Monthly Archives: May 2013

Muncul di MH dan MH TV

Media Hiburan versi majalah dan versi online minggu ini masing masing dok tepek muka aku, apalagi yang aku nak cakap hanya ucapan terima kasih atas publisiti ini, dan semoga ianya akan  memberi impak kepada perjalan kerjaya seni dan kesan positif kepada beberapa produk baru yang bakal aku tampilkan tak lama lagi

photo

 

 

Tweet
Share

Garang atau Mellow?

Beberapa hari yang lepas aku mengintai2 projek versi baru Ramalanku Benar Belaka, dek kerana jadual penerbit Bro Hezry Hafizd yang super pack, makanya projek tu baru nak mula dalam minggu lepas

Bro Hezry sempat bertanya akan konsep bagaimana yang aku hendakkan utk versi terbaru ni, ‘Abang nak yang “garang” ke nak yang “mellow”

Jadi kesempatan ini aku nak survey sikitlah, nak minta pendapat korang, nak garang ke nak yang mellow tangkap leleh??

photo-1

p/s kepada yang nak dengar hasil gubahan muzik Hezry Hafizd  sebelum2 ni boleh la follow acc soundcloud beliau di SINI

Tweet
Share

Foto Shoot Majalah Jelita

Satu lagi pengalaman pertama, buat fotoshoot untuk majalah Jelita, majalah untuk kaum hawa..

Alhamdulillah khabarnya aku diberi coverage sehingga 6 mukasurat, wow!!! giler beb! bnyak tuuu…

Dek kerana itu, aku terpaksa mengenakan sehingga 5 persalinan dan diberi khidmat jurusolek dan dandanan…gitewww!!

Overall satu pengalaman yang amat mengujakan walaupun ketika itu agak kepenatan sebenarnya

Jangan lupa beli Jelita keluaran Jun nanti

jelita

Tweet
Share

Disebalik Artikel Mingguan Malaysia – 12 Mei 2013

gambar ehsan Utusan.com.my

Artikel akhbar ini adalah yang ke 4 selepas ABPBH2012, jika diamati hampir 3 artikel lepas menjurus kepada kemunculan semula aku selepas ABPBH dan projek2 yang bakal aku usahakan seperti single baru dan sebagainya

Bagi memastikan kelainan dalam artikel sebelum2nya aku dan wartawan Amirah cuba mencari story yang lebih catchy, selepas bercerita dan bersembang sembang disalah satu cafe diibukota baru baru ini maka keluar lah artikel mengenai cerita cinta aku dan isteri

Hakikatnya cerita2 sebegini jarang aku kongsikan dengan umum di blog, namun kali ini aku mengalah, namun hasilnya aku suka dengan tulisan si Amirah ini

Kepada yang belum baca boleh la ke link dibawah untuk membacanya

BACA ARTIKEL

Tweet
Share

(Video) Gala TV – Pertama Kali

Muncul di Gala TV semalam adalah yang pertama kali selama aku menyanyi, dan alhamdulillah aku mendapat coverage yang agak banyak jugak, so banyak projek terbaru dan akan datang sempat aku sampaikan dalam siaran 12 Mei semalam

photoawani

..dan terima kasih kepada wartawan Gala TV Cik Ayu sebab sudi menemubual aku semalam

Kepada yang tak sempat nak tengok siarannya semalam boleh la tengok melalui link video dibawah

Tweet
Share