Monthly Archives: December 2013

Terima kasih 2013

Lagi 2 hari 2013 bakal berlalu, alhamdulillah bagi aku tahun 2013 ini banyak kenangan kenangan manis

Yang paling aku takkan lupa adalah kenangan sewaktu membuat persembahan di ABPBH2012 pada April 2013 yang lalu..Peristiwa ini banyak memberi impak kepada diri aku sekaligus membuka semula pintu rezeki aku sebagai penyanyi yg telah tertutup sekian lama.Ianya juga membuka peluang peluang untuk aku kembali aktif dalam bidang seni

Dari detik itu juga aku ditawarkan oleh Neo Record untuk merakamkan semula lagu keramat Ramalanku Benar Belaka yang telah diterbitkan pada Ogos 2013.Gubahan semula oleh AG Coco.Korang boleh download lagu ni sewenang2nya DISINI

Berikutan dari lagu ni juga aku merakamkan sebuah MuzikVideo buat pertama kali setelah hampir 20 tahun tak shoot mv since aku berhenti menyanyi

Dalam pada itu juga aku telah diberi peluang untuk merakamkan sebuah lagu baru tetapi dalam bentuk lagu duet.Lagu ni dicipta oleh pencipta lagu Tetap Menantimu dendangan Nomad ost drama I Love U Mr Arrogant iaitu Pojie .Perbincangan telah dijalankan oleh aku dan pihak penerbit aku dan insyaAllah lagu ni akan muncul sekitar awal tahun 2014

Apa yang aku harapkan semoga 2014 bakal memberikan sesuatu yang lebih baik dari tahun 2013 terutama dalam kerja kerja seni aku,InsyaAllah.dan terima kasih juga  dengan sokongan kalian selama ini

credit pic MS Green Photography

 

 

Tweet
Share

Show di Universiti Malaysia Sabah

Baru baru ni sekali lagi aku dijemput oleh NasionalFM untuk membuat persembahan selepas kali pertama show di Kenyir pertengahan tahun yang lepas

Kali ni NasionalFM bergabung dengan KKfm sebuah radio kepunyaan Univeriti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Konsert Jelajah NasionalFM yang turut mengundang artis artis seperti Ainan Tasneem, G-Mie Screen, Azlan Typewritter dan Amir Sofaz
Malangnya Azlan Typewritter tak dapat hadir atas sebab kesihatan

Show start pukul 8.45 dengan persembahan dimulakan oleh aku sendiri- Pada mulanya suasana agak suram dan audience pun nampak lemau sbb baru lepas hujan sejam sebelum show

Namun sejurus aku naik pentas audience yg kebanyakannya adalah student2 UMS memberikan response yg agak luar biasa, mungkin dorang nak hilangkan stress kot kan heheheh

Apapun apa yg boleh aku katakan audien malam tu mmg terbaek!!

Habis show dalam pukul 11 terus aku balik hotel dan pagi esoknya terus balik KL langsung malam tu pulak aku bekerja, buat flight London

20131226-105347.jpg

20131226-105410.jpg

20131226-105429.jpg

20131226-105447.jpg
class="alignnone size-full" />
.

Gambar 1 – Stage
Gambar 2 – Aku, Ainan dan GMie selepas show dibilik khas belakang pentas
Gambar 3 – aku dan Amir bergambar dengan pak guard kitorang malam tu
Gambar 4 – Sesi bergambar

