Category Archives: jenjalan

balistarreal

Restoran Masakan Indonesia di Auckland

Ada dua restoran Indonesia yang selalu aku terjah bila ke Auckland, New Zealand. Masakan seperti Ayam Balado, Daging Balado, Ayam Penyet bahkan sup ekor menjadi menu pilihan setiap kali aku berkunjung. Harga makanan kat kedai kedai ni bermula NZD5-NZD12

Dah hampir 3 hari aku kat sana, so hari hari le aku tapau makan kat restoran restoran ni

Restoran yang pertama adalah Bali Star beralamat di

21-25 Elliot Street, Atrium Food Court, CBD Auckland,NZ

buka setiap hari dari 10.30am-6.00pm(Isnin – Rabu), 10.30am-7.00pm(Khamis-Sabtu, 10.30-5.00pm (Ahad)

Restoran rasmi Kelab Umno Luar Negara

Daging Balado – Terdapat 4 pilihan rasa Tak Pedas, Pedas, Sederhana Pedas dan Amat Pedas

Menu

Manakala restoran yang kedua adalah

Restoran Wardani

Terletak di Food Alley, 9 Albert Street, Auckland

Dari segi menu masakan dan harga lebih kurang sama jer dengan Bali Star

Jika korang berpeluang berkunjung atau akan berkunjung ke Auckland, moga2 entry ini dapat memberi sedikit info.

Tweet
Share
Satay Kambing

Restoran Halal di Shanghai

Kalau korang ke Shanghai dan nak makan makanan halal sila lah berkunjung ke Restoran Sapar Uyghur beralamat di

20 Yuyuan Branch Road, Jing’an, Shanghai, China

Buka dari 10am-11.30pm setiap hari

Restoran ni menawarkan masakan Mongol dan paling menarik adalah satay kambing – memang terbaik

Satay Kambing

Satay kambing ni agak panjang – lebih kurang sehasta panjangnya, kalau makan tu jgn buat mcm korang makan satay kat Malaysia sebab ianya dicucuk kat besi bukan nya bilah buluh mcm kat Malaysia..silap silap tersodok pipi korang

Suasana ‘Mongolia’ dalam restoran

Keseluruhan restoran ni memang menghidangkan masakan yang boleh tahan sedapnya dan harga juga berbaloi.Hari tu kami makan berenam dan order 20 cucuk satay kambing dengan 4 jenis lauk harga dalam lingkungan RMB380 atau lebih kurang RM190

Tweet
Share

Restoran Makanan Halal Di Kowloon, Hong Kong

Korang nak ke Hong Kong? Tak tahu nak makan makanan halal kat mana?

Ok salah satu restoran yg sering aku kunjungi bila ke Hong Kong adalah di

Mr Kebab Pizza & Pasta

Apartment No 6, Haiphong Mansion,

Haiphong Street, Tsim Sha Tsui, Kowloon

Restoran ni agak susah nak cari sebenarnya sebab ianya berada di tingkat atas bangunan, nak senang korang cari Masjid Kowloon dari situ selalunya korang akan nampak ada orang bawa sepanduk iklan restoran ini, korang tegur mamat yg bawa sepanduk tu then dorang akan bawa korang masuk ke restoran

Restoran ini dimiliki oleh warganegara Iran yg menetap di sana, restoran ini menawarkan pelbagai jenis masakan Arab dan Utara India seperti kebab dan nasi beriyani

Dari segi harga pula agak berpatutan (tak mahal dan tak murah), berhawa dingin dan mempunyai sambungan wi-fi

Kedai ni agak sempit tapi interior amat menarik

Free Wi-Fi

Malam tu aku dan rakan2 menikmati Nasi Briyani Ayam…sedap dan menyelerakan

Tweet
Share
Esoknya dalam 3.30pm aku meronda sekitar bandar Melbourne..bergambar bersama rakan rakan sekerja

Entry Bergambar – Sekitar Bandaraya Melbourne

Aku sampai di bilik hotel dalam pukul 9.30pm waktu tempatan… KL 2 jam awal- My room no mmg cantik kali ni 1234 uols!

Lepas mandi2 keluar jap cari kebab tapau buat sahur

Sempat snap 2 keping gambar pandangan waktu malam..**gambar kanan pemuzik jalanan yg mmg cool giler

Esoknya dalam 3.30pm aku meronda sekitar bandar Melbourne..dan bergambar bersama rakan rakan sekerja

..beberapa shot yg aku rasakan menarik ..

Dibelakang aku ni adalah salah sebuah restoran masakan melayu Indonesia..Nelayan..tapi yg ni bukan fevret aku…walaupun makanannya boleh tahan sedapnya..

Setelah penat berjalan kami melepak kat depan Victoria State Library..di Swanston Street..ramai gak org melepak kat sini…

Aku akhiri entry kali ni dengan beberapa shot kenang2an di Melbourne

Tweet
Share

3 ‘Chikaro’ Cun Dalam Video Klip Terbaru Umbrella??

Jangan terkesima dengan tajuk entry aku kali ni…Video klip lagu ‘Ku Genggam Kasihmu’ Umbrella yang kononya terbaru ni bukanlah baru diterbitkan cuma ianya  baru saje diupload oleh seeorang yg ber’nickname’kan ezzal82 di Youtube pada akhir Jun yang lalu..view pun baru 13 (semasa entry ni ditaip)

Aku dah lama cari  video clip ‘Ku Genggam Kasihmu”ni sejak aku tengok video ni masa sessi karok dengan blogger dulu,namun versi tu hanya video tapi audio lagu Panah Asmara

Pengalaman menjalani penggambaran video clip ni memang menyeronokkan serta memenatkan,kami shoot di sekitar Wangsa Maju berhampiran Alpha Angel dan Sunway Lagoon- shooting memakan masa seharian

Konsep video ni agak ‘Western’ sedikit,dimana kami berlima berlakon menjadi jejaka jejaka dari Mexico yang muka macam Melayu ni, terserempak dengan 3 chikaro-chikaro lawa-lawa belaka dekat cafe,lalu berkenal mesra lantas bergembira menari segala bagai..

Yasmin Hani – kredit photoimagepic.blogspot.com

Kalau korang perasan 2 dari 3 orang chikaro Umbrella dalam video klip tu dah femes sekarang,mereka adalah Yasmin Hani dan Julia Hana

Aku pasti MAMAT ni makan hati tengok chikaro2 aku dalam VC ni hahahah,dan MAMAT ni dan MAMAT ni juga pasti jeles melihatkan ke’macho’an baju Mexicana aku tu hahahaha

Dah…jom ler layan video ni

p/s terima kasih kepada ezall82 yang sudi download video ni ke youtube…bertambahlah satu lagi video clip Umbrella kat Youtube

p/s kini aku nak cari video Cuci Tangan  pula..anyone?

Tweet
Share