Category Archives: gossip
Puteri Caroline Pernah Menyanyi Di Istana
Secara jujurnya aku tak pernah mengikuti program Mentor 6 di TV3 almaklumlah dek kesibukan bekerja yang tak tentu masa dan hari.Yang aku tahu mengenai Mentor 6 adalah juaranya sahaja iaitu Puteri Caroline, itu pun melalui berita di media cetak dan juga blog2 di internet.
Kali pertama nengok sang Juara Mentor 6 ni menyanyi live adalah semasa beliau menyanyi di Rumah Terbuka Aidilfitri Berita Harian pada Ogos tahun lepas..not bad lah dan memang layak digelar Juara Mentor 6 pun
Kesempatan kedua dapat berjumpa secara peribadi dengan beliau dan pengurus beliau di salah satu event di Subang Jaya, dari situ baru tergerak nak menulis mengenai penyanyi ini yang aku rasa kalau di’groom’ dengan betul2 insyaAllah boleh naik.
Beliau kini telah muncul dengan single terbaru yang berjudul “Melawan Arus Cintamu’ ciptaan Ajai.Lagu ni memang mendapat sambutan setakat ini, dan sedang mendaki carta di kebanyakan stesyen2 radio, dan aku personally suka dengan lagu ni
Pesanan ikhlas dari aku, jaga tingkahlaku, be profesional, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi dan berikan dedikasi sepenuhnya pada kerjaya jika ingin terus suksess dalam bidang nyanyian.,masa boleh buat duit ni buat je banyak2 dek!
Berikut adalah serba sedikit mengenai biodata Puteri Caroline
Nama Penuh:Puteri Caroline Bt Mohd Kamel
Nama Komersial:Caroline
Asal : Tanah Merah,Kelantan
Umur:21 Tahun
Tarikh Lahir:29.5.1992
Tempat lahir:Hospital Gua Musang,Kelantan
Tinggi/Berat:158cm/45kg
Pendidikan:Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) SMK Batu Gajah,Tanah Merah,Kelantan
Keluarga :Yang ke- 5 dari 7 orang adik beradik.
Penyanyi Kegemaran: Ella,Agnes Monica,dan Christina Aguilera
Makanan Kegemaran: Nasi Kerabu dan Ayam Berempah
Minuman kegemaran: Barli,Jus oren dan Air Asam Jawa
Hobi/Aktiviti di waktu lapang : Menonton wayang,menyanyi dan bermain gitar,mencipta lagu,meminati rancangan sukan wrestling(WWE) & bola sepak.
Pengalaman seni:
1. Mula menyanyi sejak umur 11thn,menyanyi di majlis2 kenduri kahwin,& memasuki pertandingan.
2. Sewaktu bersekolah pernah membuat persembahan di Istana Kelantan
3. Merupakan pelajar di SENI WARISAN KELANTAN
4. Menyanyi di Hotel di sekitar Kota Bharu
5. Artis jemputan di KONSERT JOM HEBOH TV3 – Danga Bay, Johor Bharu 2012.
6. Artis jemputan di NASI LEMAK KOPI-O TV9
7. Artis jemputan di ‘JOM JAM AKUSTIK’ radio KLFM
8. Artis jemputan di SELAMAT PAGI MALAYSIA RTM1 (25 Desember 2012)
9. Artis jemputan dlm rancangan ‘9 SOALAN’ TV9
10. (Penampilan istimewa berduet dgn Ella ) di KONSERT ELLA-AWIE LIVE IN SINGAPORE 2012
11. Artis jemputan bersama Ella utk interview radio di RIA FM – radio Singapura 2012
11.Show terderkat thn 2013: Akan membuat persembahan di Laman Santai, Istana Budaya KL, pd 26.1.2013 jam 8mlm-11mlm.
