Category Archives: lifestyle

Pertama Kali di Kathmandu

Selama 13 tahun sebagai pramugara inilah pertama kali aku jejakkan kaki ke Kathmandu, Nepal
Imaginasi aku menggambarkan Kathmandu sebuah tempat yg berdebu dan kotor namun imaginasi aku telah menipu aku, ternyata Kathmandu sebuah tempat yg punyai nilai alam semulajadi yg agak unik
Dikelilingi Banjaran Himalaya mata aku terpukau dengan pemandangan gunung ganang bersalji dan rumah rumah dilereng lereng bukit sebaik sahaja pesawat memghampiri lapangan terbang Kathmandu.
Sejurus mendarat dan keluar dr pesawat sekali lagi aku melihat kiri dan kanan semuanya gunung bersalji dan memang cantik pemandangnnya, tak tipu punya
Aku mendarat sekitar jam 1 tengahari, kesempatan selama 24 jam berada disana aku gunakan sepenuhnya utk jenjalan sekitar bandar Kathmandu
Namun nasib aku tak berapa baik sebab pada hari itu adalah hari dimana Nepal menjalankan pilihanraya umum, makanya semua bentuk khidmat pengangkutan awam diberhentikan.
Oleh kerana itu yg boleh aku lawat setelah di suggest oleh pilot aku yg pernah ke sana hanyalah stupa Buddha yg terletak berhampiran hotel penginapan aku
Tempat ni biasa je mcm yg kat Malaysia gak
Walaupun tak bnyk tempat yg dapat dilawati namun Kathmandu seolah olah memanggil aku utk kembali lagi

20131219-134726.jpg

20131219-134859.jpg

20131219-134931.jpg

20131219-134951.jpg

20131219-135011.jpg

20131219-135037.jpg

20131219-135054.jpg

20131219-135109.jpg

20131219-135122.jpg

20131219-135134.jpg

20131219-135148.jpg

20131219-135206.jpg

20131219-135220.jpg

20131219-135247.jpg

20131219-135313.jpg

Tweet
Share

Taklimat Keselamatan

Taklimat keselamatan yang aku maksudkan disini adalah taklimat keselamatan dalam penerbangan.Taklimat keselamatan ini dilakukan secara ‘live’ oleh anak anak kapal dan ada juga ditunjukkan dalam bentuk video

Sejak aku mula buat perkhidmatan dalam negeri beberapa bulan yang lalu aku dapati ramai dari penumpang penumpang khususnya rakyat Malaysia yang tidak memberi perhatian serius kepada taklimat keselamatan yang ditunjukkan oleh anak anak kapal

Mungkin mereka sudah bnyk kali naiki pesawat tetapi barang diingat setiap pesawat mempunyai ciri ciri keselamatan yang berbeza2 oleh itu tumpuan kepada taklimat keselamatan setiap kali sebelum berlepas adalah sangat penting

Kenapa taklimat keselamatan ini amat penting? Sebabnya ia adalah untuk keselamatan anda semasa berada didalam kapalterbang.Dalam setiap taklimat keselamatan ditekankan cara penggunaan tali keledar…Tali keledar ini wajib dipakai sewaktu berlepas, mendarat dan dalam keadaan cuaca yang buruk

Selain itu corong oksigen juga antara alatan keselamatan yang diutamakan dalam taklimat tersebut.Corong oksigen ni akan ‘dijatuhkan’ secara otomatik dari siling tempat duduk anda ketika tekanan dalam kabin menjadi rendah.Perhatian kepada ibubapa yang membawa anak kecil, sila pakaikan corong oksigen kepada anak anda terlebih dahulu

Perhatian juga harus diberikan kepada taklimat mengenai jaket keselamatan, ini amat berguna sewaktu pendaratan cemas diatas air atau ‘ditching’, sila beri perhatian kepada cara penggunaan dan ciri ciri atau spefikasi jaket tersebut ini kerana setiap pesawat atau syarikat penerbangan mempunyai ciri2 jaket keselamatan yg berbeza

Pintu pintu keluar (EXIT) juga adalah amat penting untuk anda beri perhatian sebab sewaktu kecemasan anda perlu keluar dalam masa yg singkat.

Untuk keselamatan korang aku sarankan setiap kali menaiki pesawat berilah perhatian sepenuhnya setiap kali taklimat keselamatan disampaikan.Tak rugi pun malah ianya amat amat amat berguna jika berlaku kecemasan

 

 

Tweet
Share

Laksa Ah Cheng

Kesempatan berada di tempat tinggal lama aku sewaktu bujang a.k.a duda di USJ aku tidak melepaskan peluang utk menikmati hidangan laksa yg menjadi fevret aku sewaktu di USJ

Laksa Ah Cheng di Summit Usj sudah berwajah baru. Lokasi kedai adalah di aras LG berhadapan dengan outlet Guardian

Rasa laksanya pada aku memang kedai2 lain tak leh challenge- mmg terbaik!!

20131210-135325.jpg

20131210-135209.jpg

20131210-135419.jpg

Tweet
Share

Restoran Melur London

Selalunya kalau aku ke London jarang jarang aku ‘merajinkan’ diri aku utk pergi makan kst restoran masakan melayu, ini disebabkan oleh jarak yg agak jauh dr hotel penginapan aku

Tetapi baru2 ni aku dan rakan rakan berkesempatan utk singgah di satu restoran masakan melayu iaitu Restoran Melur di Edgware Road London

Masakan serta ‘rasa’ yg dihidangkan memang 100% masakan melayu

Antara masakan yg harus korang cuba adalah kambing bakar masak cili hijau

20131209-143455.jpg

20131209-143522.jpg

20131209-143958.jpg

Tweet
Share