Monthly Archives: March 2013

Kembali Ke MHI Setelah Hampir 19 Tahun

Setelah sekian lama aku kembali menjengah set Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, kali terakhir adalah pada tahun 1994/95. Waktu itu aku bersama Umbrella dan juga Saari Amri muncul di MHI dan ditemuramah oleh pengacara Aziz Desa bagi mempromosikan album sulung Umbrella yang berjudul “Seribu Rahmat’

Dan setelah hampir 19 tahun aku bakal muncul kembali di MHI esok bagi mempromosikan lagu Penyesalan OST Kerat 14 dan beberapa aktiviti seni yang bakal dilaksanakan

Jadi kepada korang yang ada kelapangan esok pagi antara jam 8-10 pagi sudi sudikan lah menjengah TV3

Tweet
Share

Entry Ringkas Hari ni

Semalaman di Paris aku dah mcm zombie, mengantuk, penat semua ada, apa2 pun entry nak kena update jugak, hohoho semangat berblogging tak pernah pudar.Dan sementara menantikan wake-up call aku dalam beberapa jam je lagi ni, sempat lah aku menulis entry untuk hari ni

Asalnya entry ni aku nak tulis kat status jer, tapi memandangkan ianya agak panjang untuk sebuah status di FB maka aku transfer le status ni kat sini

Ok sebenarnya citer nye begini, semasa dalam perjalanan ke Paris dari Kuala Lumpur semalam, ada seorang penumpang wanita di Kelas Perniagaan atau Kelas Golden Club telah menegur aku semasa aku bertugas – Wanita melayu lewat 20an tu dengan begitu yakin memandang aku lantas bertanya ‘Eh awak ni Zarul Umbrella kan?? ..dan aku dengan rasa segan bercampur dengan terkejut bangga mengiyakan saja soalan itu..

Aku tertanya2 pada diri sendiri, bagaimana wanita itu masih kenal akan diri ini? Dan terdetik difikiran aku yang muka ni dah mula keluar media sana sini sejak sebulan yang lalu, bermula di Galaksi TV9, kemudian di mStar dan kemudian keluar pula di Berita Harian baru baru ini, mungkin ini juga faktor penyebabnya, atau mungkin juga beliau adalah salah seorang pengikut aku di Twitter, FB atau di Instagram?? Aku nak tanya kat dia tapi aku segan lah sebab aku in uniform so ada line antara aku dan customer

Rumusan dari peristiwa ini boleh la aku katakan yang segala plan mempromosikan balik Zarul Umbrella kini sudah mulai menampakkan kesan dan insyaAllah diharapkan selepas ini banyak lagi artikel artikel di akhbar serta majalah akan muncul

Dan diharapkan persembahan aku di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular 2012 pada 7hb April ni bakal meninggalkan kesan yang positif kepada kerjaya seni aku .InsyaAllah

Tweet
Share

Sri Kulai Jadi Pilihan

Sebagai seorang seorang yang sering travel ke luar negeri pilihan makanan terutama yang halal adalah menjadi hal yang perlu dititik beratkan.

Selalunya untuk lebih mudah dan selamat aku hanya membawa makanan seperti roti dan makanan kering untuk dijadikan alas perut semasa berhenti disatu satu destinasi sewaktu bertugas

Tetapi hari ni aku diperkenalkan dengan sejenis makanan sejuk beku yang agak mudah disediakan dan sesuai, cuma hanya perlu dipanaskan dalam ketuhar gelombang

Makanan yang aku maksudkan adalah …

photo1

Produk Sri Kulai ini adalah barisan hidangan hidangan masakan melayu yang disejuk bekukan, antara hidangan yang dijual adalah Nasi Lemak Sotong, Nasi Lemak Rendang Ayam, Nasi Sambal Ayam dan lain lain

Cara penyediaan hanya masukkan kedalam microwave selama 4-5 min dan siap untuk dimakan

Dari segi rasa memang terbaik dan aku berani syorkan kat korang semua.

Produk ni berharga dalam RM6-7 sahaja dan sesuai untuk budak budak bujang yang sudah loya makan maggi hehehehe, cuma nak kena ada microwave jer

 

Tweet
Share

Sessi Fotografi Untuk Metro Ahad

Kesibukan melanda untuk minggu ini sehingga aku terlepas satu hari nak update, sorry sangat kenkawan, nak blogwalking pun memang aku tak sempat, sempat intai2 je, melalui phone, so nak mengomen tu memang tak sempat

Minggu ni agak sibuk kalau ikut perancangan, namun disebabkan beberapa program ditunda so aku hanya dapat buat satu program je untuk minggu ni, alhamdulillah sebentar tadi selesai satu appointment dengan wartawan Syakila dari Metro Ahad

Pertemuan dijadualkan tepat 1200 tengahari namun disebabkan beberapa masalah kami tunda ke pukul 2 ptg. Tepat jam dua aku memasuki perkarangan Pejabat HQ NSTP di Jalan Liku Bangsar langsung ke studio untuk sessi foto bersama jurugambar bernama Munirah, serius aku agak kekok berposing dihadapan jurugambar wanita, maklumlah aku sebenarnya pemalu orangnya ahaks!

Namun setelah hampir 10 shot baru lah aku rasa ok, Munirah pun bnyk tunjuk ajar cara pose yang dimahukannya. Tengok…nak jadi penyanyi ni bukan setakat menyanyi jer tapi nak kena pandai posing juga ahahah haisshh!!

Setelah hampir 45 minit dengan 2 pasang baju maka selesailah sesi bergambar, langsung disambung dengan sesi temuramah pula

Apa yang disoal dan apa pula jawapan aku, tunggu je lah Metro Ahad di minggu minggu mendatang

Berikut beberapa pose poyo aku yang bakal muncul di Metro Ahad tak lama lagiphoto1

photo2

photo3

p/s pakaian aku ditaja oleh H&M, Topman dan Aldo …hahaha LOL! ok tipu heheeh!

Tweet
Share

Rezeki Lagi…

Alhamdulillah, lepas satu satu rezeki Allah bagi..yang ni memang tak disangka sangka, entah bila dan bagaimana aku boleh masuk dan jadi pemenang pun aku tak tahu

Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari, jadi sejuta ucapan terima kasih kepada Social Media Chambers atas hadiah yang tak disangka sangka ini

Tiket F1 ni adalah tiket yang pertama pernah aku dapat, sebelum ini tak pernah pun pergi menyaksikan perlumbaan F1 heheehe

20130315-185241.jpg

Tweet
Share