Selepas ke Astro utk menjalani rakaman Carta Thr Gegar bebaru ni, aku telah dijemput oleh penerbit Zaidee Zainal dari Sinar FM utk menjadi tetamu dalam satu segmen yang aku tak pasti, khabarnya satu segmen utk countdown carta sama seperti THR
Setelah buat appointment maka sebentar td aku ke Astro buat rkamaan seperti yang dijanjikan
Sungguh aku tak sangka yang aku akan duduk satu konti dgn Dj popular di Sinar iaitu SY KE dan Abby Fana, baru lah aku tahu yg mereka akan bersama sama aku utk buat rakaman bagi segmen Carta Fullamak yang akan bersiaran pada 4 Mei ini pukul 8 am sampai 12pm
Pengalaman bersama mereka bertiga ni mmg seronok sbb aku asyik gelak memanjang dgn telatah dorang terutama KE dan SY – dorang berdua ni aku sifatkan sbg manusia luar biasa sbb dorang melawak tanpa perlu skrip semuanya spontan – tak caya nnt korang dengar la nanti
Share