Monthly Archives: November 2013

Ku Berlari…

Waduh waduh lama betul tak update blog aku ni, ni lah akibatnya bila momentum dah lari jauh sampai ke gurun ke laut ke langit dan kawasan kawasan yang sama waktu dengannya

Apa2 pun nah hari ni aku nak update jugak walaupun penuh dengan komen2 spam yg sampai beratus2 yg terpaksa aku clearkan dulu sebelum menulis entry ini

Ok kali ni nak citer pasal new hobi aku ni lah, yang sekarang dok sibuk berlari berjogging  kesana kemari demi untuk mengawal berat badan ideal katanyer..Sejak dari hujung September yg lepas sampai ke sekarang ni aku berjaya menurunkan berat sebanyak 5kg, alhamdulillah berkat panduan dari ebook2 yg aku beli dari KevinZahri.Com

Dek kerana dok berlari dalam 3 kali seminggu lama2 aku jadi seronok dan hari demi hari aku suka mencabar diri untuk berlari lebih jauh dari hari kehari..Hampir sebulan lebih aku bersungguh sungguh push diri aku ni utk berlari dari jarak 5km,7km, 9km, 10km hinggalah ke 12km dan insyaallah akan aku teruskan usaha untuk mencapai jarak 21km atau half marathon dalam masa 2bulan dari sekarang

**Pun begitu selain berlari untuk kurangkan berat badan ni aku kena jugak menjaga pemakanan aku setiap hari agar kalori dari pemakanan aku tidak melebihi had DCR (Daily Calorie Requirement) yg sepatutnya

Berbalik kepada hobi berlari, kini aku sedang merancang untuk menyertai pertandingan pertandingan larian di sekitar Lembah Klang, sekurang2nya ada juga thrill dari dok lari sensorang sekali sekala masuk bertanding atleast dapat uji kekuatan sebenar aku.Apa yang aku perhatikan rata2 pertandingan menyediakan kategori 40 tahun keatas, so atleast dapat bersaing dengan rakan2 sebaya aku hehehe

Ok begitulah cerita aku mengenai hobi aku kali ni, harap lepas lepas ni akan ku rajin2kan diri untuk mengupdate blog ni seperti sebelum2 ni

 

Tweet
Share