuci mulut iaitu mango cheese cake – Kalau sesapa ikuti perkembangan perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle, mango cheese cake ni telah ditempah khas oleh pasangan artis ni utk majlis persandingan mereka tempohari

Must Try - Pandan Cooler

Must Try – Pandan Cooler

Satu lagi menu ‘must try’ kat sini adalah minuman ‘Pandan Cooler’..kalau tak try minum ni memang lawatan korang ke Kuantan tak kan lengkap..serius beb mmg sedap!

Bersama owner Lila Wady Barbeque, En Aman

Bersama owner Lila Wady Barbeque, En Aman

Manakala dari segi layanan kakitangan pula juga tidak mengecewakan..Jadi jika korang ke Kuantan, sudi2kan lah singgah ke sini, aku jamin korang takkan menyesal, dan pastikan korang cuba menu2 yang aku syorkan seperti diatas.

Untuk tempahan dan booking table sila Like FB Lila Wadi

Tweet
Share

R & R di Telok Chempedak

Salam, agak lama tak update, fuhh …memang lemau dan malas nak buka laptop bila  fokus hanya tertumpu untuk berehat dan menghabiskan masa bersama isteri tercinta yang balik bercuti dari Saudi.

Destinasi cuti kami ni hanya dirancang dalam masa setengah jam jer, tetiba rasa nak kesana kebetulan aku mmg dah lama tak kesana dan isteri aku pula ramai kenalan disana so senang sikit la untuk dapatkan info mengenai Kuantan ni

Kami check in disalah sebuah hotel di tepi pantai Telok Cempedak, tapi ralat sebab tersalah pilih lokasi bilik, sepatutnya amik bilik yg mengadap pantai, tapi aku amik bilik mengadap taman..semata2 nak kan katil king size  …arghh !!

Tapi tak mengapa, apa2 pun kami berdua enjoy layan keindahan pantai Telok Cempedak

p/s sesekali layan bercuti ni, release gak stress

photo20

photo2

photo25

photo28

photo3

p/s gambar sewaktu mandi aku tak le nak upload sebab aku takut 6pack  aku mengganggu emosi beberapa blogger terkenal

Tweet
Share

Simple Thursday-Ye Ker??

Rashidi Ishak?? Ye ker???Ada sama ka??..Apa pun tang awet muda tu yg best dibaca heheeh…tq Princess halia Madu, anugerah Allah syukur

20121220-232958.jpg

Tweet
Share