Monthly Archives: January 2014

Eksklusiviti Seorang Selebriti

Bercakap mengenai topik sebegini pada aku ianya sangat subjektif, pada sesetengah artis yang sudah matang dan sudah establish eksklusiviti ini menjadi perkara yang signifikan

Kenapa perlunya eksklusiviti ini kepada seseorang artis/selebriti?—OK Jawapannya: Eksklusiviti adalah status – Artis ibarat sebagai sebuah produk atau jenama.Bila seseorang artis tersebut mempunyai kredibiliti dimana kerja seni artis itu diterima/diiktiraf ramai atau artis tu telah berjaya bertahan lama dalam industri, maka nama/jenama mereka turut menerima pengiktirafan, bila mana diiktiraf maka taraf ekslusiviti artis itu juga meningkat. Bila dah naik, artis tu secara otomatik menjadi jenama yang mewah dalam industri. Bila dah mewah maka kita lihat lah perbedaan kedai jenama LV dengan kedai jenama X, distulah letaknya eksklusiviti seseorang artis

Pun begitu walaupun artis tu masih baru dan masih belum mempunyai apa2 kejayaan dalam industri mereka sebenarnya boleh buat diri mereka menjadi eksklusif dengan menitik beratkan soal penampilan serta ketrampilan sewaktu menghadiri pelbagai acara, persembahan atau majlis2 rasmi.Pendek kata penampilan tu biar nampak mcm artis. Dan bilamana acara yang melibatkan peminat artis kena jaga gerak laku,senyum selalu walaupun panas atau sejuk dan jika tidak dapat memenuhi kehendak peminat, menolak dengan tutur kata yang elok dan sebagainya.

Dari sudut media sosial pula pada aku, ianya amat penting bagi seseorang artis untuk menghebahkan maklumat mengenai karier mereka terutama artis baru, atau artis lama yang baru nak buat comeback (ehem ehem), pun begitu ianya juga perlu dipantau atau disaring setiap post atau upload agar apa yang dipublish itu nanti tidak menjahanamkan eksklusiviti beliau sebagai seorang artis atau selebriti.Kadang kala kekerapan muncul di media social juga boleh menambah nilai eksklusiviti seseorang artis tu, pun begitu kekerapan yang melampau mungkin akan membuatkan peminat jemu atau jelak dan ini mungkin boleh ‘menurunkan’ eksklusiviti mereka

Pada aku at this moment  i just make it simple .. memang kadang kala aku titik beratkan namun kadang kala tidak, ikut kesesuaian majlis atau acara

Hal ini juga kadang kala boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan peminat yang rata2 ingin ‘berdampingan’ secara in-person bersama artis kesayangan beliau..Yang menjadi mangsa adalah selalunya pengurus artis/PA , yg sering dituduh lebih sudu dari kuah. Korang kena faham antara tugas rasmi pengurus atau PA adalah menjaga hak eksklusif artis atau majikan mereka.Peminat kena faham kalau artis tu berjalan merewang merata2 selepas habis buat persembahan so tak nampaklah macam artis kan!

Kesimpulannya disini setiap artis perlu ada nilai nilai eksklusif agar mereka tidak digelar sebagai artis cap ayam, pun begitu ianya mestilah terkawal agar perkara ni tidak membantutkan perjalanan karier seseorang artis tersebut

p/s aku menulis ikut pemahaman aku so kalau ada yang tak betul atau terkasar dalam artikel ni aku minta maaf awal2

Tweet
Share

Langkah Pertama 2014

Salam semua. Yup langkah pertama untuk tahun ini telah pun aku buka dengan sessi pre-production untuk sebuah lagi lagu baru untuk single terbaru yang aku jangkakan siap sekitar Mac/April nnt

Lagu baru kali ni adalah lagu duet dan pasangan duet aku ni terpaksa aku rahsiakan dulu…, tapi penyanyi/pelakon/pengacara yg bakal berduet dgn aku ni dah memang terkenal dan mempunyai vokal yg cukup bagus dan sesuai sekali untuk lagu baru ni yg diberi judul Satu Rasa

Penerbit dan susunan muzik akan dikendalikan oleh Freddy Hyper Act

Semalam telah pun selesai proses pre-pro yang pertama dan insyaallah dan doakan lah agar projek ini terus berjalan dengan lancar

20140113-101432.jpg

Tweet
Share

Aku Kecewa

Ye memang aku kecewa, mana taknya kalau dah barang kita dicuri sewenang wenangnya.
Gejala cetak rompak masih berleluasa di alam maya, memang tak dinafikan siapa tak nak barang free dan senang didapati, aku tak salahkan siapa yg download pada hakikatnya memang salah pun tapi yg paling bersalah dalam hal ini adalah si pengupload, dah lah dia pergi share benda free2 tanpa izin dah tu silap3 dapat untung lagi dari iklan di website dia, haisshh
So apa pendapat korang? Patutkah aku tengok je atau pergi report?

20140108-100941.jpg

Tweet
Share