Sejak 2-3 hari ni,kucing aku si Blossom ni asyik dok mengiau ngiau tak henti2,aku dan wife rasa mcm pelik gak la,sebab sebelum2 ni nak dengar suara ia pun susah,kami takut gak kalau kot2 dia sakit ker,apa ker..Maklumlah sebab sebelum ni masa Blossom tinggal dgn abg aku dia bebas kat luar,tp dgn aku dia dok dlm umah jer..aku takut dia stress jer..
FYI Blossom punyer mengiau ni mmg lain macam jer..pastu kuat pulak tuh mengalahkan suara Jaclyn Victor,bila malam2 nak tido kami terpaksa tutup pintu bilik,kalau tak mmg tak leh nak tido,sbb bising..malah aku yg baru balik kerja pagi semalam terus tak leh tido,dek suara si Blossom ni…pokak tingo den aaiihh
Setelah membuat kajian,dan berpandukan pengalaman wife aku membela kucing,rupa2nyer si Blossom berkelakuan begitu adalah kerana dia ‘horny’ atau tgh gatal nak mengawan jerr…laaaa kesian kucing aku ni…nak megawan rupanyer
Patutlah dia asyik nak kuar jer..bila tgk kucing lain kat luar,panjang jer tengkuknya mengintai kucing jantan..huhuh
So pasni aku akan memulakan misi mencari pasangan Blossom..adoyai..mana nak carik nih?? Suggestion anyone?
Share
ooo,..tgh jatuh cinta rupanya si blossom ni,….mai sini,…kita kasi kapel ngan kuceng saya,….
hehe… baru nak tanya blossom ni kecik ke dah besar.. hehe.. nak cakap macam tu jugak la… kucing ni kalau mengiau lain mcm maksudnya dia nak mengawan la tu abg zarul…. selagi tak dapat mengawan memang mcm tu jela dia… dah jumpa pasangan baru la settle..
cepat cepat lah carikan pasangan…kalau tak nanti dia dibawa lari pula….lagi kes haru
Nak dapat menantu nih…!
haha
hahaha tu la tu bro..dapat menantu dan dapat cucu sekali hahahah