Aku Teruja (ABPBH 2012)

TERUJA! Itulah perkataan yang dapat menggambarkan perasaan aku bila mana mendapat undangan dari pihak penganjur ABPBH 2012 kali ini

Sememangnya acara sebegini aku nantikan sejak dari dulu lagi, malah di zaman aku dulu pun aku tak pernah merasa menyanyi di ABPBH, tahu tahu dikala zaman  tgh suam2 sejuk ni masih ada yg sudi mengundang

Dan yang paling penting penglibatan aku dalam acara grand sebegini dirasakan berlaku tepat pada waktunya ..tatkala aku sedang mula menyusun tapak untuk kembali bergiat aktif secara sambilan dalam bidang nyanyian..Diharapkan ianya bakal memberi impak  dan secara tak langsung dapat membuka peluang peluang atau undangan2 menyanyi.

Persembahan aku nanti adalah secara medley bergandingan dengan rakan2 lama aku seperti Amir UKS, Ayai Ilusi dan Bagio Damasutra, Lagu lagu yang bakal kami nyanyikan adalah, Seksa (Amir), Puisi Cinta (Ayai Ilusi), Umpama Mimpi Dalam Mimpi (Bagio Damasutra) dan aku sendiri pula bakal mendendangkan lagu keramat Umbrella iaitu Ramalanku Benar Belaka

Aku juga teruja bila mana dapat bersama sama artis artis popular tanahair dan juga otai2 seperti M.Nasir, Ella dan Jay Jay dalam sama sama menjayakan acara anugerah yang gilang gemilang ini

Bersama Bagio di Sidang Media ABPBH2012 yg ke 3 semalam

Bersama Bagio di Sidang Media ABPBH2012 yg ke 3 semalam

gambar ihsan abpbh.com.my

Tweet
Share

15 thoughts on “Aku Teruja (ABPBH 2012)

  1. Ezad Skytech

    rasa mcm tak sabar pulak nak tunggu ABPBH2012 nanti…mesti gempak…hee…
    Ezad Skytech recently posted..Wordless Wednesday #66 | Need Some RestMy Profile

    Reply
  2. nazray

    terbaik la bro. menggamit memori ni lagu2 lame. minat giler!
    nazray recently posted..Wordless Wednesday | Charles O’Rear.My Profile

    Reply
  3. MK Kimi

    sure performance ni mesti gempak. menghangatkan kembali lagu2 zaman 90an
    MK Kimi recently posted..Cubaan Habiskan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)My Profile

    Reply
  4. anif

    Menarik ni.. Semoga menampilkan persembahan yang mantap!
    anif recently posted..Dadu Gergasi – Wordless Wednesday #72My Profile

    Reply
  5. akubiomed

    Wah sudah tentu ia pentas yang hebat untuk persembahan yang hebat.
    akubiomed recently posted..Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

    Reply
  6. KiD

    tu diaaaaaa…. bergabung dengan lagu2 lama..
    KiD recently posted..Wordless Wednesday | Malaysia Social Media WeekMy Profile

    Reply
  7. lewisdotmy

    tahniah bro
    lewisdotmy recently posted..Nokia 301, An Affordable Smartphone At Around RM265My Profile

    Reply
  8. arelan

    Congrats la bro. Moga persembahan mantop nanti ye.
    arelan recently posted..HeaLTH eNGiNeeRsMy Profile

    Reply
  9. Merryn

    Macam ni x sabor menunggu lah nih. Merryn mesti tengok punya! All the best! :)
    Merryn recently posted..Behind the scene experienceMy Profile

    Reply
  10. maszull

    assalamualaikum zarul…kena juga tunggu nanti tahniah2 yer…;)
    maszull recently posted..Di Hello Kitty Park Part 2My Profile

    Reply
  11. fairuzhanim abd.halim

    Tk.sabar nk.tgk.ABPBH tu.Bagio,jaga diri baik-baik tau.jgn.sampai kome demam,selsema dh.laa ya.tp.apsal tk.nyanyi penuh-penuh setiap seorang?kenapa nk.nyanyi secara medley?tk.puas la nnt.heh.

    Reply
  12. aleasara

    slm bro zarul sy dr zmn study lagi thn 1996 mmg suka sgt umbrella.lagu ramalanku benar belaka tu bff yg duk satu rumah dgn saya,pagi petang siang malam psg sbb dia br pts cinta ms tu,bygkan smpi warden naik ketuk bilik kitorg sbb bff tu psg kuat gila smbl menangis2.mmg berhantu lagu tu he3…
    aleasara recently posted..Sesi Blogwalking ~ 1 Kawan 1 EntriMy Profile

    Reply
  13. lina

    hi…saya adik yang kat butik aqiza tempat wife u repair baju…i tak sangke yg itu u…mude gler!hehe.wife u wangi giler…sampai minyak wangi melekat kat baju…fuhhh…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge