Artis Lama dan Radio

Disebabkan saya baru record single terbaru,Sayang Bersebab maka isu ni nak lah saya kongsikan dengan korang semua,bukan nak memburuk2kan mana2 pihak cuma meluahkan rasa sahja

Isu ni mmg da lama berlaku sejak banyak stesyen2 radio swasta mula menguasai pendengar2 di Malaysia,semasa saya nyanyi dulu THR & Redifusion Radio merupakan syarikt radio swasta,namun kedua2nya agak kurang berpengaruh jika nak dibandingkan dengan sekarang..Radio RTM seperti Radio Muzik/RMIK(radio Malaysia Ibukota)sekarang KLfm adalah antara stesyen radio paling meletops waktu itu.

Sekarang radio2 RTM seolah2 hidup segan mati tak mahu,pun begitu mereka masih mempunyai pengikut2 hardcore mereka.

Yang saya nak citer ni adalah berkenaan pemilihan lagu untuk siaran udara atau airplay-kebanyakan radio2 swasta terlampau memilih atas alasan nak jaga pendengar tanpa menghiraukan fungsi media massa seperti radio dalam menyumbang perkembangan industri muzik tanahair

Dulu radio era tak putar lagu2 dangdut atas alasan muzik kampung,dan saya rasa ini mmg tak lojik,muzik pada saya universal tak salah kalau sekali sekala org bandar dengar dangdut..not bad apa dangdut..

Dek kerana Era tak putar lagu2 dangdut menyebabkan ramai artis2 dangdut kiter yg gulung tikar,disini kita nampak radio adalah salah satu faktor penyumbang kepada  kejatuhan industri muzik kita sendiri..

Diawal milenium industri muzik kita mmg nazak,banyak syarikat rakaman yg gulung tikar,bila tiada material baru maka stesyen radio pun putarlah lagu2 indon,ni disebabkan ramai yg minta lagu2 indonesia yg mereka dengar melaui internet,jadi ok lah pada saya tak salah tapi bila da lama2 saya nampak stesyen radio terlebih2 sehingga melupakan artis2 tanahair

Saya pernah bersembang dengan Rahmat Ekamatra,beliau menceritakan bagaimana pengalaman beliau bertikam lidah dengan orang kuat Era(yg kini di Hot Fm) mengenai airplay.Rahmat tanya kenapa lagu beliau tak diputarkan?meraka cakap lagu tu tak de quality yg diharapkan,lalu Rahmat bertanya atas dasar apa awak cakap lagu tu tak de quality?sedangkan Rahmat menerbitkan lagu tu di salah sebuah studio tercanggih di Asia(syncosound PJ)dan menggunakan khidmat pengadun bunyi yg terbaik tanahair..dan beliau terus belah dari bilik Seelan Paul itu..oopss

Saya faham kenapa mereka buat begitu,mungkin  nak jaga rating, tapi pada saya biarlah berpada2,sekali sekala kena fikir juga artis2 baru nak naik dan artis2 yg nak buat comeback,agar industri muzik kita lebih meriah dan bervariasi

Dan kepada pendengar rajin2lah membuat request lagu2 dari artis2 tanahair tak kira yg lama yang baru atau yg suam2 kuku

 

 

Tweet
Share

2 thoughts on “Artis Lama dan Radio

  1. Noor Ain

    Hem.. tulh nasib artis kite, bl dh ramai yg komplen asyd lagu indon je, brlh sedar.. sbbtu pemint Malaysia lebh kenl artis luar berbndg artis tempatan, kera di hutan disusukn, anak kat rmh mati tak mkn, mgkin sbbtu ERA sekarg dh down, sbb mgkn ramai yg br tersedar radio tu byk putarkn lg luar negara berbandg lg tempatn, hrp semue stesyen radio bg support kt artis2 tempatn, especially yg br nk naik & buat comeback.. jgn pilih kasih..

    Reply
  2. sya

    sy suka lagu lama! i mean, lagu 80-90an dulu.. n lagu tok ct huhuhu..tp btul la, byk sgt lagu2 indon yg dputarkn kt radio..bkn x boleh putar langsung tp jgn ah smpai artis tanah air sndiri xdpt cari mkn..mcm “kera di hutan disusui, ank di rumah kebuluran” huhu..xpatot ah cmtu..tp sya jrg dgar radio skrg, sbb rsa cm lagu2 da xbest sgt..dulu suke dgar sinar fm tp skunk sinar slalu psg lagu2 baru dah, jrg agy psg lagu2 lama..suria plak yg slalu psg lagu lama..hm..tp seelok2nya biar la seimbang, baru sume org puas hati n xjejas sape2

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge