Monthly Archives: December 2013

Laksa Ah Cheng

Kesempatan berada di tempat tinggal lama aku sewaktu bujang a.k.a duda di USJ aku tidak melepaskan peluang utk menikmati hidangan laksa yg menjadi fevret aku sewaktu di USJ

Laksa Ah Cheng di Summit Usj sudah berwajah baru. Lokasi kedai adalah di aras LG berhadapan dengan outlet Guardian

Rasa laksanya pada aku memang kedai2 lain tak leh challenge- mmg terbaik!!

20131210-135325.jpg

20131210-135209.jpg

20131210-135419.jpg

Tweet
Share

Restoran Melur London

Selalunya kalau aku ke London jarang jarang aku ‘merajinkan’ diri aku utk pergi makan kst restoran masakan melayu, ini disebabkan oleh jarak yg agak jauh dr hotel penginapan aku

Tetapi baru2 ni aku dan rakan rakan berkesempatan utk singgah di satu restoran masakan melayu iaitu Restoran Melur di Edgware Road London

Masakan serta ‘rasa’ yg dihidangkan memang 100% masakan melayu

Antara masakan yg harus korang cuba adalah kambing bakar masak cili hijau

20131209-143455.jpg

20131209-143522.jpg

20131209-143958.jpg

Tweet
Share

Nak Tahu Bagaimana Aku Kurus (Part 2)

Untuk pengetahuan korang plan diet aku memang mudah dan jumlah kalori dianggarkan diantara 1300 – 1500kcal sehari

Contoh Plan Diet yang aku amalkan

Sarapan – Bijirin cornflakes/Muesli dengan susu rendah lemak , low fat yogurt dan kopi susu low fat tanpa gula

Snek pagi - Pisang 2 biji atau 2 keping roti germa gandum dgn mentega kacang

Makan tengahari - Nasi (segenggam) bersama dada ayam ATAU ikan goreng ATAU ikan bakar, sedikit kuah dan 2 jenis sayuran atau ulaman, minuman hanya air kosong ATAU teh o limau kurang manis

Snek petang - 2 biji buah pisang ATAU epal /buah2an lain

Makan malam - Muesli/cornflakes dengan susu rendah lemak ATAU roti germa gandum dengan mentega kacang ATAU dada ayam dengan salad

Snek malam – Segelas susu rendah lemak

Manakala contoh senaman aku adalah tak lain tak bukan hanyalah berjogging atau berlari sekitar kawasan rumah ataupun di gym,

Berlari atau berjogging ni pada aku agak ekonomikal kerana korang tak yah nak belanja duit bulanan utk fee gym, hanya ke gym bila waktu hujan sahaja.Modal utk berlari hanya sedikit iaitu hanya beli kasut dan sedikit baju dan trek sukan

Kebiasaanya aku berlari diwaktu petang tetapi jika bnyk urusan di waktu siang aku akan berlari pada waktu pagi sebelum keluar rumah, dan jikalau bekerja aku akan ambil masa berlari didalam gym dihotel  tempat aku singgah bermalam

Selalunya aku akan peruntukan sekurang2nya 30 min hingga sejam untuk larian tanpa henti dengan kadar kelajuan 70% – 90%(mengikut kadar denyutan heart rate) dan aku akan pastikan membakar sehingga 550kcal untuk setiap sessi

Untuk capai tahap fitness sekarang ni aku tak de lah boleh terus berlari selama setengah jam, pada mulanya aku lari antara 10-15 min je lama2 aku cabar diri untuk pergi lebih jauh dan jauh dan jauh sehinggalah ke 15km (paling jauh setakat ini)

Secara ringkasnya itulah kehidupan aku sehari hari dalam misi memburu berat badan idaman, yang hanya pada asalnya aku target 68kg je tetapi turun terus sehingga 65kg

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan

Tweet
Share

Nak Tahu Bagaimana Aku Kurus?(Part 1)

Ramai yang bertanyakan kepada aku diFB,Twitter dan Instagram, bagaimana aku boleh kurus mendadak sejak akhir2 ni, nak terangkan secara detail kat laman sosial agak terbatas ruangannya maka hari ni aku nak share serba sedikit apa yang aku lakukan untuk hilangkan 5 kg dalam masa hampir 2 bulan

Sejak dari penghujung September, aku memulakan plan diet berdasarkan apa yang telah aku baca melalui ebook ebook Kevin Zahri.Setelah habis membaca banyak benda baru yang aku belajar.Rupa rupanya tak lah susah mana pun kalau kita tekad dan sungguh sungguh utk turunkan berat badan.Pucuk pangkalnya ada niat serta kesungguhan.

