Category Archives: Hiburan

Pembikinan Muzik Video Ramalanku Benar Belaka 2013

Untuk makluman lagu Ramalanku Benar Belaka tak pernah ada muzik video.Dan kali ni aku teruja juga sebenarnya apabila boss aku Bro Hafiz Hamidun menyatakan yg beliau akan buat muzik video atau video clip (vc) bagi lagu rbb2013

Semalam selesai sudah proses pembikinan muzik video utk lagu tersebut yang telah dijalankan sekitar Kota Kemuning dan KL.Proses pembikinan dijalankan selama 1 hari setengah oleh Rio Production

Penceritaan seorang yg tgh frust bercinta bnyk digambarkan melalui vc ini yg diarahkan oleh sdr Rifaiee Omar dan jurukamera Rizal Omar

Produksi Rio berpengalaman dalam menghasilkan video untuk lagu lagu Hafiz Hamidun dan yang terbaru muzik video DwiHati – Yuna dan Aizat

Bagaimana hasilnya nanti sama sama lah kita tunggu yer

Gambar2 ehsan Rio Production

20130801-214656.jpg

20130801-214732.jpg

20130801-214742.jpg

20130801-214752.jpg

Dari kiri Rifaee, Hafiz dan Rizal

Tweet
Share

Sesi Rakaman #RamalankuBenarBelaka2013

Proses rakaman bagi lagu ini merupakan detik bersejarah dalam hidup aku, kerana bnyk kenangan telah aku lalui dengan lagu ini, baik bersama Umbrella dan juga secara solo.
Walaupun aku rakam versi 2013 ni secara solo namun tak bermaksud aku terus melupakan Umbrella

Rakaman dijalankan di studio Kamar Seni kepunyaan AG Coco

Setelah hampir 19 tahun lagu tu menjadi siulan ramai peminat2 dari pelbagai lapisan umur kini bakal berwajah baru dengan susunan muzik yg lebih fresh, kedengaran seperti sebuah lagu baru dengan irama yg sudah melekat dihati kita

Sebenarnya aku dah tak sabar nak bagi korang semua dengar tapi apakan daya aku kerana korang harus menunggu sedikit masa lagi

20130627-124045.jpg

20130627-124118.jpg

Tweet
Share

Ajek Hassan Dan Aku Bergabung

Ajek Hassan

Alhamdulillah akhirnya cita cita nak menyanyikan lagu Ramalanku Benar Belaka dalam versi yang berbeza dari asal akhirnya tercapai jua bila mana saudara Ajek Hassan gitaris akustik tersohor melalui YouTube bersetuju untuk menyumbangkan muzik akustik beliau kepada aku

Dikesempatan ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Bro Ajek yg sudi berkongsi seni beliau dengan aku, dan mulai dari hari ni bila mana aku membuat persembahan tanpa Umbrella maka nama Ajek Hassan aku selalu lah disebut sebagai tanda penghargaan kepada muzik beliau

Tweet
Share

Sesi Temubual Bagi Video ‘The Making of…Kerat 14

Entry ini adalah sambungan kepada gambar Wordless Wednesday yang semalam dimana aku telah dipanggil oleh pihak produksi White Merpati iaitu syarikat yang  menerbitkan filem Kerat 14 yg bakal ditayangkan pada 14 Feb ini, untuk sessi temubual bagi dimuatkan ke dalam video The Making of..Kerat 14

Disebabkan ini adalah sesi interview secara rakaman, maka aku telah diberi skrip berbentuk soalan2 yang bakal ditanya

Overal soalan yg ditanya berkisar tentang pengalaman serta cerita disebalik rakaman OST filem ini yang berjudul “Penyesalan”

Nak tahu bagaimana hasilnya nanti saksikan lah video ini yang bakal disiarkan di Youtube tak lama lagi

Aku bersama pengarah filem Kerat 14 iaitu Mr Arjin Uppal, beliau juga lah yang merakamkan temubual aku dua hari lepas

Aku bersama pengarah filem Kerat 14 iaitu Mr Arjin Uppal di set penggambaran sesi temubual, beliau juga lah yang merakamkan sesi tersebut

 

Tweet
Share