Pencapaian:
1.Juara Mentor Musim ke-6 (2012) menjadi Protege kepada Ratu Rock – Ella
2.Single: Melawan Arus CintaMu ciptaan sepenuhnya oleh Komposer Ajai
3.Caller Ringtone Melawan Arus Cintamu Maxis,Digi,Celcom,U-Mobile
Website Fanpage :
http://www.facebook.com/putericaroline
https://twitter.com/PcarolineM6
http://instagram.com/pcarolinem6/
Syarikat pengurusan (tempahan show & pertanyaan) :
FAMILY TREE PRODUCTIONS SDN BHD ( syrkt pengurusan milik ELLA )
PA: 012-3458969 FISHA / 017-2811099 AZRIE
Share
Gossip – Sekadar Memberi Pandangan
Aku tergerak nak menulis entry ni sebab terbaca salah satu entry di Denaihati mengenai isu gossip. Gossip sekarang dan 90an asasnya tiada perbezaan, rata rata gossip berkisar mengenai kisah2 percintaan, perkahwinan serta perceraian para artis. Cuma bezanya kini ianya lebih cepat tersebar dengan adanya kuasa internet dimana gossip boleh ditulis on the spot dan dipublish dengan serta merta, bak kata orang putih ‘its fresh from the oven’. Manakala gambar-gambar seksi terlampau para artis juga senang terdedah dengan penyebaran viral di internet.
Tetapi yang menjadi isu dengan gossip sekarang ni, adakah ianya benar atau hanya rumours? Aku tak nafikan ada yang yang tulis fakta yang benar namun ada juga gossip yang tersebar terutamanya melalui social network seperti Twitter adalah palsu semata-mata.i.e kes terbaru gossip palsu mengenai kematian Malique Too Phat.
Dizaman 90an, sewaktu aku terlibat secara profesional sebagai penyanyi aku pun terdedah dengan gossip sebegini, tetapi tak de la gossip2 yang hangat, dan rata2 wartawan hiburan mempunyai etika kewartawanan yang tinggi (tapi tak semua). Ada juga yg exploit artis utk melariskan majalah atau akhbar mereka, aku dah terkono, tapi majalah tu dah pun bungkus
Kesimpulannya, tak kira apa zaman pun, gossip sebenarnya adalah menjadi lumrah dalam bidang seni, sebab kalau tak de gossip nanti hambar pulak industri seni, betul tak?. Dan artis juga kekadang memerlukan gossip untuk mengenengahkan diri…tapi ada ke artis yg sengaja buat gossip??? huhuhu tak nak citer..Cuma sekarang ni kalau boleh jika ada terdengar gossip jgn terus tulis, atau percaya, kena siasat dan tanya dari tuan badan atau sumber2 yg boleh dipercayai. Manakala para artis pula hendaklah menjaga tingkah laku dan tahap profesinalisme yang tinggi. Di pihak audience pula jangan lah kita terlalu menghukum artis2 ini dengan pelbagai tohmahan dan cacian jika mereka ada membuat silap, sebab mereka juga adalah sepeti manusia biasa yang sering melakukan kesilapan
Kepada pengguna social network, jangan lah sesekali menyalahgunakan kuasa internet untuk menyebarkan berita berita palsu semata mata untuk berseronok2 tanpa mengambil kira hati dan perasaan orang lain
Gossip, artis dan penulis hiburan (wartawan/blogger) saling memerlukan, jadi jagalah hubungan sesama kita agar industri berkembang dengan cara yang lebih baik
Share
Tweet Dari Kekasih Lama…
Gimmick je tajuk tu sebenarnya,maklumlah post ni melibatkan artis terkenal so kena ada gimmick la
Dua hari yg lepas aku dikejutkan dgn tweet dari seoarang teman aka “kekasih gelap”aku masa aku dgn Umbrella dulu kehekehe..poyo je kan..well serius beb..she is Abby Abady..
