Monthly Archives: February 2013

Juara Carta Fulamak Sinar FM

Wah, dah lama tak merasa jadi juara, alhamdulillah semalam lagu Umbrella, Ramalanku Benar Belaka telah menjadi juara di Carta Fulamak Sinar FM buat pertama kali setelah menduduki tangga ke 4 minggu lepas

Diharapkan dengan menjadi juara, lagu ni akan terus menjadi siulan bukan sahaja kepada org org lama malah golongan2 remaja

Terima kasih kepada yang mengundi, next week jangan lupa undi lagi..:-)

photo

Tweet
Share

Favourite Celebrity Blog MSMW 2013

msmw

 

Tiada kata yang dapat diucapkan selain syukur alhamdulillah dan ucapan terima kasih aku kepada semua rakan rakan blogger, rakan sejawatan, saudara mara, peminat2(chewah ada ker??) yang sudi memangkah blog ini untuk diangkat menjadi pemenang bagi kategori Favourite Celebrity Blog

Penghargaan khas kepada Miri.Net yang aku rasa memang banyak kali mengundi bukan sahaja blog aku malah beberapa rakan blogger yang lain

Dan kepada Tuan Haji DH yang memberi galakan agar mencalonkan blog ini bagi kategori ‘Celebrity’

Akhir sekali, aku dengan penuh rasa rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengundi blog ini

p/s ada satu seat kosong ni…nak bagi saper ni?

 

Tweet
Share

Alhamdulillah Syukur

Nampaknya awal tahun ini aku dilimpahkan dengan rezeki oleh Allah SWT, walaupun rezeki aku ni tak le seberapa mewah dari segi wang ringgit, tapi Allah bagi rezeki dari segi kesihatan, peluang dan pengiktirafan

Bermula dengan rezeki dari kesihatan ni dimana Allah dah bagi kesihatan yang sempurna, sekarang ni dah hampir setahun berhenti merokok dan berat badan pun berkurangan serta alhamdulillah aku diberi kekuatan utk menjaga pemakanan ke arah tubuh badan yang lebih sihat dan cerdas, dan beri kekuatan untuk terus melakukan aktiviti sukan dsb

Rezeki berblog pun alhamdulillah juga, sekali lagi melalui undian blog picisan aku ni sekali lagi dinobatkan sebagai Blog Celebriti tapi kali ini di MSMW2013.Ucapan syukur aku kepada Allah yang memungkin kan semua ini dan terima kasih juga aku kepada semua pengundi pengundi yang sudi dan bersusah payah mengundi, sesungguhnya aku amat2 menghargai semua undian kalian.

Tak cukup dengan itu, blog aku ni juga sejak Januari ni asyik melekat je BE, walaupun tidak sekencang mana, tapi alhamdulillah ada peningkatan dari tahun lepas

Rezeki dalam bidang seni pula tahun ni aku amat2 tidak menyangka, sememangnya tak keterlaluan jika aku katakan ianya agak melampaui dari apa yang aku harapkan

Bermula dengan lagu nyanyian aku dalam OST Kerat 14 berjudul Penyesalan yang telah didengar dan ditonton lebih dari 1 juta orang di Youtube, telah membuka banyak peluang dan job untuk aku kembangkan lagi bakat aku yang sekian lama ‘terperap’

Salah satu peluang yang akan menjadi salah satu ‘highlight’ bagi kerja seni aku untuk tahun ni adalah ditawarkan membuat persembahan di salah satu event penganugerahan ‘paling popular’ kat Malaysia dalam bulan April nanti anjuran salah satu syarikat suratkhabar ternama tanahair. Majlis anugerah mana aku tak le bagi tahu lagi, tunggu pengumuman rasmi pada 27hb nanti di FB aku

Selain itu ada beberapa lagi job yang tak dapat aku nak share atas alasan2 tertentu, namun yang pasti akan aku share bila sampai masanya nanti.Tungguu

Setakat bulan Februari hingga April nanti, memang aku sangat sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi pada aku , dan aku berdoa dan berharap agar semua perancangan kerja seni dan blogging aku berjalan lancar sepanjang tahun insyaAllah

Tweet
Share

iPad Mini Review

Akhirnya hari ni baru berkesempatan untuk menulis review pasal iPad Mini yang telah aku dapat secara free setelah mempersembahkan 3 buah lagu di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 di Petaling Jaya akhir bulan lepas

Sebenarnya aku ni agak kurang mahir nak review hal hal mengenai gadjet ni, tetapi aku akan try review mengikut cara aku yg mana review ni tidak tertumpu sangat kepada hal2 yang terlalu teknikal-kira review santai dan mudah difahami

ipadmini1

iPad mini yang aku nak review ini adalah  iPad Mini 32GB (wifi/Cellular)

Apa yang best?

Kalau kita nak beli sesuatu barang seperti gadjet ni, selain harga, persoalan pertama yang akan timbul dalam fikiran kita adalah ciri ciri menarik yang ada pada gajet berkenaan

Antara ciri ciri menarik pada iPad Mini adalah pada saiznya yang kecil (7.9 inch) dan ringan,  ini amat sesuai bagi orang seperti aku yang selalu travel. Saiz dan berat seumpama ini banyak membantu menjimatkan ruang dalam bagasi aku, satu lagi senang untuk dipegang dan dibawa kemana-mana, pakai satu tangan je..

Selain itu, apa yg menarik lagi mengenai iPad Mini adalah kameranya .Still photo imej – 5 megapixel manakala mode video adalah dalam HD 1080p.Kamera seperti ini amat sesuai kepada vlogger yang aktif membuat video macam MAMAT ni

Jika korang pakai unit cellular ni , kira beruntung sebab boleh dapat connection up to 4G (LTE) yang bakal dilancarkan tak lama lagi oleh pembekal telekomunikasi di Malaysia

Lagi satu ciri yang menarik ipad Mini dilengkapi dengan prosessor yang agak pantas iaitu A5 chip, ini membolehkan iPad Mini bekerja tanpa sebarang ‘lag’ atau  ’hang’ terutama apabila bermain game.

Bateri juga agak tahan lama – boleh tahan dalam 8-10 jam, bergantung kepada cara penggunaan.Kalau asyik berinternet dan main game, 6-7 jam boleh tahan

ipadmini

Apa yang kurang?

Ada beberapa yang benda yang aku rasa lagi best jika iPad mini ni ada menyediakan :-

1-Retina Display (paparan skrin yg lebih tinggi resolusi)

2-Kamera hadapan diupgradekan atleast ke 3 mega pixel (hanya 1.2mp di Ipad Mini sekarang)

3-Earphone

Konklusi

iPad Mini ni amat sesuai kepada yang suka membawa gajet mereka kemana saja  mereka pergi, dari segi harga pula ianya sedikit mahal berbanding dengan jenama tablet yang lain, namun ianya berbaloi dengan kualiti binaan dan rekabentuk yang cukup eksklusif dari Apple.

Namun setiap gajet punyai kelemahan dan kelebihan yang tersendiri dan pada aku sebagai peminat tegar produk Apple, iPad Mini is the best produk menggantikan iPad 2 aku yg hanya boleh dipakai semasa dirumah sahaja sebab saiz yg besar

p/s aku rekomen kalau nak beli iPad Mini belilah model Wi-Fi Cellular, boleh dibawa kemana-mana dengan sambungan internet

Tweet
Share