Perkara pertama sebelum korang nak mulakan program diet ni, kita perlu tahu yang diet dan senaman adalah program yg berpanjangan seumur hidup, ianya satu lifestyle, korang tak leh 3 bulan diet dan selepas itu terus ‘lupa diri’ makan tak ingat dunia.Dan barang diingat juga yang 70% penurunan berat badan adalah melalui corak pemakanan dan 30% lagi adalah melalui senaman atau sukan

Nak turunkan berat badan ni juga kita mesti ada ilmu, sebab itulah aku sarankan agar korang beli lah ebook atau buku atau rujuk diinternet mengenai cara cara dan plan plan diet yang betul

Langkah pertama yang aku ambil untuk turunkan berat badan adalah dengan memahami konsep pengeluaran dan pengambilan KALORI(kcal) .Untuk hilangkan berat badan kita perlu ujudkan kalori defisit dimana kalori keluar lebih bnyk dari kalori masuk.

Selepas itu aku buat pengiraan berapa keperluan kalori harian aku (DCR-Daily Calorie Requirement).Pengiraan ni amat penting utk korang tahu berapa banyak kalori yang korang perlukan sehari, agar nanti kita senang bajet makanan yg kita ambik cukup2 shj tak lebih tak kurang, konsep macam duit gaji korang dapat tiap2 bulan,  kalau dapat 100 korang belanja 100 je lah tetapi kalau korang belanja 120 korang dah ‘hutang’ 20, ..’hutang’ = ‘berat badan bertambah’

Macam kes aku, DCR aku sehari adalah 2400kcal,  untuk menurunkan berat badan dalam purata seminggu 1 kg aku perlu kurangkan 1100kcal sehari, bagaimana?1100kcal yang perlu aku kurangkan tu aku bahagi kepada dua, iaitu 550kcal aku bakar melalui senaman dan baki  550kcal lagi tu aku kurangkan dari pengambilan makanan aku sehari.Jumlah kcal setelah ditolak 1100kcal = 1300kcal sehari 

Kalau korang nak lebih detail lagi aku syorkan korang beli ebook Kevin Zahri Turun 5kg dalam 5 minggu

Nak tahu bagaimana plan pemakanan aku setiap hari dan jenis senaman yang aku lakukan?? Tunggu dibahagian ke 2!!

 

 

Tweet
Share

Lawatan Ke Muzium DiRaja Istana Negara Lama

Dulu aku selalu gak melawat Istana Negara tp hanya layak untuk mengintai dari pagar luar je sambil nengok pengawal berkuda yg macho bergaya dengan uniform ATM

Kini sejak Istana Negara yg baru telah dibuka maka pihak Muzium Negara telah ambil alih istana negara yg lama ini dan dijadikan Muzium Diraja Istana Negara Lama

Kesempatan ini aku ambil utk bawa keluarga melawat apa yg ada dalam istana tersebut

Bayaran yg dikenakan hanyalah RM5 utk pemegang MyKad

Malangnya pihak muzium tidak membenarkan pelawat mengambil gambar

Dalam istana tu nanti kita boleh lihat balai menghadap, bilik santapan, bilik beradu, bilik laundry, bilik solek permaisuri, ruangan rehat keluarga diRaja, pejabat DYMYDP AGUNG dan Permaisuri, bilik bacaan, bilik mandi dan sebagainya

Satu pengalaman yg menarik selain dapat melihat gambar2 serta potret2 diraja dari dulu hinggalah sekarang

Kalau ada kelapangan aku memang syorkan korang bawak famili datang sini

20131204-114135.jpg

20131204-114149.jpg

20131204-114204.jpg

20131204-114223.jpg

20131204-114246.jpg

Tweet
Share