Dulu kami ni selalu dapat buat show sama sama especially kat RTM dan di Brunei..so dalam dok selalu berjumpa dan bertegur sapa tu ..bebudak2 Elite masa tu Azza,Watie,Shasha dan Linda semua dok menyakat aku dengan si Abby ni lah..Tapi masa tu aku buat selamba deg je ..layan2 gitu jer,maklumlah aku ni jenis pemalu sebenarnya,tapi jauh disudut hati lelaki muda aku tu ada jugaklah rasa berkenan kat si Abby ni (hahahaha…mampus aku kalo dia baca ni…sorry ye cik Abby ni citer2 lama masa zaman cetek pemikiran lagi kehkeh)
So bila aku berkawin dan berhenti menyanyi aku dah tak jumpa dia lagi dah,then masa tu jugak dia dah kawen ngan si Norman..
So semalam dapatlah borak kejap dgn dia di twitter..dia update la sikit pasal hidup dia..khabarnya dia akan keluar single terbaru tak lama lagi..lagu tu diterbitkan oleh Edry..
Yang heboh pasal2 bomoh dan hubungan dia dgn Zul tu aku tak berani nak komen lebih2 apa yg aku harapkan agar dia terus kekal dalam industri dan bahagia disamping sesiapa saja yg dia pilih dan juga anak2 beliau.Amin
ShareLagi Kisah Gambar Aku Dgn “Si Dia”
Semalam sedang aku dok melepak selepas balik kerja,seperti biasa da mandi2 semua aku akan lepak depan tv sambil aku tengok2 email serta layan comment2 kat blog ni dan juga komen2 kat FB aku, Masa tgk2 fb tu kat News Feed tu aku ternampak la 2 org fren dok shared link youtube dokumentari DCT kat History Channel (Saluran 555 Astro) dengan aku…dalam hati aku cakap ‘apa kena mengena dgn aku’…pastu aku buat bodoh je lah
Lepas da settle semua aku pun tutuplah laptop dan layan tv…then aku scroll every channel macam korang dok buat selalu la kan bila baru2 bukak tv..scroll punyer scroll aku ternampak akan dokumentary Datuk Siti Nurhaliza yg kawan aku dok share kat FB tu..so aku pun pilihlah channel tu kebetulan ianya baru nak start.
So aku layan lah ….masa dok layan tu aku senyum sorang2 sebab tengok gambar DCT masa diawal kemunculannya..sbb bukan apa…pasal waktu dia baru2 muncul Umbrella dah ada nama ..pernah di suatu persembahan di Jengka…DCT buat opening untuk konsert kami disana..Aku juga tersenyum pasal dok teringat kisah aku duet dgn beliau dalam satu persembahan HMI(yg ni aku belum citer lagi..next entry aku nak citer lah)…
Terus aku menonton ..tetiba aku terperanjat chimpanzee kerana gambar aku dgn DCT yang femes tu di highlight kan dalam dokumentari tu..gambar tu tu muncul bagi menceritakan kejadian disebalik gambar dimana DCT agak kekok bergambar dgn artis lelaki dan DCT agak memilih baju2 yg hendak dipakainya sewaktu fotografi tersebut…kalau nak tahu citer lagi klik kat SINI yer
Sememangnya gambar tu merupakan satu titik sejarah dalam perkembangan karier beliau dan aku respek prinsip yg ada dalam diri beliau yg masih beliau pertahankan sampai kini..walau pun bnyk kritikan buruk dan baik beliau terus survive dlm industry ..tak macam aku kehekeh…well.., setiap manusia ada jalan hidup masing2..aku pilih jalan aku sendiri ,utk keluar dari bidang seni pada waktu tu..Apa2pun aku bangga gak lah sebab aku sempat bergambar kenangan dgn DCT dan gambar tu pulak dihighlightkan oleh DCT sendiri dalam dokumenatri tu..walaupun nama aku tak disebut tapi tak pelah..
So kalau korang tak de chanel History kat umah jom layan kat youtube..’gambar’ tu muncul di minit ke 11
Share