Monthly Archives: April 2013

Artikel di sisipan Bi-Pop Berita Minggu

Salam..untuk kesekian kalinyer muncul artikel aku di BeritaMinggu hari ni.Terima kasih kepada wartawan Zaidee atau aku  lebih mesra panggil JayDee jer

Dalam artikel ini lebih memfokuskan kepada latarbelakang aku sejak tahun 90an sehingga lah kepada impact selepas Malam Kemuncak ABPBH2012 baru baru ni,ianya juga merungkai beberapa persoalan mengenai keluarga dan update terbaru mengenai aktiviti serta ‘produk’ terbaru aku yang bakal muncul

Ok lah citer2 panjang tak guna nanti tak syok la..better uols pegi je beli Berita Minggu atau baca melalui internet DI SINI

 

Tweet
Share

Melancong Bersama ke Ho Chi Minh

Aku sebenarnya pernah ler ke Vietnam tapi tu dulu ler dalam tahun 90an .Masa tu aku ke Hanoi mengikut delegasi Orkestra RTM dan artis2 Malaysia perform kat sana..Pada masa tu Vietnam masih lagi tidak semaju waktu sekarang ni ..

Tapi rezeki aku lepas ABPBH ni alhamdulillah ada pulak agnensi pelancongan yang sudi menawarkan aku pakej percutian selama 4 hari 3 malam ke Saigon ataupun Ho Chi Minh City

Dari apa yang dengar HCMC ni sebuah ibukota yang sedang pesat membangun selain mempunyai beberapa peninggalan kesan perang antara Vietnam/USA, bahkan ibukota ini juga menjadi hub membeli belah ramai pelancong pelancong asing

Jadi jika korang berminat nak bercuti bersantai dengan aku boleh la join event ini

Pakej pelancongan/percutian 4 hari 3 malam ini akan diadakan pada 18 -21 Jun 2013

Harga serendah RM2450 per person [all inclusive-makan, penginapan,lawatan tempat sejarah/tempat2 shopping, dan ticket flight(economy)]…

Sila hubungi no 010-5167715 untuk pertanyaan lanjut dan tempahan

Tempat adalah TERHAD!

Tweet
Share

Ungkapan Syahdu vs Engkau Bersyahdu

Ramai yang keliru dengan lirik lagu Ramalanku Benar Belaka ni terutama di bahagian korus iaitu   dan satu darinya ungkapan syahdu bahawa aku takkan kehilanganmu …lirik yang sebetulnya adalah ‘ungkapan syahdu’ BUKANNYA  ’engkau bersyadu’

Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan oleh dua faktor

1.Kebanyakan lirik dari vcd2 karaoke memang tertera engkau bersyahdu 

2.Mungkin ada yang berpendapat seolah2 sebutan aku didalam CD kedengaran seperti ‘engkau bersyahdu’ – dan ini diakui sendiri oleh isteri aku, ini berlaku mungkin bila aku dah tarik suara tu yang menyebabkan sebutan aku ada lari sikit

Walau apapun lirik yang betulnya adalah ‘ungkapan syahdu’

Diharap entry ini dapat merungkai segala kekeliruan, perbalahan antara suami isteri ataupun rakan rakan sejawatan ditempat kerja..sekian

Tweet
Share

Aku dan Pilihanraya

Tak lama lagi dah nak mengundi, sebentar tadi masa tengah memandu aku terpandang budak2 muda sedang sibuk memasang poster ditepi tepi jalan, mengingatkan aku kepada zaman remaja ku pada penghujung tahun2 80an dan 90an,

Tatkala musim pilihanraya rumah aku dikampung menjadi markas salah satu parti (jgn tanya parti mana) untuk memasang poster dan juga menjadi seperti bilik gerakan untuk kawasan sekitar kampung aku

Tugas aku selalunya mengikut2 budak budak yang lain menampal poster dan juga memasang serta memacak bendera kat tiang tiang lampu dan juga di pokok pokok sekitar kampung dan pekan..diusia semuda itu aku rasa semacam ada pesta hampir  setiap malam kat rumah aku tu..seronok!

Bila dah meningkat dewasa sikit diusia 21 tahun aku pernah  ditugaskan menjadi petugas Suruhanjaya Pilihanraya di tempat mengundi, seingat aku disalah sebuah sekolah di Pandamaran Kelang…kerja aku waktu itu hanya menerima dan memeriksa IC para pengundi …waktu itu aku masih tak layak mengundi pasal umur belum cukup 21 kehkehkeh

Itulah antara pengalaman yang cukup manis yang terlintas difikiran aku sewaktu terlihat budak budak tadi, aku kongsikan khas buat kalian

 

 

Tweet
Share