Salam …alhamdulillah aku berjaya menggagahkan diri update blog hari ni, ini pun pasal hari ni aku FREE sesangat pasal kereta masuk bengkel seharian, maka dek kerana tak le wat pe so dapatlah update belog sebelum aku kembali sibuk untuk shoot muzikal raya di Ipoh esok
Semalam ada dua aktiviti aku buat, satu shooting dan satu lagi recording.Hari ni kita citer pasal shooting dulu
Bertempat di SS15 Subang Jaya di Studio Bunkface, aku jalani satu penggambaran untuk satu rancangan yang dinamakan Blogger Voice yang diterbitkan oleh syarikat HiTech Innovation untuk TVi (Saluran 180) Astro
Rancangan ini diarah oleh En Hafiz Mohd Khas dan dihostkan oleh Ana Alisha yg kecik molek
Dalam rancangan ini aku banyak bercerita mengenai latarbelakang, content dan tema blog aku, dan juga sedikit sebanyak bagi pandangan mengenai kelebihan menjadi selebriti dan juga blogger
Pengalaman menjalani penggambaran agak seronok walaupun sedikit memenatkan, call time pukul 8.30 pagi dan selesai shooting pukul 3 petang
Sepatutnya habis awal dari pukul 3 tetapi ada sedikit masalah dengan baju merah yang aku pakai, dan aku pulak bawak sehelai je baju heheeh…oleh itu, terpaksa menunggu kedai bukak utk runner pegi cari baju lain
Rancangan ini menurut kata En Hafiz akan disiarkan selepas Hari raya Puasa tak lama lagi
Share