Dalam minggu lepas aku dengan wife saja jenjalan ke Melaka..asyik dok ronda KL dan Putrajaya lelama naik berkepok gak kepala aku..asyik2 benda sama je kan
So sesekali tuko angin…Kami tolak dalam tengahari..perjalanan agak lembab terutama di kawasan exit seperti Seremban dan Ayer Keroh,maklumlah musim cuti sekolah..ramai yg balik kampung
Lepas je tol Ayer Keroh..lagi satu hal ..masak kami dalam kereta ..tetiba air-con keta aku buat hal…ni la akibatnyer jika tuko spare part re-con..adeh..ditambah pulak dgn jamm
Oleh kerana wife aku pernah dok Melaka dalam 3 bulan sewaktu belum kahwin..jadi dia tahu selok belok jalan kat Melaka ni..walaupun dia ingat2 lupa je ..jadi kami pun amik jalan alternatif utk ke Bandar Melaka
Sampai je town kami pergi makan kat Mahkota Parade dan selepas tu pusing2 sambil shopping serba sedikit barang
Dan dalam pukul 6 kami ke Jonker Walk…a china town of Malacca
bergambar di pintu masuk Jonker Walk
Actually ni lah kali pertama aku datang ke sini..kali pertama aku datang rasanyer Jonker Walk ni belum ada lagi..that was 1991..
Sekali pandang Jonker Walk ni da macam Petaling Street aku tengok..but anyway Jonker Walk ada nilai2 sejarah nyer yg tersendiri kerana ditengah2nya ada makam Hang Kasturi
Macam macam benda menarik yg dijual kat sini..salah satu daripadanya adalah cotton candy ni
Ianya dijual secara ‘fresh’ lagi..pembeli boleh buat sendiri cotton candy ..Zaman kecik2 korang mesti korang terkinja2 bila nampak cotton candy ni kan?
Selain tu terompah kecik ni pun menjadi tarikan
Terompah yg bersaiz normal pun ada dijual…masih ada lagi ker org pakai terompah ni??
gambar ni my wife yg snap..anting2 satu pasang RM1
Friut Candy Stick ni baru first time aku tengok…aku tak pulak beli.nampak mcm manis yg amat.. aku dgn benda2 manis ni mmg tak boleh belah
Haa ni lah dia makam Hang Kasturi kat tengah2 “laman” Jonker Walk ni…Al Fatihah…
Hoho..yg bawah ni mmg klasik..tengok apek ni pun dah cukup klasik tambah lagi dengan gula2 yg dibuatnyer tu..
Aku panggil benda alah ni ..gula2 ketuk jer..nama rasmi aku tak tahu la plak
aku rasa dah berpuluh tahun agaknyer apek ni pakai besi tu kan huhuhu
Memang ramai giler org hari tu..sesak..nasib baik cuaca tak panas sangat
Yg ni pun ada kelainan..kentang putar belit aku panggil ni hahahah
Korang percaya tak…aku boleh beli benda alah ni..4 keping RM10…yeah kasi LEKAT semua barang!!!
Kalo korang minat kumpul duit2 lama boleh la beli sekeping..ada satu wang kertas masa Jepun memerintah Malaya dijual dgn harga hampir RM200
Bila da sampai hujung Jonker Walk maka korang akan jumpa kawasan Gereja Belanda yg kaler merah tu..
So aku pun telah dipaksa berposing (macam model terlebih usia) oleh wife aku utk ditepek kat blog pucat aku ni..huhuhu
Last sekali aku bergambar dihadapan hotel kitorang plan nak duduk tapi tak jadi..(Casa Del Rio)sebab hotelnya Casa Del MAHAL…
Ok tu saja …panjang pulak post ni hari ek..
Salam 1Malaysia
Share
hoho..kena singgah tempat ni kalau gi sana nanti..
titan recently posted..Calon-calon yang mungkin menang..
Kalau dtg Melaka wajib bkunjung ke sini
bessnya jalan2 melaka..akak dah hampir 6 tahun x lepak2 sana sejak abis blajar kat melaka.. rindu ngan pantai klebang..dulu2 x sehebat tempat2 yg adik crita dlm blog ni..nanti ada pluang nak p juga leee
saya tak sempat nak ke Klebang..menarik gak tu
casa del rio tu memang cantik! hahahha tu la lain kali sebelum pegi check hotel melaka kat sini