Tweet
Share

Pertama Kali di Kathmandu

Selama 13 tahun sebagai pramugara inilah pertama kali aku jejakkan kaki ke Kathmandu, Nepal
Imaginasi aku menggambarkan Kathmandu sebuah tempat yg berdebu dan kotor namun imaginasi aku telah menipu aku, ternyata Kathmandu sebuah tempat yg punyai nilai alam semulajadi yg agak unik
Dikelilingi Banjaran Himalaya mata aku terpukau dengan pemandangan gunung ganang bersalji dan rumah rumah dilereng lereng bukit sebaik sahaja pesawat memghampiri lapangan terbang Kathmandu.
Sejurus mendarat dan keluar dr pesawat sekali lagi aku melihat kiri dan kanan semuanya gunung bersalji dan memang cantik pemandangnnya, tak tipu punya
Aku mendarat sekitar jam 1 tengahari, kesempatan selama 24 jam berada disana aku gunakan sepenuhnya utk jenjalan sekitar bandar Kathmandu
Namun nasib aku tak berapa baik sebab pada hari itu adalah hari dimana Nepal menjalankan pilihanraya umum, makanya semua bentuk khidmat pengangkutan awam diberhentikan.
Oleh kerana itu yg boleh aku lawat setelah di suggest oleh pilot aku yg pernah ke sana hanyalah stupa Buddha yg terletak berhampiran hotel penginapan aku
Tempat ni biasa je mcm yg kat Malaysia gak
Walaupun tak bnyk tempat yg dapat dilawati namun Kathmandu seolah olah memanggil aku utk kembali lagi

20131219-134726.jpg

20131219-134859.jpg

20131219-134931.jpg

20131219-134951.jpg

20131219-135011.jpg

20131219-135037.jpg

20131219-135054.jpg

20131219-135109.jpg

20131219-135122.jpg

20131219-135134.jpg

20131219-135148.jpg

20131219-135206.jpg

20131219-135220.jpg

20131219-135247.jpg

20131219-135313.jpg

Tweet
Share

Taklimat Keselamatan

Taklimat keselamatan yang aku maksudkan disini adalah taklimat keselamatan dalam penerbangan.Taklimat keselamatan ini dilakukan secara ‘live’ oleh anak anak kapal dan ada juga ditunjukkan dalam bentuk video

Sejak aku mula buat perkhidmatan dalam negeri beberapa bulan yang lalu aku dapati ramai dari penumpang penumpang khususnya rakyat Malaysia yang tidak memberi perhatian serius kepada taklimat keselamatan yang ditunjukkan oleh anak anak kapal

Mungkin mereka sudah bnyk kali naiki pesawat tetapi barang diingat setiap pesawat mempunyai ciri ciri keselamatan yang berbeza2 oleh itu tumpuan kepada taklimat keselamatan setiap kali sebelum berlepas adalah sangat penting

Kenapa taklimat keselamatan ini amat penting? Sebabnya ia adalah untuk keselamatan anda semasa berada didalam kapalterbang.Dalam setiap taklimat keselamatan ditekankan cara penggunaan tali keledar…Tali keledar ini wajib dipakai sewaktu berlepas, mendarat dan dalam keadaan cuaca yang buruk

Selain itu corong oksigen juga antara alatan keselamatan yang diutamakan dalam taklimat tersebut.Corong oksigen ni akan ‘dijatuhkan’ secara otomatik dari siling tempat duduk anda ketika tekanan dalam kabin menjadi rendah.Perhatian kepada ibubapa yang membawa anak kecil, sila pakaikan corong oksigen kepada anak anda terlebih dahulu

Perhatian juga harus diberikan kepada taklimat mengenai jaket keselamatan, ini amat berguna sewaktu pendaratan cemas diatas air atau ‘ditching’, sila beri perhatian kepada cara penggunaan dan ciri ciri atau spefikasi jaket tersebut ini kerana setiap pesawat atau syarikat penerbangan mempunyai ciri2 jaket keselamatan yg berbeza

Pintu pintu keluar (EXIT) juga adalah amat penting untuk anda beri perhatian sebab sewaktu kecemasan anda perlu keluar dalam masa yg singkat.

Untuk keselamatan korang aku sarankan setiap kali menaiki pesawat berilah perhatian sepenuhnya setiap kali taklimat keselamatan disampaikan.Tak rugi pun malah ianya amat amat amat berguna jika berlaku kecemasan

 

 

Tweet
Share