Bercakap mengenai topik sebegini pada aku ianya sangat subjektif, pada sesetengah artis yang sudah matang dan sudah establish eksklusiviti ini menjadi perkara yang signifikan
Kenapa perlunya eksklusiviti ini kepada seseorang artis/selebriti?—OK Jawapannya: Eksklusiviti adalah status – Artis ibarat sebagai sebuah produk atau jenama.Bila seseorang artis tersebut mempunyai kredibiliti dimana kerja seni artis itu diterima/diiktiraf ramai atau artis tu telah berjaya bertahan lama dalam industri, maka nama/jenama mereka turut menerima pengiktirafan, bila mana diiktiraf maka taraf ekslusiviti artis itu juga meningkat. Bila dah naik, artis tu secara otomatik menjadi jenama yang mewah dalam industri. Bila dah mewah maka kita lihat lah perbedaan kedai jenama LV dengan kedai jenama X, distulah letaknya eksklusiviti seseorang artis
Pun begitu walaupun artis tu masih baru dan masih belum mempunyai apa2 kejayaan dalam industri mereka sebenarnya boleh buat diri mereka menjadi eksklusif dengan menitik beratkan soal penampilan serta ketrampilan sewaktu menghadiri pelbagai acara, persembahan atau majlis2 rasmi.Pendek kata penampilan tu biar nampak mcm artis. Dan bilamana acara yang melibatkan peminat artis kena jaga gerak laku,senyum selalu walaupun panas atau sejuk dan jika tidak dapat memenuhi kehendak peminat, menolak dengan tutur kata yang elok dan sebagainya.
Dari sudut media sosial pula pada aku, ianya amat penting bagi seseorang artis untuk menghebahkan maklumat mengenai karier mereka terutama artis baru, atau artis lama yang baru nak buat comeback (ehem ehem), pun begitu ianya juga perlu dipantau atau disaring setiap post atau upload agar apa yang dipublish itu nanti tidak menjahanamkan eksklusiviti beliau sebagai seorang artis atau selebriti.Kadang kala kekerapan muncul di media social juga boleh menambah nilai eksklusiviti seseorang artis tu, pun begitu kekerapan yang melampau mungkin akan membuatkan peminat jemu atau jelak dan ini mungkin boleh ‘menurunkan’ eksklusiviti mereka
Pada aku at this moment i just make it simple .. memang kadang kala aku titik beratkan namun kadang kala tidak, ikut kesesuaian majlis atau acara
Hal ini juga kadang kala boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan peminat yang rata2 ingin ‘berdampingan’ secara in-person bersama artis kesayangan beliau..Yang menjadi mangsa adalah selalunya pengurus artis/PA , yg sering dituduh lebih sudu dari kuah. Korang kena faham antara tugas rasmi pengurus atau PA adalah menjaga hak eksklusif artis atau majikan mereka.Peminat kena faham kalau artis tu berjalan merewang merata2 selepas habis buat persembahan so tak nampaklah macam artis kan!
Kesimpulannya disini setiap artis perlu ada nilai nilai eksklusif agar mereka tidak digelar sebagai artis cap ayam, pun begitu ianya mestilah terkawal agar perkara ni tidak membantutkan perjalanan karier seseorang artis tersebut
p/s aku menulis ikut pemahaman aku so kalau ada yang tak betul atau terkasar dalam artikel ni aku minta maaf awal2
Share